WARGA SCP

Sabtu, Februari 11, 2012

TJR : WATER NYOK YOUNG STRAIGHT FROM THE TREE

tuan Jara

tangan kat kelapa, mata ke lain


ALHAMDULILLAH

WATER NYOK YOUNG STRAIGHT FROM THE TREE
bapak takde kelulusan tinggi,kerja pun noreh getah je, jadi bapak terjemahkan terus dari BI ke BM hehehe

Antara keunikkan di TJR antaranya ialah aktiviti yang dianjurkan kepada tetamu resort pada setiap petang sabtu dari pukul 5 pm hingga pukul 6 pm. Acara tu berlangsung di Kampung Village.

upah selepas penat memanjat



isi sekali dia ngap

Sebenarnya banyak program yang diaturkan dan salah satunya ialah minum air kelapa muda yang dipetik oleh Jara . Memang fresh kerana Jara ni kerjanya seminggu sekali je dengan TJR dan hanya sejam je dia kerja . Jadi sebulan hanya 4 jam dia kerja. Tentu lumayan gaji Jara siap dengan potongan KWSP dan Socso lagi hehehe

Kerjanya tukang petik kelapa muda dan hasilnya dinikmati oleh para tetamu resort . Minumlah seberapa banyak nak minum . Bapak sempat borak2 dengan tuan Jara ni. Jara ni asal dari Tasik Chini.Mak bapak dia asal dari Michigan . Di ambil 4 tahun lalu lalu disekolahkan ke sekolah memanjat dan memetik buah kelapa. Setelah lulus , maka diambil bertugas pula di TJR dan diberi nama Jara sempena nama TJR.






Tapi Jara ni memang jenis tak duduk diam walaupun diikat dengan tali kat pokok. Memang agak sukar nak rakamkan potret Jara ni . Habis dia berpusing je keliling pokok
.

Petang tu habis semua buah2 kelapa muda kat situ diranggah oleh Jara. Jadi puaslah juga minum water coconut young straight from the tree.

Sebagai upah dan motivasi, Jara pulak diberi minum air kelapa dan makan isinya sekali yang diberi oleh Pak Mail .

depa pakat2 tgk Jara atas pokok
aku pakat2 ambik "moment" yg menarik

tukang kopek kelapa





Terngangga mulut "mat salleh" tengok Jara ranggah buah kelapa muda .Jara pulak terngangga tengok aku pasal aku buat mcm biasa je . Ada juga mulut orang kita terngganga sama pasal tak pernah lihat . Aku dah biasa dah pasal dulu kat kampung , memang ada orang ambik upah turunkan kelapa tua dengan beruknya dan aku selalu ikut sama. Walaupun aku selalu ikut, tapi sampai sekarang aku tak berani dan boleh panjat pokok kelapa hehehe

Memang bagus program "water nyok young straight from the tree" kerana tak semua orang pernah melihat dan merasainya.

30 ulasan:

  1. Balasan
    1. waalaikumsalam PM

      terima kasih sudi menyinggah

      Padam
  2. kalau kami pun join ternganga. gambar header lautan dipersisiran pantai buat saya nak sampai dan nikmati pandangan itu juga. Thanks for sharing the beautiful pictures and the interesting experiences. nak jugak speaking macam minah salleh..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah

      pasti sampai ke sana
      memang indah lukisan alam di sana utk dinikmati

      pasti jara menanti hehehe

      Padam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    nasib baik Jara tak nganga tenguk minat saleh tu yer...he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam atuk

      hehehe

      minah salleh kat situ byk yang dah berumur dan dah pencen hehehe
      bukan taste jara rasanya hehehe

      Padam
  4. Assalamualaikum Tuan,
    Alahai kami kat sini terkial-kial menebuk kelapa muda dari Fiji...alhamdullilah, tapi manis nyor mudo kat Jara tok leh lawe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      kesiannya hehehe

      NZ takda pokok kelapa hehehe

      saya lebih suka kalau letak air batu sikit dlm nyok muda tu

      Padam
  5. Hahaha cool water nyiok young...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha

      terjemahan terus yg kekadang buat bapak tersenyum hehehe

      Padam
  6. Assalam Pak Itam

    Patutnye elok kalau tambah satu lagi aktiviti. Oghang ngan beghok panjat dan pulaih kelapa tu. mesti lagi happening. Baghu tau sape lebih teror jadi beghok. ngeh ngeh ngeh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam


      lama tak ketawa ngeh ngeh ngeh hehehe

      ada lagi rasanya org2 kg yang mmg handal panjat pokok nyok

      bapak pandai jugak panjat , tapi pokok manggis je psl byk dahan hehehe

      Padam
  7. Sungguh popular Jara tu, hebat mak bapak dia dari Michigan tuh!

    De nyok luk veri de nice. Ai laik nyok woter olso :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe

      sungguh mak pak nya dari Michigan hehehe

      bapak main hantam je

      Padam
  8. Salam Tuan...cantik pic tu semua dan cantik juga blog ini keseluruhan...dengan tazkirah2nya yang bemanfaat...rasa macam makan angin dan pada masa sama mendengar tazkirah yang melapangkan juga...:) Akan saya kemari lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam LW

      alhamdulillah

      terima kasih atas kunjungan ke SCP

      sekadar berkongsi sebuah catatan perjalanan hidup , harap kita semua dapat sesuatu yg bermanafaat dari perkongsian cerita yg tak seberapa ni

      Padam
  9. Tanpa NamaMac 26, 2013

    excellent issues altogether, you just received a logo new
    reader. What could you suggest in regards to your submit that you simply made some days ago?
    Any certain?

    my site ... http://chestfatburner.com/is-gynecomastia-treatment-permanent

    BalasPadam
  10. Tanpa NamaMac 26, 2013

    Fabulous, what a webpage it is! This weblog presents useful facts to us, keep it
    up.

    Check out my page ... May putting on the breast support and aid if you have moobs?

    BalasPadam