ALHAMDULILLAH
Satu pengalaman baru buat ku . Jika kebiasaannya menunaikan umrah melalui pakej yang tersedia oleh banyak agensi pengendali di tanah air , kali ini kami memilih untuk pergi sendiri tanpa pakej (special request). Tentu satu pengalaman baru yang bakal kami tempuhi kerana banyak urusan kena uruskan sendiri.
Tapi urusan visa dan lain2 hal perlu diuruskan oleh pihak yang diiktiraf di Malaysia dan dah jadi syarat kerajaan Arab Saudi pula, sebuah agensi pengendali dari negara mereka yang mereka iktiraf juga mesti terlibat apabila sahaja kita mendarat di sana.
KLIA-RIYADH-JEDDAH
Alhamdulillah,
Aku hanya ambil masa singkat dalam seminggu-dua je buat segala perancangan kerana queen aku kata dah rindu sangat nak bertandang ke Makkah dan menjadi tetamu Allah dan tak boleh tunggu2 dah. Lagi pun anak jantan aku nanti bulan jun sibuk dengan kelas tambahan kerana nak SPM manakala anak betina aku pula kebetulan baru habis selesaikan practicalnya . Jadi kami kami ambil penerbangan terus dari Malaysia ke Jeddah kerana kami bercadang nak masuk terus ke Makkah dengan menggunakan Saudia Air .
Oleh itu satu pengalaman baru buat ku kerana kali pertama akan berniat ihram kat atas kapalterbang. Macam biasa aku parking motor roda 3 aku kat "long term parking" di KLIA hanya memakai track suit serta singlet pagoda tanpa pakai "small john" dari rumha lagi serta 2 bagasi besar kira kongsi berempat beranak dan 2 hand luggage yang semestinya kain ihram aku dan anak aku kerana kalau nak masuk ke Makkah menunaikan umrah mesti berniat ihram di dalam kapal terbang bila memasuki zon miqat, manakala penumpang yang turun di Jeddah nanti dan nak teruskan perjalanan dengan bas ke Madinah pula tak perlu pakai ihram dan berniat ihram .
jangkaan mendarat di Jeddah 9.22 malam
26 minit lagi sampai ke miqat
Aku memang sengaja memilih penerbangan jam 3.00 petang dari KLIA . Jadi masuk waktu zohor sahaja , tak terlepas solat zohor dan boleh terus jamak takdim dengan asar pula manakala apabila tiba nanti di Makkah , tak terlepas pula solat magrib dan isyak walaupun jangkaan sampai pukul 12.00 tgh malam di hotel penginapan kerana boleh jamak Taakir pula.
Sebagai ingatan, umrah tu hanya sunat sahaja bagi yang dah pernah melakukannya, tapi solat tu yang wajib dan paling mustahak. Jangan pulak solat saja kita "ringan-ringankan" tanpa uzur syarie . Jangan kita nak kejar yang sunat, tapi tinggalkan yang wajib dengan mencipta alasan sendiri.
Sebagai ingatan, umrah tu hanya sunat sahaja bagi yang dah pernah melakukannya, tapi solat tu yang wajib dan paling mustahak. Jangan pulak solat saja kita "ringan-ringankan" tanpa uzur syarie . Jangan kita nak kejar yang sunat, tapi tinggalkan yang wajib dengan mencipta alasan sendiri.
Aku dah mandi sunat ihram dari rumah lagi , jadi cuma tak pakai ihram je . Maka sebelum berlepas , kami terus tukar kain ihram di surau KLIA yang merupakan pengalaman pertama ku berihram dari Tanah Melayu lagi .
Penerbangan dijangka dalam 8 jam juga dan semua komersil flight Saudia walaupun namanya penerbangan terus mesti singgah di Riyadh kerana merupakan hub penerbangan mereka .Dalam pada tu duduk berejam2 dalam kapal terbang dengan kain ihram, nak kena jaga juga pasal karang takut tak perasan terselak kain ihram yang bawah , dah lain jadinya nanti. Kecoh satu flight nanti hehehe
Takda flight dalam dunia ni yang baca doa bermusafir selain Saudia tapi kalau dulu , kapten yang akan bacakan doa, tapi zaman teknologi terkini ni , terpapar di semua skrin penumpang doanya yang dibaca secara rakaman dan habis je doa tu, meluru SV 830 meninggalkan bumi Tanah Melayu membawa satu lagi babak baru dalam diari Suatu Catatan Perjalanan dalam kehidupan kami.
Sepanjang pernerbangan bila tiba waktu makan, aku pastikan tak tertumpah sisa makanan dan bila nak ke tandas paling senang, selak je hehehe
Ialah, dah takda sehelai pun pakaian yang berjahit walaupun belum berniat umrah kerana karang kalau dipakai, tetiba masuk zon miqat, nak terkocoh2 pulak nak bukak "small john" kat tengah org ramai hehehe
Selamat mendarat di Riyadh manakala yang turun depa turun dan yang meneruskan perjalanan ke Jeddah tak dibenarkan turun selama sejam jugak . Dalam masa tu sepantas kilat pekerja2 naik ke atas kapal terbang dok kutip sampah, cuci toilet dan macam2 lagi .
