WARGA SCP

Jumaat, Ogos 14, 2009

DAY 5 19/11/2007 ISNIN

Pagi ini pukul 7.00 pagi selepas solat subuh dan sarapan, mengikuti program ziarah luar diikuti hampir 400 orang jemaah yang dibahagikan mengikut bas2 dengan diketuai oleh seorang pembimbing bagi setiap bas yang terdiri daripada pelajar malaysia yang menuntut di Universiti Islam Madinah. 

Setiap kami diberi tag tanda khas mengikut bas masing2 kerana hampir 12 buah bas yang digunakan untuk program ini. Selalunya masalah akan timbul di setiap perhentian tempat yang dilawati kerana hampir beratus-ratus buah bas yang kelihatan sama sahaja yang membawa jemaah dari pelbagai negara yang melakukan ziarah luar ini setiap hari.



Kami sebelum itu diminta berwuduk sebelum bertolak kerana setiap masjid yang akan kami lawati akan disinggahi dan bersolat tahyatul masjid. Pembimbing kami sentiasa memberi penerangan mengenai tampat yang akan kami singgahi dan sejarahnya . 

Persinggahan pertama kami ialah Masjid Quba'. Masjid Quba' merupakan masjid yang pertama disirikan oleh baginda dan para sahabat di kota Madinah dalam perjalanan hijrah baginda dari kota mekah. Rasullullah S.A.W bersabda " Barang siapa berwuduk dari rumah dan menunaikan solat di dalamnya 2 rakaat di Masjid Quba', maka pahala baginya sama dengan pahala umrah." Setibanya kami di sana, beratus2 bas yang membawa rombongan dari perlbagai negara telah berada di situ.


MAKAM PARA SYUHADA YANG GUGUR SEMASA
PERANG UHUD

PARA JEMAAH YANG MENGUNJUNGI MAKAM PARA
SYUHADA

SEKITAR JABAL UHUD
SEKITAR JABAL UHUD

PENIAGA DISEKITAR BUKIT UHUD

Selepas 30 minit masa yang diberikan di situ, kami terus menuju ke Jabal Uhud untuk menghayati perjuangan Nabi dan para sahabat mempertahankan kota Madinah semasa Perang Uhud. Terletak di sebelah utara Madinah lebih kurang 4 km dari Masjid Nabawi. Terkenal dgn sejarah Perang Uhud. Di sinilah ramai para sahabat yang mati syahid antaranya Saidina Hamzah semasa memerangi kaum musyirikin. Terdapat perkuburan para syuhadah di sini .

BUKIT PEMANAH

Di sebelah makam syuhada, terletak sebuah bukit yg dikenali sebagai Jabal Rumat atau Jabal Ainain atau Bukit Pemanah kerana disitulah Nabi menempatkan 50 org pemanah diketuai Abdullah bin Jabir yg ditugaskan utk memanah tentera kaum musyrikin . 

Kemenangan pada mulanya berpihak ditangan tentera Islam. Tetapi akibat engkar akan perintah Nabi supaya tidak berganjak dari situ, mereka telah turun dan mendapatkan harta rampasan dan tentera musyrikin telah menyerang mereka dari belakang yang menyebabkan ramai para sahabat terkorban dan Nabi S.A.W sendiri patah rahangnya. 

Antara pengajaran yang boleh diambil dari kekalahan tentera Islam itu ialah, jika kita inginkan kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan akhirat, kita mestilah mentaati peritah ALLAH dan sunnah Rasulullah.

SEBUAH MASJID DI BUKIT UHUD

Kemudian persinggahan kami seterusnya ialah Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai 2 kiblat. Dahulu kiblat yang pertama bagi org islam ialah menghadap Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis sehinggalah semasa Nabi sedang solat Zohor di sini, turun firman ALLAH supaya menukar kiblat ke Masjidil Haram .



PENIAGA SEKITAR KAWASAN MASJID

JEMAAH HAJI DARI INDONISIA

Lokasi seterusnya ialah kawasan Perang Khandaq atau parit. Semasa kabilah kaum musyrikin bersiap sedia untuk menyerang Madinah, Nabi bermusyawarah dgn para sahabat dan Salman Al-Farisi mengusulkan supaya digali parit utk mengekang kemaraan tentera musyrikin. Dan dgn izin ALLAH, diutuskan malaikat2 menghancurkan dan membinasakan keseluruhan tentera musyrikin. Melalui perkampungan Bani Salimah.

POHON KURMA YANG SUBUR


Ziarah kami diakhiri di Pasar Kurma yang terletak berdekatan dgn Masjid Nabawi lebih kurang pukul 11.00 pagi . Banyak pengajaran dan pengalaman yg dpt kami kutip sepanjang program ini dalam menyelusuri sejarah Islam dan sejarah perjuangan Nabi dan para sahabat dlm mempertahankan dan memperjuangan agama islam .

0 comments:

Catat Ulasan