WARGA SCP

Rabu, September 05, 2012

BEBERAPA FAKTA TENTANG BUKIT BENDERA

sekarang ada pavilion kat sini
tepi tu keretapi asal

Bukit Bendera terletak pada ketinggian 830 meter di atas pekan George Town, puncak Bukit Bendera dalam bahasa omputeh lebih dikenali sebagai Penang Hill mempunyai suhu yang dingin dengan panorama yang indah kalau tak berkabus. permandangan "night landscape" jugak indah tapi aku tak berkesempatan nak pi ambik gambar memalam hari.

Mengikut ceritanya, suhunya sekitar 5 darjah celsius lebih rendah daripada paras laut.


Menurut sejarah dulu, bukit ini juga digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan kawasan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi. Tapi laaa ni, dah tak nampak lagi buah dan pokoknya di sini.

Kalau rajin dan nak rasa peluh menjijis ke tidak , boleh gunakan track pejalan kaki melalui Taman Botanikal Air Terjun . Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya penduduk sini panggilnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.


Bukit Bendera merupakan terdiri daripada sekumpulan puncak bukit di Pulau Pinang.Ia terletak di kawasan Air Itam Pulau Pinang , bukan Air Itam Johor tu, 6 kilometer dari pusat bandar George Town. Penang Hill juga dikenali dengan nama Melayu Bukit Bendera, yang merujuk kepada Flagstaff Hill dan puncaknya dimajukan menjadi kawasan pelancongan sejak dulu lagi.

Ikut ahli geologi pula, Bukit Bendera terbentuk dari batuan granit dan puncak tertinggi di ialah Western Hill pada ketinggian 833 m (2723 kaki) di atas paras laut.


ada snake show
Beberapa sungai kecil sungai terbentuk darinya . Sungai Pinang adalah yang terbesar dari kalangan sungai-sungai, dan ia bermula dari beberapa anak sungai di sini.


Cara yang paling mudah nak ke atas adalah dengan menaiki Keretapi Bukit Bendera .

Pembinaan landasan keretapi bermula antara 1906-1923 dengan anggaran kos sebanyak 1.5 juta Straits dolar pada masa itu.Tak tahulah jumlahnya kalau convert dengan duit sekarang ni.

Keretapi pula dibuka kepada orang ramai pada 21 Oktober 1923.
Jaraknya lebih kurang 1.435 batu mengambil masa kira-kira setengah jam dan keretapi boleh berhenti di stesen-stesen perantaraan atas permintaan.Tapi sekarang ni tak sampai 5 minit dah sampai puncak.


Katanya , koc tren baru ni dibuat di Swiss.


Selain itu, terdapat km 3.2 km jalan berturap yang dikenali lebih sebagai "trek jip". Ia adalah terbuka hanya kepada kenderaan penduduk bukit. "Trek jip" juga digunakan oleh peminat motosikal "off-road" untuk merentasi cerun curam. Ia adalah laluan mendaki yang begitu popular.

Ia bermula di kuari di pintu masuk Pulau Pinang Botanic Gardens dan ia mengambil masa antara 2-3 jam kalau kayuh jalan pelan2 untuk sampai ke atas.

Jalan Sultan Yahya Petra yang lebih dikenali sebagai Jalan Sidang Kemuncak yang terdapat di atas pula akan membawa kita ke bahagian barat bukit ke arah Western Hill dan Tiger Hill.

Dulu jalan persendirian ni tidak dibuka pada pelancong, sekarang tidak lagi. Kalau nak relax dan menikmati permandangan yang indah sebelah sini, boleh naik buggy dengan bayaran RM30 untuk 6 orang penumpang .


tu dia deretan buggy
dok bawak penumpang pegi ke sebelah sana
jenuh jugak kalau nak jalan nak ke sebelah sana tu

28 ulasan:

  1. Salam bapak,
    thanks info..huhu ular albino tu yang tak boleh tahan. bapak ada pegang ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      tangan bapak tak boleh pegang ular, panas hehehe

      karang demam ular tu tak boleh cari makan hehe

      Padam
  2. salam Bapak,

    dah lain dah rupa buikt bendera ni kan... dah lebih commercial..

    P/s: cantik header...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      tak macam dedulu

      header tu fotonya dimabil sebelah petang di pantai batu ferringgi, sedikit kreativiti utk hasilkannya dari ilmu bapak yg tak seberapa ni

      Padam
  3. dulu ummi peranh bergambor ngan ular tu...kena bayar lagi

    BalasPadam
  4. Salam bapak.

    Kengkawan saya ada jugak 3-4 orang yg rajin hiking Bukit Bendera. Saya pun rajin jugak tapi rajin bagi semangat tepuk tangan dari bawah sambil tunggu tren saja. Heheheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam


      ngeh ngeh ngeh

      dedulu masa bujang pernah trekking kat hutan Tapah masuk kg org asli, rasa azab nak habiskan hehehe

      Padam