Lepas subuh tanpa kokokan ayam seperti biasa jika aku berada di teratak ku di pekan HC berbanding pondok usang ku di tepi hutan, aku telah bersiap dengan segala peralatan kerja dan "getah ojol" yang perlu aku hantar ke sebuah sekolah yang menjadi pelanggan ku .
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)
Pagi ni seperti yang dirancang selain menghantar "gotah ojol" di situ, beberapa buah pintu kayu solid yang telah aku tempah dikilang papan seminggu sudah serta puluhan fomica putih yang akan mengantikan papan2 hitam yang usang akan dihantar pagi ni juga kerana dalam cuti sekolah macam nilah masa yang paling sesuai untuk menjalankan kerja2 pengantian dan tidak mengganggu sessi persekolahan.
Namun pagi ni, kami bercadang untuk melakukan kerja2 memvarnish sahaja dan esok nanti baru memasangnya nanti.
Namun pagi ni, kami bercadang untuk melakukan kerja2 memvarnish sahaja dan esok nanti baru memasangnya nanti.
Teringat kata2 Tuan Pengetua sekolah ni yang lebih mesra aku panggil "Abang" yang meminta aku menyegerakan agar salah satu pintu masuk ke biliknya diganti kerana telah rosak dan reput dek anai-anai.
Aku telah mengenalinya agak lama juga dalam 10-15 tahun dan aku anggap dah macam abang sendiri seperti bukan hubungan macam dengan peniaga dan pelanggan. Namun aku tidak pernah sesekali mengambil kesempatan atau "advantage" atas hubungan yang agak baik ini untuk perniagaan ku .
Memang begitu prinsip ku sejak dulu lagi tak kira aku berurusan dengan siapa pun kerana aku berpegang pada prinsip yang "Rezeki Allah Yang Tentukan" dan bagaimana Allah nak beri dan melalui siapa, aku berserah.
Namun usaha dan ikhtiar aku ialah menyediakan "service" yang terbaik dan memuaskan hati pelanggan aku dan dari situ tentu mereka dapat menilai nanti.
Aku mahukan keberkatan dan aku tak mahu dapat job kerana "kronisme" dan mutu atau perkhidmatan yang sepatutnya menjadi kayu pengukur .
Macam medal2 dalam paparan ini yang aku telah siapkan minggu lepas untuk sekolah "Abang", rasanya kerana apa yang aku tawarkan untuk mereka memenuhi kritiria , dah bertahun2 lamanya, "Abang" tetap menempah dari ku . Aku hantarkan kepada "Abang" hari Isnin lalu dan tak menyangka itulah pertemuan kami yang terakhir kali semasa hayatnya dikandung badan.
Macam medal2 dalam paparan ini yang aku telah siapkan minggu lepas untuk sekolah "Abang", rasanya kerana apa yang aku tawarkan untuk mereka memenuhi kritiria , dah bertahun2 lamanya, "Abang" tetap menempah dari ku . Aku hantarkan kepada "Abang" hari Isnin lalu dan tak menyangka itulah pertemuan kami yang terakhir kali semasa hayatnya dikandung badan.
Kami berbual macam biasa hal berkaitan kehidupan di dalam pejabatnya hampir sejam sebelum aku minta diri dan berjanji pagi Rabu nanti aku akan datang lagi .
200 meter sebelum aku sampai ke sana , aku ditahan oleh pengawal keselamatan sekolah yang aku kenali dalam keadaan tergesa2 dengan kata2 "Boss Meninggal" baru kejap ni dan jenazah ada di klinik kesihatan kecil berhampiran. Aku terpingga2 dan meneruskan perjalanan masuk dalam pagar sekolah untuk mendapatkan kepastian.
"Abang" pagi ni macam biasa datang awal pagi ke sekolah dan memberikan kata2 semangat kepada anak2muridnya dikantin sekolah sebelum mereka memasuki ke dewan peperiksaan untuk kertas fizik SPM tak salah aku. Antara calon2 adalah anak lelakinya sendiri yang aku boleh kategorikan sebagai seorang murid yang baik dan sungguh menghormati guru2 dan orang lain walaupun bapanya pengetua di situ.
