WARGA SCP

Rabu, Mac 30, 2011

APA YANG SYOK HUJAN2 NI

ALHAMDULILLAH

Jangan pikir lain tau bila baca tajuk n3 ni hehehe

Dah 3-4 hari ni hujan turun dengan agak lebatnya,
jadi bapak tak boleh gi noreh
Hujan-hujan ni yang sedap pi tarik selimut dan tidur
Bangun tidur perut lapar pulak

pasal tak boleh noreh kat kebun
bapak pun noreh lah kat dapur

jumpa pulak benda alah ni hehehehehe
yang paling best buat cecah dengan lempeng atau roti
kekawan , kalau ada roti putih hantar kat pak itam
nak buat cecah ni

adussssssssssss

ingat , sapa ada gout jangan nak mengatal,
cecah pun tak boleh kari sotong ni tau hehehehehe




Ahad, Mac 27, 2011

HARI MINGGU GOLEK-GOLEK BACA KORAN

ALHAMDULILLAH

Sabtu lepas, bapak keluar hutan agak lewat juga. Lepas kumpulkan semua akar2 kayu nak buat ubat periuk nanti serta sedikit rotan dari pagi hingga dah dekat zohor juga. Lepas zohor baru kami bergerak ke teratak bapak di bandar.

Dalam perjalanan , byknya kenderaan . Kami naik kapchai buruk terpaksa jalan bebaik pelan2 kat tepi. Kenapa byk kenderaan , rupanya semalam rasanya harimau dah mengaum, jadi mesti depa ambil kesempatan berjalan2.

Tiba kat pekan HC pun tgk ramainya kenderaan dan umat.

Itulah rutin bapak setiap hujung minggu. Selalunya bapak tak ambil makan malam yg berat mcm nasi, tapi hari sabtu kira kami belasah je. Seminggu sekali. Kalau hari sabtu, kira isteri bapak cuti kat dapur, kesian penat tetiap hari masakkan utk bapak lps balik noreh tengahari. Jadi hari sabtu kasi rehat sikit. Kami akan makan malam diluar. tempat bapak tak kisah hatta warung buruk tepi jalan sekali pun, janji sedap .

Kalau hari Ahad, jika org lain suka keluar, bapak suka lepak kat rumah dari pagi hingga asar sebelum kami masuk hutan semula.

Rutinnya ketika mak itam berpasar tani, bapak pula jogging dalam 30 minit tepi sungai sambil nunggu mak itam siap. Kuyuplah juga baju dgn kain pelikat yg bapak pakai masa jogging.

Balik je, sambil nunggu mak itam siap masak, bapak golek2 sambil baca koran atau org putih panggil baca paper. Puas juga nak ngabiskan psl mak itam semua koran dia beli melainkan tamil nesan dan sin jew jitt pohh je hehehe

Bapak ni pula jenis baca lambat, mengeja satu2 pasal bapak tak sekolah tinggi
baca A bunyinya aaaaa Y A M yam bunyinya lembu hahaha

Tu yang kat kul 12.30 tgh baru habis satu koran

Tapii yang paling syok ialah lps tu mak itam panggil makan tengahari dah siap
berdesup terejun katil tmpt golek2 tadi ke bawah

dan berdesup juga bapak mengadap rezeki tgh ni tadi

daging lembu masak kari lawan sayur taugeh serta anak tenggiri goreng berlada

OK, dah panjang karangan bapak ni.
rasanya dah lebih 150 perkataan, karang kalau lebih,
cikgu bapak kata kena potong setiap yang lebih 1/2 markah





Khamis, Mac 24, 2011

PEGEDEL atau BEGEDEL

ALHAMDULILLAH

Pegedel atau begedel , mana satu yang betul aku tak tahu
yang aku tahu dia mmg sedap utk dimakan, tapi tak pernah lagi lihat org dok makan pegedel ni lawan dengan air kopi atau teh mcm makan biskut petang2

Nampak mudah nak makan tapi rasanya makan masa nak buatnya. Kalau yang kat kedai depa pakai kentang je, tapi pasal ni buat sendiri 60 % bahannya terdiri dari daging lembu kisar selain kentang lecek dan rempah ratusnya. Kalau nak lagi best masukkanlah rempah jamu mak dara, pasti dara je memanjang walaupun dah anak 12 hahaha

lumur pula dengan tepung berempah
kalau habis tepung tu, bedak cuticura pun boleh
putih sikit pegedel tu

Hari tu, bapak suruh ibu masakkan soto pasal dah lama tak makan soto. Tapi ni kira soto ringkas je pasal kacang tanah dan taugeh serta bawang goreng tak sempat buat. Sambal kicapnya juga tak sempat buat kerana ibu kepenatan hari tu.