Tiba masa nak berlepas, tetiba pilot kata terpaksa delay sikit kerana bumi Riyadh yang kering kontang telah Allah turunkan hujan rahmat dan kilat sambung menyambung . Hampir 20 minit juga keadaan sebegitu sebelum akhirnya selamat berlepas ke Jeddah pula yang dijangka tak lebih sejam je penerbangannya.
Dalam 20 minit lagi nak mendarat di Jeddah, pengumuman dibuat yang kini bagi penumpang yang ingin terus masuk ke Makkah dan telah berihram, maka pasanglah niat umrah sebentar lagi bila tiba dikawasannya yang dipaparkan di screen lebih kurang 3-4 minit jangka waktunya juga sebelum kapalterbang kira dah masuk ke zon tanah haram atau zon ihram bagi yang berniat melakukan umrah.
SEBAGAI PERINGATAN , bagi yang nak masuk ke Madinah , jangan pula memandai ikut sama berniat kerana karang kena dam pula kerana dahlah tak berihram dan lepas tu nak pergi ke Madinah pula dan tetiba pasang niat umrah.
SEBAGAI INGATAN , niat ni bukan boleh buat memain dan buat gurau senda .
8.57 waktu Jeddah
1.57 pagi waktu Malaysia(time tidur ni)
saat yang ditunggu2 pun tiba
kira dah masuk zon tanah haram
dari atas udara
Kalau tak salah aku , tak sampai 20 org penumpang je yang berihram dan berniat umrah ketika itu berbanding penumpang2 yang lain yang pastinya sebahagiannya akan terus naik bas ke Madinah dan separuh lagi pasti penduduk atau pemastautin kota Jeddah .
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ
لاَ شَرِيْكَ لَكَ
Maka bermulalah segala pantang-larang dalam ihram yang perlu dipatuhi . Tak sampai 10 minit , Saudia selamat mendarat di Jeddah dan macam biasalah di sini kena turun tangga sebelum menaiki bas pengantara ke terminal yang agak jauh jugak aku rasakan . Maka bermulalah dugaan pertama di kaunter imigresen Jeddah yang macam biasa sangat tak efesien cara mereka berkerja kerana dah jadi budaya mereka orang Arab bersikap sebegitu. Kesabaran sangat tinggi diperlukan di sini apabila berurusan dengan mereka.
Penumpang ramai panjang beratur dari 2-3 penerbangan yang turun, kaunter pula yg bukak 3-4 je . Dalam sejam lebih jugaklah baru tiba giliran kami . Aku kasihan lihat ada yang dah berumur tu kena berdiri 1-2 jam hanya untuk melepasi pemeriksaan imigresen . Kat pukul 12.00 tgh malam baru selesai semua urusan imigresen dan bagasi dan keluar dari Airport Jeddah.
memasuki Kota Makkah
trafic jammed
Walaupun GMC dah bersedia menunggu kami, tapi dah jadi peraturannya di sini yang GMC atau kereta tak boleh ambil jemaah melainkan bas je dari dalam kawasan airport. Jadi dari situ kena naik coster yang disediakan lalu jalan sikit tak sampai 5 minit keluar kawasan airport berhenti tepi jalan dan tukar pula ke GMC yang sedia menunggu dengan pemandu arabnya bernama Ismail.Kami rakyat biasa je dan bukan pembesar negara, jadi kena ikutlah peraturan .
Kalau pak menteri , rasanya tak payah tukar2 kenderaan ni bila keluar dari airport. Tapi bagus juga kerana tu satu pengalaman baru buat ku .
Kalau pak menteri , rasanya tak payah tukar2 kenderaan ni bila keluar dari airport. Tapi bagus juga kerana tu satu pengalaman baru buat ku .
90 km Jeddah - Makkah tapi kesibukan lalu lintas terutamanya memasuki kota suci Makkah yang "tak pernah tidur" menyebabkan hampir 1.00 pagi jugak kami sampai di Al Massa.
Memang kami selesa di Al Massa sejak dari dulu yang terletak berdekatan sangat dengan dataran Masjidil Haram dan boleh pilih kalau samada nak ke bawah Masjidil Haram atau nak ke Tingkat 2 atau 3 Masjidil Haram nanti .
Rakan ku yang sejak dari pukul 9.00 malam lagi yang setia menunggu kami dah stanby telefon pihak yang menunggu di Al Massa yang kami berkehendakkan bilik tingkat atas dengan "Haram View" dan tak perlu lagi nak tunggu check in kat kaunter untuk menjimatkan masa bila kami tiba.
