WARGA SCP

Selasa, Ogos 25, 2009

DAY 16 30/11/2007 JUMAAT

SUASANA SEMASA TAWAF 2 JAM SEBELUM SOLAT
JUMAAT

SELEPAS SOLAT JUMAAT MENUJU KE HOTEL
FIRDAUS MARWA


TONG AIR ZAM-ZAM BERADA DI MANA-MANA

KAWASAN SAEI YANG SENTIASA PADAT



Hanya tidur 2 jam sahaja sebelum subuh . Diam tak diam, dah 16 hari kami berada di Tanah Suci. Selepas solat subuh dan bersarapan, terus ke bilik hotel dan tidur . Di sini waktu tidur tidak menentu dan mengikut kesesuaian atau kesempatan. Terlelap 10-15 minit pun sudah mencukupi dan terasa puas. Hari ini anggota badan terasa sengal dan sakit2 . Kemungkinan akibat keletihan kerana semalam melakukan umrah dan tidak cukup rehat selepas itu.

Setiap hari rutinnya sama, berulang alik ke masjid dan beriktikaf di dalamnya selama berjam2 memerlukan kita duduk bersila . Kalau melakukan umrah , keseluruhan jarak perjalanan 10 km setiap hari termasuk perjalanan ulak alik ke masjid. Namun, aku berdoa kepada ALLAH agar diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik agar kami dapat terus melakukan ibadat dgn sebaik mungkin. Yang pasti, kalau kaki lenguh dan sengal, minyak urat atau "deep heating" yang aku bawa dr Malaysia menjadi penawarnya. Seperti kata ustazah dlm satu ceramahnya, ibadat umrah dan haji senang diperkatakan, tapi pelaksanaannya memerlukan kekuatan fizikal ,mental dan pengorbanan. 

Semua keletihan dan apa jua pun perlu dilupakan . Bukan selalu kita dapat menjadi "tetamu ALLAH". Jadi gunakan dgn sebaik mungkin setiap detik dan saat ketika berada di sini. Hayatilah syariat2 dan apa yang tersurat dan tersirat yang terkandung dlm pelaksanaan ibadat haji dan umrah setiap masa . Insyallah , kita dapat melakukan segala ibadat kerana ALLAH dgn baik 



 SUNGGUH MERIAH DI LAMAN KAABAH

Hari ini awal ke Masjidil Haram utk menunaikan solat Jumaat. Para jemaah wanita tidak digalakkan utk pergi solat Jumaat kerana solat Jumaat tidak diwajibkan kepada wanita. Lagi pun, keadaan terlalu sibuk setiap kali hari jumaat dgn jutaan jemaah yang akan menunaikan solat jumaat.Jalan2 dalam radius 2 km dari Masjidil Haram akan ditutup kepada semua kenderaan utk memudahkan jemaah berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram. 

Sesiapa yang lambat sampai ke Masjidil Haram terpaksa bersolat di atas jalan raya dan di kaki lima kedai yang safnya bersambung . Itulah kelebihan Masjidil Haram . Hotel2 yang berhadapan dgn Masjidil Haram spt Hilton dll juga menyediakan ruang pada aras tertentu utk bersolat yang lengkap dgn pembesar suara yang bersambung dr Masjidil Haram.

Khatib hari ini membaca khutbah berkaitan haji dan umrah . Terdengar suara khatib sebak dan menangis semasa ia berkhutbah kerana menyentuh tentang perlakuan sesetengah jemaah haji yang melakukan ibadat haji dan umrah tanpa memikirkan orang lain dgn tolak-menolak, siku menyiku terutamanya ketika tawaf sedangkan agama kita tidak pernah mengajar utk berbuat demikian.



JEMAAH DARI CINA YG PULANG MENAIKI PICKUP

Menu tengahari ini , nasi tomato dgn lauk pauknya. Selepas makan , "relax" sebentar di hadapan hotel melihat ragam jemaah2 yang pulang dari Masjidil Haram . Bagi jemaah yang tinggal agak jauh dari Masjidil Haram akan menggunakan perkhidmatan "kereta sapu", atau "van sapu" yang sedia memberikan perkhidmatan semurah 1@2@3 riyal bagi sekali perjalanan. Aku tersenyum sendirian apabila melihat telatah sekumpulan 7 orang jemaah dari Cina yang menahan sebuah kereta Toyota Camry . 

Manakan tidak , kereta sapu itu begitu padat dgn 7 orang penumpang sehingga di tempat duduk hadapan , seorang jemaah terpaksa meriba rakannya . Tiba2 seorang dari mereka yang tidak mendapat ruang duduk terus membuka pintu kereta sebelah kiri tempat pemandu yang disangkakan tempat duduk penumpang . Pemandu tersebut tercengang2 dan akhirnya tergelak . Di sini , semua kereta "left hand drive". Bagaimana ia hendak memandu kereta jika ia terpaksa meriba penumpang tadi.


2 ulasan:

  1. Tanpa NamaOgos 26, 2009

    salam en rezeki,

    hahaha hanis tergelak baca entry jemaah cina nie...hahhaha...

    satu hanis nak tanya...khutbah jumaat tu..dibaca dalam bahasa arab ke? en Rezeki boleh berbahasa arab?

    BalasPadam
  2. Salam hanis,
    tahniah , ratu trek.
    Khutbah dlm bahasa arab dan saya biasanya akan bertanya dgn staff TH yg tahu berbahasa arab.

    BalasPadam