Alhamdulillah, subuh yang indah dengan kehadiran jemaah yang semakin ramai yang memenuhi kota suci Madinah menyebabkan Masjid Nabawi yang boleh menampung ratusan ribu jemaah mula melimpah keluar. Kasihan bagi jemaah wanita yang terpaksa bersolat di kawasan luar masjid dgn beralaskan batu marmar yang dingin walaupun datang awal .
Nasihat saya, pastikan sentiasa membawa sejadah sebagai persediaan sekiranya terpaksa bersolat di kaw. luar masjid kerana 2-3 jam sebelum waktu subuh kerana lantai marmarnya terlalu dingin waktu sebegini dan kebetulan suhu di Madinah agak dingin pada bulan November dan Disember.
Hari ini juga ramai jemaah2 dari pelbagai negara mula meninggalkan kota suci Madinah untuk menuju kota suci Mekah.
Kelihatan bas2 yang akan membawa mereka kelihatan agak sibuk di hadapan hotel2 penginapan. Kebiasaannya semasa musim haji, setelah tinggal 8-9 hari di Madinah, mereka akan memasuki kota Mekah pula. Seronok melihat gelagat para pemunggah bagasi atau porter yang menggunakan "forklift" untuk mengangkat bagasi dan di letakkan di atas bas.
Selepas solat setiap hari di Masjid Nabawi tidak akan saya lepaskan dgn menziarahi makam Rasulullah dan para sahabatnya tapi memerlukan kesabaran kerana terlalu ramai jemaah . Kita terpaksa beratur dgn jemaah yang sungguh sesak. Terdapat juga jemaah 2 lain yang kurang berdisplin dan cuba memotong barisan dan berlaku tolak-menolak. Anggota polis sentiasa mengawal keadaan . Untuk keluar dari masjid dan pulang ke hotel juga 2-3 hari ini mengambil masa 30-45 minit kerana jemaah dari pelbagai pelusuk dunia telah membanjiri kota Madinah dan memenuhi setiap ruang masjid setiap kali waktu solat.
Pagi ini diadakan taklimat keberangkatan ke Tanah Suci Mekah . Kami dibekalkan dgn tag bagasi mengikut warna berdasarkan pakej yang kami pilih kerana dari 380 orang , kami akan di tempatkan di beberapa buah hotel yang berlainan di kota suci Mekah nanti.
Beg2 besar kami perlu diletakkan di luar bilik hotel pukul 2.00 ptg ni untuk diangkut dan akan dihantar ke Mekah menggunakan lori. Apabila kami tiba di Mekah nanti, beg-beg tersebut telah sedia menanti di bilik masing2. Kami hanya akan membawa beg kecil yang akan dibawa bersama ketika menaiki bas esok yang mengandungi sedikit minuman dan makanan serta ubatan jika perlu .
Yang paling penting kain ihram janganlah dimasukkan ke dalam beg besar yang dihantar ke Mekah kerana kami akan berihram di bilik hotel esok sebelum menuju ke Makah. 2 tahun lepas berlaku peristiwa dimana seoarang jemaah lelaki terpaksa menggunakan cadar hotel sebagai kain ihram kerana kain ihramnya telah dimasukkan ke dalam beg pakaian yang dihantar ke Mekah terlebih dahulu.
Selepas asar aku tidak balik ke hotel dan terus berada di masjid. Tertarik melihat banyak plastik2 yang panjang yang dibentang seolah2 menjadi "saf" dan kemudiannya diletakkan buah2 kurma dari pelbagai jenis sebagai persiapan untuk berbuka puasa kerana hari Khamis merupakan hari yang afdal untuk berpuasa sunat.30 minit sebelum masuk waktu solat magrib aku bergerak ke bahagian hadapan masjid .
10 minit lagi waktu solat magrib masuk, aku berdiri di hadapan pintu gerbang di kawasan Raudah. Apabila hampir sahaja masuk waktu solat, seorang anggota polis telah membenarkan aku masuk ke kaw. Raudah dan dapat bersolat di kawasan Raudah betul2 di hadapan pintu gerbang itu. Selepas solat magrib, aku terus melakukan ziarah makam Rasulullah dan sahabat baginda untuk kali terakhir kerana esoknya aku akan bertolak ke tanah suci Mekah.
Aku berdoa agar dipanjang umur dan dimurahkan rezeki agar aku diberi peluang dan kesempatan pada masa akan datang untuk menjejakkan kaki lagi di bumi Madinah dan dapat menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W .
Selepas Isyak, diadakan bacaan Yaasin dan doa sempena malam Jumaat dan keberangkatan kami ke tanah suci Mekah keesokan harinya. Kami juga dimaklumkan bahawa seorang jemaah lelaki dari pakej swasta lain yang ditempatkan di hotel yang sama dengan kami telah kembali ke Rahmatullah . Allahyarham telah diserang sakit jantung dan sesak nafas ketika di Masjid Nabawi. Al-Fatihah untuk rohnya, semoga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman di syurga .
Lebih kurang jam 10.00 mlm , aku membawa isteri tersayang pula ke makam Rasulullah untuk melakukan ziarah selamat tinggal .
Suasana dipersekitaran Masjid Nabawi pada setiap hari Khamis malam Jumaat memang meriah kerana orang2 arab atau penduduk Madinah akan keluar beramai2 bersama anggota keluarga mereka dan anak2 untuk memenuhi kawasan luar masjid seakan2 "berpicnic" kerana jumaat merupakan hari kelepasan sekolah dan bekerja. Kalau di negara kita , shopping kompleks atau kaw. peranginan yang penuh sesak, tapi di sini kawasan masjid yang tujui. Mereka akan membawa bekalan makanan dan minuman .
