Hari terakhir di bumi Madinah , bumi yang penuh dgn keberkatan sebelum bertolak ke kota suci Mekah. Mengikut perancangan, kami akan bertolak selepas solat Jumaat. Pukul 9.00 pagi , ke pejabat operasi Pos Malaysia yang terletak di hotel yang sama. Menggunakan khimat Pos Malaysia untuk menghantar 2 ktk kurma, buah tin (zaitun) dan pelbagai kacang yang dibeli di sini ke Malaysia untuk anak-anak dan sanak saudara seberat hampir 14 kg.
Setiap kg dikenakan 15 riyal. Juga menghantar 1 botol air zam-zam seberat 5 liter yang dipesan dari Pos Malaysia berharga 50 riyal. Kurma dan seangkatan dengannya senang didapati di Madinah dan harganya lebih murah berbanding Mekah.
Selepas tu meronda
Aku bersyukur kerana bertolak agak lewat dari jadual yang dirancang dan dapat bersolat jumaat di Masjid Nabawi . Tengahari ni kami makan kebab je sebagai mengalas perut.
Terasa sedih kerana akan meninggalkan bumi Madinah. Tak tahu bilakah lagi kami berpeluang menjejakkan kaki ke sini. Hanya mampu berdoa agar diberikan kelapangan, kesihatan dan rezeki agar kami dapat menjejakkan kaki ke sini , beribadat dan menziarahi makam Rasulullah dan para sahabatnya.
Sebelum pergi ke masjid untuk solat Jumaat, melakukan perkara-perkara yang disunatkan sebelum berihram spt mengerat kuku dll dan mandi sunat ihram . Seringkali kami diingatkan agar sentiasa menghayati syariat disebalik mandi sunat ihram dan pemakaian ihram .
Itu semua dapat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada kita yang masih diberikan nyawa dan ruang untuk hidup oleh ALLAH agar kita sentiasa bersyukur dan terus beribadat . Mandi sunat ihram seolah-olah mengambarkan kita mandi jenazah .Kemudian memakai 2 helai kain putih yang tidak berjahit seolah-olah jenazah dikafankan sebelum menghadap ALLAH. Terus solat sunat ihram 2 rakaat. Tapi kami tidak berniat umrah haji lagi kerana masih ada 2-3 jam jarak waktu sebelum kami bertolak.
Kemudian11.00 pagi telah ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. 11.30 pg, jemaah telah berpusu-pusu memenuhi masjid. Masjid yang luas terbentang mula dibanjiri sehingga ke tingkat 2 (atas masjid). Hari ini khatib berkhutbah berkaitan ibadt haji . Terasa sedih, sebak dan bermacam-macam lagi di hati tatkala meninggalkan Masjid Nabawi selepas solat Jumaat.

Sebelum meninggalkan bilik hotel, kami telah diingatkan oleh para petugas Tabung Haji Travel agar berniat umrah terlebih dahulu kerana ditakuti dan dibimbingi bas yang akan kami naiki nanti terlepas dari kawasan Bir Ali iaitu tempat miqat kerana tersesat atau terlepas. Sekiranya itu berlaku, maka kami akan dikenakan dam seekor kambing . Kebanyakkan pemandu bas semasa musim haji terdiri dari warga luar seperti Mesir dan Turki yang di "import" dan ada diantara mereka yang tidak mahir dgn jalan dari Madinah menuju ke Mekah.
Mereka hanya berpandukan papan tanda jalan. Seramai 380 oarang jemaah yang akan bertolak pada hari ini memilih untuk mengerjakan Haji Tamattuk. Oleh itu kami akan menyempurnakan umrah dahulu dan apabila tiba hari wukuf kelak , barulah kami akan berniat sekali lagi utk mengerjakan haji pula. Setelah berniat ihram, maka perlu menjaga 13 perkara larangan dalam ihram .
14 buah bas yang akan digunakan. Kami menaiki bas yang ditelah ditetapkan. Sebelum bertolak, pihak berkuasa Madinah akan memeriksa bas dgn memanggil nama seorang demi seorang berdasarkan pasport haji yang mereka pegang. Kemudian pasport tersebut akan dipegang oleh pemandu bas pula dan akan diserahkan kepada pihak berkuasa sebelum memasukikota Mekah. Pasport haji kami dipegang oleh pihak berkuasa sepanjang kami berada di Madinah dan Mekah.
