Makkah atau Mekah juga dikenali dgn beberapa nama lain seperti yang terdapat dalam Al-Quran iaitu Bakkah, Ummul Qura'(perkampungan tua), Al-Balad (negeri) , Al-Balad Al- Amin ( negeri yang aman), Al-Baldah(negeri), Haram Amin (tanah suci yang aman), Wa'd Ghairu Dzi Zar'in (lembah gersang), Ma'ad ( tempat kembali), dan Qaryah. Luas kawasan tanah suci Mekah ialah 550 km persegi .
Aktiviti rutin beribadat seperti biasa , cuma nk berkongsi pengalaman tentang peminta sedekah yang "semi pro" dengan yang "pro" di sekitar Masjidil Haram . Kami sebelum itu sering diingatkan agar berhati-hati sekiranya dihampiri peminta sedekah yang memakai purdah semasa pergi atau pulang dari masjid. Mereka ini kebiasaannya berkumpulan dan akan mengerumuni kita. Ini akan mendatangkan bahaya dan mudarat terutama kepada jemaah wanita kerana dlm kesibukan orang yang terlalu ramai, berbagai-bagai kejadian yang mendatangkan mudarat boleh berlaku . Difahamkan mereka ini datang ke Mekah pada musim haji yang diuruskan oleh "sindiket".
KEDAI SEPANJANG JALAN MENUJU MASJIDILHARAM
PEKERJA PEMBERSIHAN MASJIDILHARAM
SEDANG MEMBERSIHKAN LAMAN LUAR MASJIDILHARAM
Bagi yang pro pula, kebiasaannya mereka lelaki muda yang akan menyapa kita dan memberi salam lalu bertanya "CAN YOU SPEAK ENGLISH", jika kita menjawab "CAN" maka bermula episod cerita yang kadangkala tidak masuk akal. Saya berjumpa dan terserempak dgn 2 kali dengan pemuda yang sama di dalam Masjidil Haram pada hari yang berlainan. Begitu juga dgn rakan-rakan yang lain.
Kesimpulannya, jika hendak bersedekah, bersedekahlah kepada yang benar2-benar memerlukan seperti pekerja-pekerja di dalam Masjidil Haram yang rata-rata gaji mereka 400 rial sahaja.
Hari ini kami terus berada di Masjidil Haram dari waktu solat Asar, Magrib dan Isyak dan beriktikaf di dalam masjid. Pelbagai ibadat yangboleh dilakukan sepanjang 5-6 jam . Selepas solat asar , kita boleh banyakkan bertadarus. Jika kehausan, tong air zam2 banyak terdapat disekeliling kita .Selepas solat magrib menunggu waktu isyak, solat sunat awabbin ,solat sunat taubat dan hajat. Aku sentiasa berdoa dan memohon kepadaALLAH agar kami diterima menjadi tetamu NYA , diberikan segala kemudahan dan kesihatan yang baik agar dapat melakukan ibadat haji dgn sempurnadan dikurniakan haji yang mabrur dan dipelihara apa yang telah kami tinggalkan.
Aku turun ke lantai kaabah sebelum masuk waktu magrib dan berada di situ sehingga selesai solat isyak. Betapa indah dan syahdu menatap kaabah yang tersergam indah dgn jemaah2 yang sedang melakukan tawaf. Barisan saf dilantai kaabah sentiasa dipenuhi dgn jemaah yang berhimpit2. Adegan langkah-melangkah bahu oleh jemaah yang hendak kehadapan seperti menjadi kelaziman di sini tanpa rasa bersalah.Kalau kat Malaysia ,tentu pandangan sinis akan dilemparkan kepada org yang melangkah itu dan dianggap "tidak beradab". Itulah senario di Masjidil Haram yang jemaahnya datang dari pelbagai pelusuk dunia .
Waktu solat isyak hampir tiba, jemaah telah mula membuat saf. Jemaah yang melakukan tawaf akan berhenti seketika . Namun masih ada juga jemaah yang melakukan tawaf di celah2 jemaah yang sedang duduk , kemungkinan untuk menghabiskan pusingan tawaf mereka sebelum berhenti.
0 comments:
Catat Ulasan