Nasihat saya, pastikan sentiasa membawa sejadah sebagai persediaan sekiranya terpaksa bersolat di kaw. luar masjid kerana 2-3 jam sebelum waktu subuh kerana lantai marmarnya terlalu dingin waktu sebegini dan kebetulan suhu di Madinah agak dingin pada bulan November dan Disember.
JEMAAH HAJI DARI INDIA
JEMAAH INDONISIA SEGAK BERBAJU BATIK SERAGAM
Kelihatan bas2 yang akan membawa mereka kelihatan agak sibuk di hadapan hotel2 penginapan. Kebiasaannya semasa musim haji, setelah tinggal 8-9 hari di Madinah, mereka akan memasuki kota Mekah pula. Seronok melihat gelagat para pemunggah bagasi atau porter yang menggunakan "forklift" untuk mengangkat bagasi dan di letakkan di atas bas.
Selepas solat setiap hari di Masjid Nabawi tidak akan saya lepaskan dgn menziarahi makam Rasulullah dan para sahabatnya tapi memerlukan kesabaran kerana terlalu ramai jemaah . Kita terpaksa beratur dgn jemaah yang sungguh sesak. Terdapat juga jemaah 2 lain yang kurang berdisplin dan cuba memotong barisan dan berlaku tolak-menolak. Anggota polis sentiasa mengawal keadaan . Untuk keluar dari masjid dan pulang ke hotel juga 2-3 hari ini mengambil masa 30-45 minit kerana jemaah dari pelbagai pelusuk dunia telah membanjiri kota Madinah dan memenuhi setiap ruang masjid setiap kali waktu solat.
SUASANA SELEPAS SOLAT ZOHOR
Pagi ini diadakan taklimat keberangkatan ke Tanah Suci Mekah . Kami dibekalkan dgn tag bagasi mengikut warna berdasarkan pakej yang kami pilih kerana dari 380 orang , kami akan di tempatkan di beberapa buah hotel yang berlainan di kota suci Mekah nanti.
Beg2 besar kami perlu diletakkan di luar bilik hotel pukul 2.00 ptg ni untuk diangkut dan akan dihantar ke Mekah menggunakan lori. Apabila kami tiba di Mekah nanti, beg-beg tersebut telah sedia menanti di bilik masing2. Kami hanya akan membawa beg kecil yang akan dibawa bersama ketika menaiki bas esok yang mengandungi sedikit minuman dan makanan serta ubatan jika perlu .
Yang paling penting kain ihram janganlah dimasukkan ke dalam beg besar yang dihantar ke Mekah kerana kami akan berihram di bilik hotel esok sebelum menuju ke Makah. 2 tahun lepas berlaku peristiwa dimana seoarang jemaah lelaki terpaksa menggunakan cadar hotel sebagai kain ihram kerana kain ihramnya telah dimasukkan ke dalam beg pakaian yang dihantar ke Mekah terlebih dahulu.
PENIAGA JALANAN
Selepas asar aku tidak balik ke hotel dan terus berada di masjid. Tertarik melihat banyak plastik2 yang panjang yang dibentang seolah2 menjadi "saf" dan kemudiannya diletakkan buah2 kurma dari pelbagai jenis sebagai persiapan untuk berbuka puasa kerana hari Khamis merupakan hari yang afdal untuk berpuasa sunat.30 minit sebelum masuk waktu solat magrib aku bergerak ke bahagian hadapan masjid .
10 minit lagi waktu solat magrib masuk, aku berdiri di hadapan pintu gerbang di kawasan Raudah. Apabila hampir sahaja masuk waktu solat, seorang anggota polis telah membenarkan aku masuk ke kaw. Raudah dan dapat bersolat di kawasan Raudah betul2 di hadapan pintu gerbang itu. Selepas solat magrib, aku terus melakukan ziarah makam Rasulullah dan sahabat baginda untuk kali terakhir kerana esoknya aku akan bertolak ke tanah suci Mekah.
Aku berdoa agar dipanjang umur dan dimurahkan rezeki agar aku diberi peluang dan kesempatan pada masa akan datang untuk menjejakkan kaki lagi di bumi Madinah dan dapat menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W .
Selepas Isyak, diadakan bacaan Yaasin dan doa sempena malam Jumaat dan keberangkatan kami ke tanah suci Mekah keesokan harinya. Kami juga dimaklumkan bahawa seorang jemaah lelaki dari pakej swasta lain yang ditempatkan di hotel yang sama dengan kami telah kembali ke Rahmatullah . Allahyarham telah diserang sakit jantung dan sesak nafas ketika di Masjid Nabawi. Al-Fatihah untuk rohnya, semoga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman di syurga .
Lebih kurang jam 10.00 mlm , aku membawa isteri tersayang pula ke makam Rasulullah untuk melakukan ziarah selamat tinggal .
Suasana dipersekitaran Masjid Nabawi pada setiap hari Khamis malam Jumaat memang meriah kerana orang2 arab atau penduduk Madinah akan keluar beramai2 bersama anggota keluarga mereka dan anak2 untuk memenuhi kawasan luar masjid seakan2 "berpicnic" kerana jumaat merupakan hari kelepasan sekolah dan bekerja. Kalau di negara kita , shopping kompleks atau kaw. peranginan yang penuh sesak, tapi di sini kawasan masjid yang tujui. Mereka akan membawa bekalan makanan dan minuman .
0 comments:
Catat Ulasan