Rakan ku yang sejak dari pukul 9.00 malam lagi yang setia menunggu kami dah stanby telefon pihak yang menunggu di Al Massa yang kami berkehendakkan bilik tingkat atas dengan "Haram View" dan tak perlu lagi nak tunggu check in kat kaunter untuk menjimatkan masa bila kami tiba.
Memang rezeki kami Allah permudahkan kerana kebetulan 1/2 hari sebelum berlepas, kami contact rakan ku ini yang memang kebetulan pula dia berada di Makkah atas urusan kerja.Jadi , dia banyak membantu dengan izin Allah jua .
Memula katanya malam tu takda bilik Haram View nak depa suruh masuk dulu bilik lain , esok nanti baru tukar bilik. Tapi Allah mempermudahkan lagi segala urusan dan memperkenankan permintaan hambaNYA ini kerana apabila kami sampai je, depa kata tak payah tukar2 bilik keesokkan harinya kerana bilik yang aku nak ada dan depa kasi tingkat 11 menghadap "Haram" tersedia hingga saat kami nak balik nanti.
Alhamdulillah,
sampai pun sudah , rehat jap 5 minit dan ambil wuduk dan terus turun ke bawah dengan perasaan yang sungguh gumbira dan semangat yang berkobar2 untuk menuju ke Masjidil Haram, nak menatap Baitullah dan paling utama menyelesaikan tawaf dan saie umrah serta bergunting dan tahalul yang akan aku ceritakan bagaimana hebatnya pengalaman yang kami lalui malam itu kerana terlalu ramainya umat macam musim haji pula .
Insyallah,
ada masa aku sambung pengalaman terindah kami untuk kalian semua kerana rasanya dah cukup panjang aku bercerita pagi ni.
Dari Kamar Al Massa
1180
1180
tuan mungkin boleh berkongsi pengalaman, bagaimana untuk ke Haram tanpa ikut agensi. Penerangan proses demi proses adalah lebih baik.
BalasPadamJazakallahu Khairan Khathira.
salam
Padammcm saya katakan, kami pegi tak ikut pakej dan dibuat secara special request ikut kesusuaian kami sekeluarga, namun visa hanya boleh diuruskan oleh 21 pengendali di Malayisa yg diiktiraf oleh kerajaan Saudi .
Pilihan hotel dan penerbangan juga boleh dibuat secara online melalui internet dan kalau tak mau uruskan sendiri, suruh pihak yang menguruskan visa tu tempahkan ikut kesesuaian dan kemahuan kita.
Masa berada disana pula terpulanglah pada kita samada nak sekejap atau lama dan matchkan pula dengan penerbangan dan tempahan hotel.
Tapi barang diingat, kita merancang, Allah Yg Tentukan
salam bapak..
BalasPadamsubhanallah..
night view of masjidil haram..breathtaking.
alhamdulillah...rezeki bapak dah sampai sana. :-)
waalaikumsalam
Padamalhamdulillah
seronok tau berada di sini
saya juga amat berminat dengan pengalaman tuan. harap boleh cerita lebih detail lagi dari mula nak buat visa,penginapan,pengangkutan etc
BalasPadamsalam
Padamharap penerangan ringkas saya di atas dapat membantu,
sebagai perbandingan dan contoh kira sama mcm juga kita nak melancong ke luar negara jika yang naik Air Asia tu, tapi perlu diingat yang visa hanya boleh diuruskan oleh agensi di Malaysia yang diiktiraf di Malaysia
Salam pak.
BalasPadamBestnya dapat bilik haram view.
Kalau pak tak kisah boleh kasitau tak harga bilik satu malam mengadap haram.
Tq pak.
Ya allah rindunya nak ke sana...
waalaikumsalam
Padamprice begin from SR700 depends of the floor and view per night per room, not per person
kalau rindu, pi cecepat hehe
Salam pak tq for the info
BalasPadamNak kena buat haji dulu. Sebab umrah dah buat a few times.
Doakan saya cepat pegi haji ya pak.
waalaikumsalam
Padaminsyallah, sama2 doakan agar impian nak lakukan pekerjaan haji terlaksana
giliran kami sekeluarga insyallah dalam 7 tahun lagi, lps balik dulu 2007 terus daftar semula, moga diperkenankan Allah
Insyallah
Assalamualaikum,
BalasPadamSaya dan suami pun buat pertama kali berniat menunaikan Umrah sendiri tanpa pakej agent June ni. Visa kami sedang dalam proses kerana agent kata better tunggu dah nak dekat tarikh memandangkan cop kelulusan visa umrah dari konsulat Saudi valid sebulan dari tarikh di cop (betul ke? tak pasti tapi tu la yg agent beritahu kami). Accom dan flight dah kami book sendiri online. Cuma persoalan yg saya ingin tanya adalah apabila tiba di airport Jeddah:
1) Berkenaan "sebuah agensi pengendali dari negara mereka yang mereka iktiraf juga mesti terlibat apabila sahaja kita mendarat di sana."