Tapi bahan utama seperti pegedel, soon goreng mesti ada. Kuah sopnya pula bukan sepeti sop ayam biasa tu . Kena pakai rempah soto . Kalau tak tak sedap .

Lagi sekali kalau nak best , cuba2 masukkan rempah jamu mak dara, 2 kali dara kiranya sapa yang makan tak kira jantina hehehe

ingat , jangan cuba menu songsang yang bapak berikan ini kerana bapak tak mahu bertanggungjawab atas apa2 efek selepas kalian mencubanya

hehehe
sop rempah soto

bahan sampingan yg simple

ketupat tu yg buat kenyang
kalau banyak masa boleh buat pakai ayam goreng yang disiat2
kalau tak massukkan je ayam dalam kuah sop tu


Selasa, Mac 22, 2011

KALAU KALIAN BIJAK BESTARI


ALHAMDULILLAH

kalau kalian bijak bestari
apakah ia gerangan benda alah ni

bapak sengaja tak resize gambar ni, biar besar dan nampak terang

nanti baru bapak bawakan n3 pasal benda alah ni

clue , leceh nak buat, makan tak leceh

hehehe

update clue : bunyinya khil,khil,khil
sakil , bakhil hahahaha
dah mcm dialog cite p ramlee dgn tuan hj bakhil pulak hehe

kasi clue sikitlah, salah satu bahan daging kisar

Ahad, Mac 20, 2011

INGAT NAK TERBANG MALAM NI


ALHAMDULILLAH

Pasport yg hampir tamat tarikh dah siap diperbaharui, yg lama dah dipotong .
Ingat malam ni nak terbang pi Libya, Libya pulak dah diserang oleh musuh islam
Nak terbang pi Makkah , visa pulak takde
nampak gaya simpan je dulu pasport ni yg masih bau kedai lagi

Khamis, Mac 17, 2011

LAMBAT LAGI NAK KUL 4.30 PM

ALHAMDULILLAH

Sekarang baru pukul 2 lebih, lambatnya nak tunggu 4.30 pm
Kala ini , bapak sedang tunggu kat lounge sambil keta kebal bapak siap diservis .
Makan masa juga krn nak diagnose lagi

sabar jelah

sib baik bawak lappy buruk ni
boleh juga hilang boring kat sini,
wifi free, minum free, makan free dari SDS, halal semuanya
makan dan minumlah selagi terdaya
dan ditanggung percuma

Isnin, Mac 14, 2011

PANTAI PENGERANG

"jacket" pelantar minyak dan kapal2 besar
di tengah2 tu

ALHAMDULILLAH

Persisiran pantai Pengerang merupakan laluan perkapalan yang sangat sibuk. Merupakan laluan masuk ke pelabuhan Singapura dan juga pelabuhan Tg. Pelepas. Di sepanjang pantai ini , terdapat beberapa pos kawalan tentera kerana sering berlaku aktiviti penyeludupan manusia yang mana merupakan pendatang tanpa izin dari Indonisia krn jarak antara kepulauan Batam, indonisia hanya 30 minit sahaja dgn menaiki bot.

Masuk dan keluar tanpa dokumen perjalanan yg sah di waktu malam , namun banyak juga berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa.


Sempat bapak berhenti seketika ketika pulang dari Tg. Pengelih utk mengabadikan beberapa foto dalam format RAW dan proses ke Jpeg ikut ikut citarasa bapak.

