WARGA SCP

Jumaat, Ogos 21, 2009

DAY 12 26/11/2007 ISNIN





Kota Makkah, kota yang tidak pernah tidur . Sentiasa sibuk dgn kenderaan . Bunyi hon kenderaan sudah menjadi kelaziman di sini. Siang dan malam sama sahaja. Masjidil Haram sentiasa sibuk dgn jemaah. Ada yang datang, ada yang pergi . Tujuan mereka satu, untuk menuju ke Rumah Allah iaitu Baitullah. 

Masjidil Haram meliputi Kaabah, tempat tawaf dan halaman untuk solat. Masjidil Haram merupakan masjid atau tempat ibadat orang islam yang pertama dibina di dunia. Solat di Masjidil Haram 100,000 pahalanya seumpama kita bersolat 55 tahun 6 bulan dan 20 malam di tempat lain . Itu pun jika cukup 5 waktu sehari semalam. Itulah keistimewaan Masjidil Haram yang tiada di tempat lain.

 Kawasan saei yang sentiasa sesak pada setiap masa


Situasi menuju ke Bukit Sawa

Keadaan agak lengang sedikit beberapa jam sebelum
masuk waktu solat fardhu


 Menjelang musim haji, semua carpet dah digulung

Masjidil Haram mengalami proses pembangunan sejak dari zaman nabi Ibrahim lagi sehinggalah sekarang agar dapat menampung jemaah yang semakin ramai terutamanya semasa musim haji. 

Aku juga difahamkan oleh pekerja hotel tempat menginap bahawa kaw. sekitar shaima akan diruntuhkan segala bangunan di situ utk tujuan pembesaran halaman solat Masjidil Haram di sekitar hotel Grand Mekkah . Hotel yang kami duduki dan kawasan sekitarnya juga akan diruntuhkan untuk dibangunkan kembali hotel2 yang lebih besar yang dapat menampung bilangan jemaah yang saban tahun bertambah.



Menjelang musim haji, semua carpet dah digulung

Kiswah Kaabah telah dilipat dan dinaikkan. Permaidani yang terdapat di dalam masjid juga telah mula dilipat dan simpan. Solat hanya berlantaikan marmar. Jadi pastikan sentiasa membawa sejadah jika berhajat berada lama di dalam masjid . Ini menandakan jumlah jemaah haji yang memasuki kota Mekah telah bertambah ramai. 3.30 pagi telah ke Masjidil Haram . Suasana agak sibuk juga dgn deretan "van2 sapu" yang membawa jemaah terutamanya jemaah Indonesia yang tinggal jauh di kawasan Misfalah. Semua berjalan dgn laju menuju Masjidil Haram. 4.15 pagi azan subuh pertama telah berkumandang. Masjid ketika itu telah mula dipenuhi . Kawasan tawaf juga agak padat dgn jemaah yang bertawaf. Suasana hening pagi dan kedinginan menyebabkan mereka mengambil kesempatan untuk bertawaf. Ada yang tawaf umrah, ada yang tawaf sunat . Ini dapat dibezakan dgn pakaian mereka samada berihram atau tidak. Suasana di tempat saei antara Bukit Safa dan Marwah juga sibuk.









Tong Air zam-zam sentiasa dipenuhi setiap masa

0 comments:

Catat Ulasan