- agent kami tak cakap apa2 tentang ni, mereka hanya beritahu bagi 'special request' tanpa pacakge ni mereka (agent kami dan agent partner mereka di Saudi) hanya akan bantu uruskan dan mendapatkan Visa Umrah (walaupun agent sana pun kami kena bayar Visa service fee). Perlu kah ada agent di sana menyambut kami? Apa jadi sekiranya kami di sana dan tiada siapa menyambut kami (kami tak kisah takde orang sambut pun, tapi kisah kalau pegawai imigresen sana kisah!)
2) "GMC atau kereta tak boleh ambil jemaah melainkan bas je dari dalam kawasan airport. Jadi dari situ kena naik coster yang disediakan lalu jalan sikit tak sampai 5 minit keluar kawasan airport berhenti tepi jalan dan tukar pula ke GMC yang sedia menunggu dengan pemandu arabnya bernama Ismail."
- Boleh bagi contact person untuk transport GMC/kereta ke Makkah (kami berdua je and maybe bawak backpack so x byk brg)?
- Jika kami berjaya melepasi imigresen, mudahkan utk kami cari coaster yg saudara nyatakan - dan adakah coaster tersebut part of airport service (berbayar/free dan nama coaster?)?
- Jika mmg bus sahaja dibenarkan di dalam kawasan airport, ada tak bus SAPTCO yg direct ke Makkah yg boleh dinaiki terus di tempat coach berkenaan?
JazakAllahu Khairan!
waalaikumsalam
PadamAlhamdulillah, moga dipermudahkan urusan puan dan suami nanti
Mmg benar, hanya 30 hari je masa yang dibenarkan dari tarikh visa dikeluarkan oleh pihak Saudi , dari itu masa kita berada di sana mestilah dalam lingkungan tarikh tersebut.
Memang setakat ni , urusan visa umrah mesti melalui 21 syarikat pengendali di Tanah Melayu yg diiktiraf oleh pihak Saudi dan mereka jugak ada rakan sekutu pengendali umrah syarikat di Saudi jugak yang kita kenali sebagai panggilan muassasah .
Cuba puan rujuk semula dgn pihak malaysia yang menguruskan visa umrah ke sana , adakah termasuk sekali dgn bayaran pengangkutan dari JEDDAH-MAKKAH bila sampai dan MAKKAH-JEDDAH bila nak pulang nanti . Pihak imigresen tak kisah kerana walaupun kita pegi sendiri, tapi apabila kita gunakan syarikat yang terdiri dari kalangan 21 tu tadi , pasti belakang pasport kita depa dah tampal syarikat pengendali di Saudi namanya walaupun kita tak gunakan perkhidmatannya dan dah ada dalam rekod mereka.
Saya minta maaf kerana saya tak dapat nak beri contact no. GMC yang saya gunakan krn ia hanya personal driver di sana dan takut timbul masalah pada puan nanti, tapi puan boleh rujuk website Persada Oasis yang ada menguruskan pengangkutan terdiri dari GMC utk 8 org penumpang atau Ford utk 6 orang penumpang , tapi harganya agak tinggilah sikit .
Mmg dasar mereka tak benarkan kereta atau GMC atau sebagainya ambil penumpang terus dari airport demi melindungi pemandu2 teksi mereka, tu sebab saya kena naik coster sekejap hanya utk keluar dari airport Jeddah yg bayarannya dah termasuk dalam pengurusan visa oleh pihak muasasah di sana.
Harap penerangan saya ni dapat membantu puan .
WASALAM
Terima kasih atas penjelasan tuan. Masalahnya kami apply visa dari agent New Zealand sebab saya sekarang sedang belajar di sini. Di NZ hanya ada satu sahaja agent yg diiktiraf oleh Saudi Consulate utk menguruskan Visa Umrah, so susah nak buat comparison and have to take their word for it. Sebab tu saya nak tau juga bagaimana pengalaman tuan since saya tahu di Malaysia ada more agent yg diiktiraf utk pengurusan visa umrah, jadi maybe more competitive and better service. Di passport kami agent di sini hanya tampal sticker company mereka si NZ, bukan muassasah/agent di sana.. at least dengan penjelasan tuan di atas boleh laa saya bertanya kepada agent kami sewaktu saya serahkan passport utk pengendalian visa nanti.
BalasPadamJika tuan tidak keberatan, boleh tuan inform berapa harga service yg di charge oleh agent Malaysia utk visa umrah?
