Sebagai meraikan jemaah yang akan berwukuf di padang Arafah , marilah kita di sini merebut peluang berpuasa pada tanggal 9 zulhijjah ini bersamaan hari isnin ni.
Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
Maka Baginda bersabda:“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
Maka Baginda bersabda:“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:
Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah.
(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)
Cuma yang menjadi persoalan ialah 9 Zulhijjah dan jatuhnya hari wukuf sebenar tahun ini seperti yg diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada hari Isnin sedangkan bagi kita tanggal 9 Zulhijjah jatuh pada hari selasa
Mana satu nak ikut , tapi bagi ku insyallah aku akan berpuasa pada hari Isnin kerana ketika itulah jemaah haji sedang berwukuf di Padang Arafah.
Wallahualam ,
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui
terima kasih atas peringatan ini
BalasPadamAssalamualaikum Rezeki,
BalasPadamSy pun insyaAllah akan puasa sunat pd isnin nih. Kita kena puasa sempena jemaah haji berwuquf di Arafah, biarlah Mesia "wuquf" hari selasa.
Biarlah si Luncai terjun dgn labu labi nyer.
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamsama2 le kita berpuasa
terima kasih atas ingatan tu
Wassalam
masa kak nab tgk rancangan salam baitullah aritu, ada penonton mengemukakan soalan tentang perkara ini...habis ustaz yg menjawab kata puasa hari selasa!
BalasPadam~ senang2 puasa isnin & selasa :)
Salam Pak Menakan..
BalasPadamjom jom.. kita pakat posa senin ngan selasa arrr.. ari rabu baru kita pakat buat korban.. Selamat Hari Raya Korban Pak Menakan..
yang jauh, anak menakan..
kamato
BalasPadamalhamdulillah, saling ingat mengingati antara sesama islam
Allhamdullah....buat mana yang termampu, Islam ini mudah.
BalasPadamYang Wajib jangan sesekali ditinggal.
waalaikumsalam hj aki
BalasPadaminsyallah, mengejar pahala sementara usia kita masih ada . besar ganjarannya puasa sunat arafah ni
waalaikumsalam atuk
BalasPadamalhamdulillah, berpesan-pesan sesama islam
kak nab
BalasPadamtu lah pasal , bikin konpius hehe
Allah Maha Mengetahui
waalaikumsalam kak ngah
BalasPadamke kak ngah nak korbankan pak itam hehehe
petang ni nak pi cari daun ketupatlah hehe
MI
BalasPadamalhamdulillah,
Jual Rak Supermarket DC-17
BalasPadamSpesifikasi Umum :
Kondisi 100 % BARU dan Berkualitas
Bahan : Besi
Warna : Full Putih
Cat : Powder Coating ( Tahan Lama)
Produk Import
Memakai Back Plat
Jenis & Ukuran Rak :
1. Rak Gondola Single ( Wall) T.200 cm
P x L x T = 120 cm x 45 cm x 200 cm
Susunan standard : 5 Shelving
Shelving dasar, Lebar 45 cm
Shelving ke-2, 3, 4, 5 @ Lebar= 40 cm
Penambahan Shelving bisa dilakukan sampai 10 susun shelving
Posisi penempatan rak single biasanya di pinggir tembok Supermarket
2. Rak Gondola Double ( Island) T.200cm
P x L x T = 120 cm x 90 cm x 200 cm
Susunan standrad : 5 Shelving x 2 sisi = 10 Shelving / unit
Shelving dasar, Lebar 45 cm
Shelving ke-2, 3, 4, dan 5 @ Lebar= 40 cm
Penambahan Shelving bisa dilakukan sampai 10 susun shelving
Posisi penempatan rak double biasanya di tengah ruangan supermarket
3. Rak Gondola Single ( End) T.200 cm
P x L x T = 90 cm x 45 cm x 200 cm
Susunan standard : 5 Shelving
Shelving dasar, Lebar 45 cm
Shelving ke-2, 3, 4, 5 @ Lebar= 40 cm
Penambahan Shelving bisa dilakukan sampai 10 susun shelving
Posisi penempatan rak single biasanya di depan rak Double
Pemesanan Hub : WA 081213-3040-75 Office Jl. Raya serpong km 7 No 1 Gading Serpong Tangsel
http://jualrakshelving.blogspot.co.id/2016/09/rak-supermarket-dc-17.html
Terima kasih perkongsian nya, esok hari wukuf. Jom puasa 😃
BalasPadamgörüntülü show
BalasPadamücretlishow
İOF2F
https://titandijital.com.tr/
BalasPadamsakarya parça eşya taşıma
aksaray parça eşya taşıma
urfa parça eşya taşıma
kocaeli parça eşya taşıma
R1N