Perjalanan kami mengambil masa 7-8 jam meliputi hampir 447 km. Beg galas yang kami bawa telah diletakkan di bumbung bas. Hanya beg sandang kecil dibenarkan di bawa ke dalam bas. Setelah mendapat kebenaran perlepasan dari pihak berkuasa Madinah, 3.00 ptg kami meninggalkankota Madinah dgn rasa sedih dan berat hati .
10 minit perjalanan, tiba di "check point" selepas keluar darikota Madinah. di sana kami dibekalkan dgn satu bekas yang mengandungi makanan dan minuman oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Kemudian bas berhenti di Bir Ali selama 30 minit. Kami menunaikan solat asar di sana . Sebelum keluar dari kawasan Bir Ali, bas kami sekali lagi diperiksa oleh pihak berkuasa dan pemandu perlu mendapatkan cop dan pengesahan sebelum meneruskan perjalanan. Kemudian meneruskankan perjalanan dgn laugan talbiah yang bersilih ganti .
Hampir 3 jam perjalanan , bas yang kami naiki berhenti di sebuah masjid untk kami menunaikan solat magrib dan isyak secara jamak takdim. Perjalanan diteruskan lagi sehingga berhenti di sebuah hentian lagi untuk berehat seketika dan ke tandas. Perjalanan diteruskan dgn laugan talbiah .
20 km darikota Mekah , kami berhenti di "check point" sebelum dibenarkan memasuki kota Mekah bernama Jumum. Sekali lagi pasport haji kami diperiksa oleh pihak berkuasa Mekah dan seorang pegawai mereka akan menaiki sama setiap bas untuk memandu arah sehingga ke hotel penginapan. Sekali lagi kami dibekalkan dgn sedikit makanan dan sebotol kecil air zam-zam. Apabila memasuki sempadan tanah halal dan tanah haram , kami mula berdoa seperti yang disunatkan dan diikuti dgn laugan talbiah.
1 jam juga perjalanan utk sampai ke hotel penginapan keranakota Mekah sentiasa sibuk dgn kenderaan tidak seperti Madinah. Hampir saja dgn hotel, bas sekali lagi berhenti dan disambut pula oleh pihak berkuasa Mekah dan diberikan sambutan dgn tazkirah oleh seorang "tok syeikh" arab yang berbahasa melayu dan berdoa bersama-sama. Jam menunjukkan hampir 12.00 tgh mlm.
Kami masih dalam ihram lagi dan perlu menjaga pantang larang. Aku dan isteri berserta beberapa orang rakan lain mengambil keputusan untuk menyempurnakan umrah pagi ini juga lebih kurang pukul 1.00 pagi setelah membersihkan diri.
Mereka hanya berpandukan papan tanda jalan. Seramai 380 oarang jemaah yang akan bertolak pada hari ini memilih untuk mengerjakan Haji Tamattuk. Oleh itu kami akan menyempurnakan umrah dahulu dan apabila tiba hari wukuf kelak , barulah kami akan berniat sekali lagi utk mengerjakan haji pula. Setelah berniat ihram, maka perlu menjaga 13 perkara larangan dalam ihram .
14 buah bas yang akan digunakan. Kami menaiki bas yang ditelah ditetapkan. Sebelum bertolak, pihak berkuasa Madinah akan memeriksa bas dgn memanggil nama seorang demi seorang berdasarkan pasport haji yang mereka pegang. Kemudian pasport tersebut akan dipegang oleh pemandu bas pula dan akan diserahkan kepada pihak berkuasa sebelum memasuki
Perjalanan kami mengambil masa 7-8 jam meliputi hampir 447 km. Beg galas yang kami bawa telah diletakkan di bumbung bas. Hanya beg sandang kecil dibenarkan di bawa ke dalam bas. Setelah mendapat kebenaran perlepasan dari pihak berkuasa Madinah, 3.00 ptg kami meninggalkan
10 minit perjalanan, tiba di "check point" selepas keluar dari
Hampir 3 jam perjalanan , bas yang kami naiki berhenti di sebuah masjid untk kami menunaikan solat magrib dan isyak secara jamak takdim. Perjalanan diteruskan lagi sehingga berhenti di sebuah hentian lagi untuk berehat seketika dan ke tandas. Perjalanan diteruskan dgn laugan talbiah .
20 km dari
1 jam juga perjalanan utk sampai ke hotel penginapan kerana
Kami masih dalam ihram lagi dan perlu menjaga pantang larang. Aku dan isteri berserta beberapa orang rakan lain mengambil keputusan untuk menyempurnakan umrah pagi ini juga lebih kurang pukul 1.00 pagi setelah membersihkan diri.
0 comments:
Catat Ulasan