Kerana di sini agent kami charge NZD200 + USD199/NZD228 (utk muassasah di sana) = NZD448 seorang, dan ini HANYA untuk pengendalian visa umrah (tanpa transport etc). Bagi kami sangat mahal. Oleh sebab itu saya ingin tahu berapakah charge yang dikenakan oleh agent di Malaysia sebagai perbandingan (agent sini kata kat Malaysia tak mungkin dapat lagi murah daripada harga yang mereka beri!). Memandangkan kami sudah berniat utk ke sana dan tiada alternatif lain (pakej umrah yg mereka tawarkan khusus utk kami adalah jauh lebih mahal lagi. Pada masa yang sama kami tidak berkesempatan utk mendapatkan khidmat agent malaysia utk kendalikan pengurusan visa umrah kami memandangkan kami akan singgah di Malaysia seminggu sahaja sebelum berangkat pergi).
Apa2 lagi maklumat yg tuan dapat kongsikan dengan kami amatlah kami hargai. Terima kasih :)
Wasalam
laaaaa
Padamkalau kat NZ pasti service charge yg dikenakan pasti mahal kerana hanya depa je yang diiktiraf
agak sukar dan buat perbandingan fee yg dikenakan kat NZ dgn Tanah Melayu kerana kat sini banyak syarikat pengendali yang diiktiraf berbanding NZ ,kalau nak ikutkan sebenarnya visa umrah tu percuma, cuma mereka charge utk bayaran pengurusan dan pengendalian semua urusan tatkala menguruskan visa tersebut, kat sini chargenya murah je dlm 200-300 ratus je , kira sama juga dengan kat NZ jika kita compare matawang 1:1
cuba buka wesite http://persadaoasis.com.my/pengangkutan-2/
kerana mereka ada sediakan perkhidmatan pengangkutan berdasarkan kesesuaian kita .
lagi satu tanya agent tu, adakah nanti air zam sebanyak 10 liter seorang dah termasuk dalam bayaran muasasah di sana apabila pulang nanti krn kalau tak dah kena beli sendiri dan uruskan sendiri nanti.
Assalamualaikum Yang Dihormati Sheikh, saya dan isteri sedang menjalankan ibadah umrah di tanah suci. Apabila ada masa terluang, kami membuat kertas kerja untuk persediaan bagi membawa ahli keluarga yang lain bagi menunaikan ibadah umrah. Ada beberapa persoalan yang ingin saya tanyakan kepada YDH Sheikh.
BalasPadam1. Berapakah Tarif teksi yang dikenakan untuk sebuah teksi sedan i.e Toyota Camry, bagi perjalanan Jeddah - Madinah? Apakah perbezaan harga mengikut musim peak dan off peak (i.e awal ramadhan, hujung ramadhan, musim biasa)
2. Berapakah kos yang dikenakan sekiranya kita menggunakan khidmat 21 syarikat travel yang diiktiraf Saudi untuk memproses visa umrah sahaja? Apakah perbezaan harga mengikut musim peak dan off peak (i.e awal ramadhan, hujung ramadhan, musim biasa)
Mohon pandangan YDH Sheikh
Waalaikumsalam saudara Amar
PadamAlhamdulillah,
pasti seronok menjalani ibadah puasa di Tanah Suci Makkah.
Tambang teksi dari Jeddah Airport takda yang tetap, ikut suka depa je dan kita kena pandai tawar menawar. Kalau musim tak sibuk lebih kurang dari SR150-SR250 .Tapi bila tiba hujung minggu bagi Saudi iaitu hari khamis dan jumaat , pasti tambang meningkat antara SR250-SR350 kerana ramai yang nak memasuki kota Makkah.
Bila tiba Ramadhan , harganya berlipat ganda hingga mencecah dari SR350-SR450
Bagi Jeddah ke Madinah pula , sehala tambang utk 4 pax dgn Ford SR570.00 ,8 pax dgn GMC SR1000.00 dan 14 pax dgn Van toyota Hiace SR900.00
Untuk kos visa pula , takde harga yang ditetapkan dan kira ikut bagaimana kita berurusan dengan mereka kerana sebenarnya visa umrah adalah percuma oleh kerajaan Saudi, tapi mereka kena ambil kira semua kos untuk menguruskannya dan juga kena bayar dengan syarikat bersekutu mereka di Saudi juga
hotel penginapan juga apabila tiba Ramadhan meningkat dari bulan2 biasa dan 10 hari terakhir Ramadhan juga meningkat sangat tinggi kerana permintaan yang sangat tinggi
Harap sedikit sebanyak penerangan saya ni dapat membantu
Wasalam
Salam YGDH Sheikh,
PadamSetinggi ucapan terima kasih diucapkan di atas penerangan yang ringkas dan padat. Ianya sangat berguna kepada saya sebagai bahan rujukan dan membantu saya melengkapkan kertas kerja untuk membawa ahli keluarga ke Tanah Suci, InsyaAllah.
Wassalam
InsyaAllah, hari ni merupakan hari terakhir saya berbuka puasa di Mekah, lazimnya rakyat Malaysia mewah dengan makanan, bolehkah YDH Sheikh cadangkan di mana lokasi buffet (selain dari Felda D'Saji) yang berada di sekitar Mekah?