5 minit selepas itu, "Abang" jatuh terlentang di situ juga dipercayai diserang serangan jantung secara mengejut lalu terus dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan dan disah telah kembali ke Rahmatullah. Sungguh mudah "Abang" pergi .
9.30 pagi jenazah "Abang" terus dihantar ke rumahnya dan guru2 bertugas di situ merahsiakan dari pengetahuan anakandanya yang sedang menghadapi peperiksaan kerana tidak mahu mengganggu emosinya ketika itu.
11.00 pagi aku sama2 berada disitu melihat "Abang" dimandikan serta sama2 membantu mengkafankan sebelum dibawa ke masjid berhampiran kerana azan zohor akan berkumandang bila2 masa sahaja. Ramai sungguh saudara mara, sahabat handai termasuk Tuan Pengarah Pelajaran serta timbalannya sebagai memberi penghormatan terakhir . Lepas solat zuhur, rasanya hampir 500-600 orang juga yang sama2 mengerjakan solat jenazah dan ketika itu anaknya yang baru selesai menghadapi SPM untuk kertas hari ni terus dibawa dari sekolah menuju ke masjid untuk menatap wajah ayah tersayang buat kali terakhir sebelum dikebumikan dan keadaannya kelihatan trauma rasanya yang pasti berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Allah telah mempermudahkan sungguh buat "Abang" dan yang pasti kerana sebelum ini pada pandangan aku, "Abang" seorang yang akan mempermudahkan segala urusan orang lain termasuk semasa aku berurusan dengannya . Begitulah rasanya , jika kita permudahkan urusan orang lain,insyallah Allah akan permudahkan urusan kita . Cara dan bagaimana, hanya Allah yang mengetahui .
Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa "Abang" dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Semoga roh "Abang" dicucuri rahmat dan aku kehilangan seorang lagi sahabat yang ku anggap seperti saudara ku sendiri.
AL FATEHAH
Salam bapak.
BalasPadamInnalillah. Al-Fatihah buat yg telah pergi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Saya pun selalu berdoa semoga bila sampai waktu saya nanti, dipermudahkan begitu jugak. Padahal banyak sangat dosa saya ni..
waalaikumsalam
Padamkita punya nasib tak tahu lagi
moga2 kita juga dipermudahkan olehNYA
insyallah
Salam
BalasPadamarwah pergi mengejut seperti arwah ayah pB.
waalaikumsalam
Padampemergian secara mengejut buat kita trauma seketika
Assalammualaikom wbt Pak Itam
BalasPadamal-Fatihah buat arwah.....semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...InsyaAllah
JazakaAllah
waalaikumsalam
Padaminsyallah
Salam bapak. Lupa pulak nak habaq, sekarang memang musim degheyan di Penang :)
BalasPadamwaalaikumsalam
Padamtak sempat bapak nak terbang ke penang
nampak gaya tak merasalah musang king
Ataköy
BalasPadamÇekirge
Karataş
Adrasan
Çavuşlu
ZF4FK
Denizli
BalasPadamAnkara
Antep
Bursa
Eskişehir
İBUC
elazığ
BalasPadamgümüşhane
kilis
siirt
sakarya
X0NO
manisa
BalasPadamsakarya
sivas
van
elazığ
CLY
görüntülüshow
BalasPadamücretli show
KQ4İG
görüntülüshow
BalasPadamücretli show
63WL
istanbul evden eve nakliyat
BalasPadamzonguldak evden eve nakliyat
adıyaman evden eve nakliyat
bilecik evden eve nakliyat
ankara evden eve nakliyat
3Y7S
AC947
BalasPadamreferanskodunedir.com.tr
F0711
BalasPadamParasız Görüntülü Sohbet
Youtube Abone Hilesi
Threads Takipçi Hilesi
Twitch Takipçi Satın Al
Soundcloud Reposts Satın Al
Kripto Para Üretme Siteleri
Linkedin Beğeni Hilesi
Spotify Takipçi Hilesi
Youtube İzlenme Satın Al
2ADE9
BalasPadamThreads İzlenme Satın Al
Coin Nedir
Telegram Abone Satın Al
Coin Kazma
Binance Referans Kodu
Onlyfans Takipçi Satın Al
Kripto Para Kazma Siteleri
Binance Hesap Açma
Chat Gpt Coin Hangi Borsada