WARGA SCP

Sabtu, Ogos 15, 2009

DAY 6 20/11/2007 SELASA

Dikeheningan subuh, Masjid Nabawi telah dipenuhi oleh jemaah. Ada yang solat sunat, ada yang membaca Al-Quran, ada yang tidur juga ramai. Masjid Nabawi mulai tahun 2007 telah dibuka 24 jam. Kalau sebelum ini, selepas jam 11.00 mlm ia akan ditutup dan akan dibuka jam 3.00 pagi.
 
JEMAAH DARI IRAN SIAP DENGAN PAKAIAN IHRAM

SUASANA HENING DAN KEINDAHAN MASJID NABAWI

SUASANA DI DATARAN SELEPAS SUBUH

JEMAAH SELEPAS SOLAT SUBUH

Kalau wuduk kita terbatal , agak sukar juga untuk mengambil wuduk semula kerana bilik air berada di luar masjid dan agak jauh. Tertarik melihat seorang jemaah dari india yang mengambil wuduk di tong minuman air zam-zam dengan dikepung oleh rakan-rakan mereka.

MENIKMATI AIR ZAM-ZAM SELEPAS ZOHOR

SUASANA SELEPAS ZOHOR

Masjid Nabawi telah melalui banyak perubahan dan penambahbaikkan semenjak zaman Rasulullah sehinggalah ke zaman pemerintahan Raja Fahd. Kalau masa masjid ini dibina oleh Rasulullah dahulu, luasnya hanyalah 50m x 50m, tetapi sekarang , keluasannya mencecah 200,000 meter persegi dan dapat menampung jemaah sehingga hampir 600,000 orang pada satu-satu masa di dalam masjid dan kawasan solat diluarnya. Kawasan dalam masjid saja dpt menampung hampir 170,000 ribu lebih jemaah, kawasan tingkat atas hampir 90,000 orang lebih dan halaman solat disekeliling masjid pula hampir 140,000 orang lebih. Ia mempunyai 27 buah kubah yang boleh dibuka . 
Setiap pintu masjid yang dibuat dari kayu dan tembaga pula seberat 2.5 tan . Keseluruhan tembaga yang digunakan utk perhiasan dlm masjid ini dianggarkan 1,600 tan dan sebanyak 68 kg emas juga digunakan. Agak selesa berada dan beribadat di dalam kerana masjid ini mempunyai penghawa dingin berpusat yang keluar dicelah ukiran yang terdapat pada setiap tiang yang terdapat dalam masjid.

Pagi ini sarapan mee hoon , scramble egg dll. Kemudian turun ke hadapan hotel yg menghadap Masjid Nabawi. Terserempak dgn seorang jemaah dari Indonisia yang telah tersesat untuk pulang ke hotel. Saya menyuruhnya kembali memasuki Masjid Nabawi dan mengingati semula pintu mana yang ia masuki ketika memasuki ke dalam masjid pada sebelum subuh tadi . 


Kemungkinan jemaah tadi baru sampai ke kota Madinah dan terlupa menghafal pintu mana yang ia masuki. Bagi jemaah yang baru sampai , hendaklah memastikan dan mengingati pintu mana yang ia masuki supaya tidak tersesat kerana banyak pintu dan masjid ini terlalu besar. Kalau salah keluar pintu sahaja akan membawa kita ke arah yang lain. 

Kemudian terserempak dgn seorang jemaah perempuan yang agak tua juga dari Malaysia yang tersesat juga untuk pulang ke tempat penginapan yang dalam keadaan ketakutan dan terpinga-pinga. Saya menghantarnya ke sebuah hotel yang terdapat kakitangan Tabung Haji untuk membantu beliau. Di sini kita selalu diingatkan agar sentiasa memakai tag pengenalan diri atau membawanya kerana tercatat nama, no. KT dan hotel penginapan sekiranya berlaku kecemasan.



9.00 - 10.00 pagi mengikuti ceramah tentang ibadat haji dan umrah sebagai ulangkaji dan sangat memberi manafaat kepada semua sebagai persediaan beberapa hari lagi kepada kami yang akan bertolak ke kota Mekah.

Malam ini pada sebelah magrib sebelum isyak seperti biasa niat beriktikaf, sempat berbual-bual dgn seorang jemaah haji dari Afganistan. Berpakaian kemas dan bersih. Perbualan kami banyak menggunakan bahasa isyarat dan bagai ayam berbual dgn itik. Tertarik apabila ia menunjukkan pergelangan kakinya yang ditutup dgn "angkle guard" untuk menutup kesan terkena tembakan akibat perperangan.

SUASANA MENJELANG MAGRIB

0 comments:

Catat Ulasan