BalasPadamKat tingkat atas kalau tak salah tingkat 4 atau 5 Zam-ZamTower ada Food Court, begitu juga kalau di Hilton Tower
PadamKalau nak buffet hotel, naik je kat restauran di Hotel Al Safwa Royale Orchid atau Al jehwar
salam tuan seronok baca pengalaman tuan buat umrah secara sendiri. untuk makluman tuan sy pun bercadang nak pergi sendiri maksud saya dgn suami dan anak 3 org semua.kami dah 7 kali buat umrah tapi setiap kali dgn travel agent.ingat nak pergi sendiri tapi banyak dengar cerita orang masuk mekah kena pi dgn travel agent.
BalasPadamBila baca catatan tuan rasa terjawab masalah kami.lagi pun kalau nak pi dgn pekage dan nak ambil hotel yg dekat harga ledih kurang 8-9 k keorang jadi kalau pergi sendiri dapat flight murah boleh bok online hotel yg dekat masjidil haram rasanya dapat cut cost sikit kalau banding ikut agent.
Berdasarkan pengalaman kami yg dah pergi ttg nak cari tempat makan,nak pergi ziarah x da masalah ada banyak teksi yg akan bawa kita ke mikat sama ada ke jaranah atau tenaeem.
Apa yg menjadi persoalan boleh ke travel agent buat visa kita ini bermakna kita ambil ground pakege saja yg kita minta hanya di sini travel agent buat visa mereka kontek agent di mekah untuk transport dari airport ke mekah dan madinah ini jga bermakna rasa saya la bila kita suruh agent sini buat visa secara langsung kita juga gunakan muasasah mereka di mekah dan masa kita keluar dari imigration telah sedia orng mussasah mereka akan minta pasport kita untuk mereka cop. kalau tidak nanti bila nak masuk mekah ada check point mungkin we get into trouble. Betul dak kalau salah salah tolong betulkan. lagi satu mana patut buat dulu bok hotel & flight dulu baru apply visa atau sebaliknya.Flight & hotel kalau bookn awal dapat harga murah sikit hotel kalau lambat bookn nanti dah penuh . harap buat cadangan. saya nak pergi INSYALLAH feb 2014.
Waalaikumsalam puan Suria
PadamAlhamdulillah
Rasanya puan boleh bincang dgn travel agensi yang sedia menawarkan khidmat untuk pengurusan visa sahaja manakala yang lain2 nanti boleh uruskan sendiri, cuma yang jadi masalah ialah visa umrahnya tak lama yang buat kekadang kita rasa pening kerana nak beli tiket flight dulu ke atau sebaliknya .Nanti bila dah beli tiket flight semua dan booking hotel, visa tak lepas satu masalah jugak . Begitu jugak kalau ambik visa dulu dan berjaya, kena pulak tarikh nya dekat sangat dan kebetulan semua flight pulak penuh , masalah jugak
Semua ada pro dan kontra dan paling penting semuanya dah tettulis suratannya oleh Allah , cuma kita cuma buat yang terbaik sahaja sebagai persediaannya untuk ke sana
assalamualaikum, saya belum pernah buat umrah, insyaAllah skrg tgh proses nk gi feb 2014,masalahnya hati dh tak tahan dh (rasa lama sgt nk tggu thn dpn ni) jd boleh dak anadai kata saya redah mcm tuan buat di atas, cumanya visa ja kan minta tolong travel agency uruskan mcmtu? jd elok dak kita book hotel apa semua dulu dekat dgn tarikh baru minta diorg (agent) buatkn visa? harap dpt bagi penjelasan
BalasPadamWaalaikumsalam MaanNajah
PadamAlhamdulillah
Buat pengetahuan tuan/puan , bulan haji akan tiba tak berapa hari lagi je ni selepas syawal berakhir dan bermakna sebenarnya visa umrah telah ditutup sebelum ramadhan berakhir lagi hari tu dan hanya akan dibuka paling cepat kemungkinan awal Januari . Lepas berakhir musim haji dan semua penerbangan pulang jemaah haji , masa tu hanya visa ziarah yang akan dibuka. Beza visa ziarah dengan visa umrah ialah visa ziarah kena bayaran dan boleh ziarah ke mana saja di Saudi manakala viza umrah hanya untuk ke Madinah dan Makkah sahaja.