Sebenarnya pantai ini langsung tidak sesuai utk mendi manda kerana berlumpur . Seringkali berlaku pencemaran di sini krn berlaku proses pemindahan minyak hitam terpakai di tengah laut yang merupakan satu kesalahan mengikut undang2 maritim kita.

Itu sebabnya , seringkali kita baca di dada akhbar, pihak APM (Agensi Penguatkuasaan Maritim) dapat mengkap ketika mereka melakukan pemindahan tersebut.




Sabtu, Mac 12, 2011

SEPETANG DI TANJUNG PENGELIH

depan tu je singapore

ALHAMDULILLAH

Semalam dalam kesibukan, lepas jumaat bapak terpaksa pergi ke Tg. Pengelih.Kalau kalian nak tahu di sini adalah salah satu pintu masuk ke Malaysia dan juga pintu keluar ke Singapura dan indonisia.

Bapak berkunjung ke pejabat imigresen kerana pasport antarabangsa kami dah hampir tamat tempoh. Ingat nak pi Tokyo jap esok, tapi kerana pasportnya hanya tinggal 2 bulan je, terpaksa hidupkan semula dan tangguhkan niat dulu nak ke Tokyo.


Kalau nak hidupkan pasport kat JB, dalam sejam je siap, tapi punyalah ramai umat menyebabkan kekadang no.giliran habis dan silap hari bulan dari pagi pegi petang baru balik. Tapi kat sini hantar permohonan dan balik dulu, nanti 3 hari lagi baru siap kerana permohonan tu dia bawak ke jabatan imigresen di JB. Yang memudahkan, tak payah tunggu2 dan jaraknya sebenarnya tak jauh dari kediaman bapak di tepi hutan ni. Bapakkan hari biasa tinggal di hujung tanah melayu

Senang nak pi noreh pepagi nanti , tak jauh dari rumah.

feri ke Batam dan Singapore

Ahad, Mac 06, 2011

BAPAK BERMADU

ALHAMDULILLAH


Harap kalian semua redha dengan apa yang bapak nak ceritakan ini mcm yang bapak janjikan semalam. harap jangan ada yang marah2 tau hehehe

Pagi tadi masa bapak nak dhuha, mak itam panggil bapak suruh carikannya madu. Bapak kata tunggu lepas siap dhuha. Teringat bapak pada doa selepas dhuha tu antaranya :

sekira rezeki ku masih jauh, kau dekatkan lah

adakah ini yang dikatakan rezeki ku yang jauh didekatkan

adoiiiiii, mana nak cari madu pepagi ni
salin kain gombang, terus start kereta pi cari madu

balik je terus bapak kasi kan kat mak itam madunya

mak itam kata dia nak payung emas , tu yang dia suruh bapak cari madu

alhamdullilah

madu ni nak buat masak tengahari ni

"Nasi Ayam Madu"

selain buat makan tengahari kami, nak bawakan sikit buat rakan bapak yg dah 2 minggu kat hospital dan juga untuk anak dan rakan2 kat asrama petang nanti

wooooooi, cettttttttttt

jangan ingat bapak nak bermadu tau hehehe

takde masalah jangan cari masalah .

ni madu 2

madu 3

sambal guna lada merah tak pakai cukadan letak limau

sop mesti ada


nasi ni kalau ayam tengok , menangis

dah sedai utk bermadu


KEJA MELAMBAK

ALHAMDULILLAH

Lama juga aku tak update blog ni,
bukan apa, sekarang keja dan projek tgh melambak-lambak
bak kata orang tua2, rezeki jangan ditolak
semuanya datang dari Allah
jadi pemikiran aku banyak tertumpu pada kerja2 tu
tu yang tak sempat nak berkarya di SCP

Faham2 jelah, bulan 12 masuk bulan 1 dan 2 serta 3,
peak season bagi ku yang banyak berurusan dgn pihak sekolah

mana lagi nak jaga kebun getah yang sekarang tgh mahal,
mana lagi nak ajar kelas malam utk Pak Ali dan Pak Abu
nanti aku dah free sikit,
baru boleh berkarya seperti biasa

tapi esok tgh aku dah ada cerita dan bahan utk dikongsi dengan rakan2 sekalian
apa ceritanya, tunggu dan lihat je hehehe