Jadi nak tak nak,niat saudara nak ke sana dalam masa terdekat utk mengerjakan umrah terpaksa disimpan dahulu . Nanti cubalah nanti saudara contact dengan mana2 agency yang rasanya pasti ada merancang pemergian ke sana seawal-awal dalam bulan disember nanti kalau dah dapat kebenaran dari kerajaan Saudi
insyallah
Assalamualaikum tuan empunya blog...saya pon berhajat utk buat umrah sendiri tanpa agen..persoalaan nya di sini..setelah lepas dari imigration saudi nanti.betul ke pasport kita kena pegang oleh imigration drg sampai tarikh kita balik semula ke malaysia?pas tu..kalu x amik gmc..just guna teksi d aiport tu mmg ada ke? ? flight saya dari kl ke madinah direct.mohon encik boleh share info..tqvm
BalasPadamsalam tuan sy bukan tuan empunya blog tapi drp pengalaman saya dh bbrapa kali ke mekah lepas pasport di cop oleh pehak imigration dia beri kita balik kita akan pegang passport sendiri.tapi lepas tu muasasah mereka pula yg akan minta pasport kita mereka cop.kalau x silap saya bila kita nak masuk hotel mutawif kita akan minta semua pasport kita jika ikut TA. pehak hotel akan simpan pasport kita bila nak ck out baru mereka beri balik..
PadamWaalaikumsalam
Padammmg lepas je cop dan lepas imigresen, pasport akan kita pegang dan apabila nak keluar je pintu besar balai ketibaan tu, ada bebudak arab dok minta balik pasport kita sebentar kerana mereka sebenarnya nak memastikan bahawa jika kita datang dengan visa umrah, maka seperti yang saya perkatakan dalam n3 diatas, mesti ada pihak agen arab saudi yang bersekutu dengan agen di malaysia yang diiktiraf utk berurusan terus dengan kedutaan saudi masa memohon visa ada dalam rekod mereka. .
Lepas tu kalau pegi dengan pakej , pihak TA akan pegang passport tu hingga kita nak balik, bukan apa , takut hilang je . Kalau pegi sendiri , boleh pegang sendiri je macam kami dan lagi satu masa saya nak beli prepaid sim kad telefon , saya perlukan pasport semasa mereka lakukan pendaftaran secara online sebagai bukti. Masa sehari ke Madinah hari tu pun, pasport perlu kami bawa kerana kalau ada roadblock, senang cerita pasal kami pergi Madinah pun naik GMC .
Teksi kat airport Jeddah banyak, insyallah
Untuk pengangkutan Madinah ke Makkah, saya tak pasti kerana kami hari tu masuk terus ke Makkah dan kemudian selang beberapa hari baru ke Madinah pula dalam sehari je , bertolak pagi lepas subuh dari Makkah dan bertolak pulang ke Makkah dari Madinah hari yang sama sebelum magrib.
Harap penerangan saya serba sikit ni dapat membantu
Assalamualaikum. .terima kasih kepada tuan empunya blog dan suria ampang di atas penerangan tersebut.saya mmg ambil agen utk urus visa saya yg berdaftar dgn saudi embassy..zahafiz travel..mudahan semuanya di permudahkan.. mulanya kami nak travel ramai2 family sedara..tp drg takut nak p sendiri tanpa agen..last2 saya suami dan anak 4 tahun sahaja yg nekad pergi sendiri
PadamSEbelum2 ni saya ikut agen.. flight saya dari kl direct ke madinah..dari madinah saya ikut teksi atau hotel shuttle bus. Dari madinah mekah plan naik gmc atau bus saptico
.X pon kalu da launch high speed train saudi menghubungkan 3 tempat..saya ikut train..dgr2 bulan 1 ni mereka launch..
Assalamualaikum Tuan...kalau kita pakai ground handling agak2 charge sorang kena berapa? saya nak pergi berenam... maksud saya makan, penginapan, pengangkutan dan mutawwif.. kalau mahal mungkin sy akan amik makan dan penginapan sahaja di mana hotel dan pengangkutan sy amik sendiri (booking.com dan persada oasis).. sy bercadang utk umrah pada tahun hadapan dalam bulan 4-5... terima kasih
BalasPadamWaalaikumsalam
Padamalhamdulillah
biasanya kalau dah buat tempahan bilik secara online , dah termasuk dgn sarapan pagi, tentang lunch dan dinner tak perlu risau kerana kalau di sana, banyak tempat makan sekitar masjid .
terima kasih tuan atas reply..utk pengangkutan tuan ada cadangan tak? saya plan untuk amik dari umrahaj travel dalam SAR2100 (Mad-Mak-Jed-Ziarah) adakah murah atau tak? atau tuan ada cadangan yg lain?
PadamAssalamualaikum. .terima kasih kepada tuan empunya blog dan suria ampang di atas penerangan tersebut.saya mmg ambil agen utk urus visa saya yg berdaftar dgn saudi embassy..zahafiz travel..mudahan semuanya di permudahkan.. mulanya kami nak travel ramai2 family sedara..tp drg takut nak p sendiri tanpa agen..last2 saya suami dan anak 4 tahun sahaja yg nekad pergi sendiri
BalasPadamSEbelum2 ni saya ikut agen.. flight saya dari kl direct ke madinah..dari madinah saya ikut teksi atau hotel shuttle bus. Dari madinah mekah plan naik gmc atau bus saptico
.X pon kalu da launch high speed train saudi menghubungkan 3 tempat..saya ikut train..dgr2 bulan 1 ni mereka launch..
Waalaikumsalam
PadamAlhamdulillah
semoga dipermudahkan perjalanan dan segala urusan puan sekeluarga
Insyallah
Assalamualaikum..
PadamAmin..semoga nya selamat dan mudah..tinggal nak urus visa lagi ni..tu yg paling merisau kan..saya da beli tiket 27 jan 14 ni..dlm ujung bulan dec saya hantar ke agen.. tuan empunya blog dulu urus visa dengan siapa ye
Waalaikumsalam
Padamrayhar travel
Salam. Tuan, bersemangat sekali membaca catatan Tuan. Jika boleh bantu beri nama dan contact number agensi pengurus visa umrah yang digunakan. Terima kasih.
BalasPadamWaalaikumsalam
PadamAlhamdulillah
tuan,puan,cik boleh cari contact no rayhar travel kat website
Salam...apa maksud "sebuah agensi pengendali dari negara mereka yang mereka iktiraf juga mesti terlibat apabila sahaja kita mendarat di sana."
BalasPadamsaya sekeluarga berlima akan ke umrah sendiri pada bulan mac nanti. dah sampai north terminal kena naik bas ke untuk keluar daripada airport?
jzklh...
Salam Saudara Yunus,
PadamBulan Mac berapa HB? Saya, suami dengan mak saya juga akan menunaikan umrah pada bulan MAC ini.
Waalaikumsalam
Padamkerajaan Arab Saudi sangat menjaga dan melindungi para operator pengendali umrah mereka, jadi sekiranya kita menggunakan visa umrah untuk masuk , mau tak mau kena ada agensi pengendali umrah dari sana masa yang akan dimasukkan dalam data masa proses permohonan visa umrah,kalau guna visa bisnes atau ziarah , tak perlu rasanya
tak passti pulak , kalau terus gunakan teksi atau bas yang beroperasi dari airport, rasanya tak payah
cuma kalau gunakan pemandu persendirian , tu yang tak boleh depa pickup kita dari dalam kawasan airport sekiranya kita warga luar dan gunakan visa umrah pula, tu yang terpaksa keluar naik coster dulu dan mereka boleh ambil kita luar kawasan airport
harap membantu serba sikit
Alhamdulillah, hari ini ditakdirkan untuk bertemu dengan blog tuan. Penuh dengan maklumat dan ilmu juga menyentuh perasaan, kepada sesiapa yang pernah melalui pengalaman menjadi tetamu Allah di bumi Haramain. Mudah mudahan kita sentiasa diberi rezeki dan peluang untuk menjejakinya lagi dan lagi dan lagi.
BalasPadamAlhamdulillah
Padamsemoga penulisan yang tak seberapa ini dapat memberi kebaikan utk manafaat bersama, insyallah
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam Tuan, Bagaimana urusan di Imigresen Airport Jeddah, ada blooger yang bercerita mengenai pegawai imigresen menahan Jemaah yang tidak bersama mutawif. Mereka akan pastikan kite mempunyai mutawwif & juga Transport untuk ke Madinah/ mekah. So bagi yg pergi tanpa Agent bagaimana pula urusan-nya yea. Mohon pencerahan dari Tuan... Tq
BalasPadamWaalaikumsalam
Padammcm saya nyatakan di atas,
"kerajaan Arab Saudi sangat menjaga dan melindungi para operator pengendali umrah mereka, jadi sekiranya kita menggunakan visa umrah untuk masuk , mau tak mau kena ada agensi pengendali umrah dari sana masa yang akan dimasukkan dalam data masa proses permohonan visa umrah,kalau guna visa bisnes atau ziarah , tak perlu rasanya"
semua urusan tu akan diuruskan oleh pihak yang menguruskan visa umrah kita semasa di Malaysia. Tu sebab lebih baik minta TA yang berdaftar dgn kementerian haji & umrah Arab Saudi yang uruskan visa kita kerana mereka semangnya mempunyai syarikat bersekutu di Saudi yang akan mereka catatkan sebagai pengendali kita di sana walaupun kita tak gunakan perkhidmatan mereka dan kira mereka dah charge sekali untuk bayaran proses visa tu tadi walaupun sebenarnya visa umrah adalah percuma.
Harap dapat membantu puan serba sedikit pasal keperluan visa umrah ni berlainan sekali dengan visa2 ke negara lain yang agak mudah utk kita pergi secara "free n easy"
Wasalam
Assalamualaikum Tuan,
BalasPadamBoleh saya tau apa nama Hotel yg Tuan menginap menghadap view Haram tu?
Waalaikumsalam
PadamAl Massa
Assalamualaikum tuan . inginkan kepastian tuan . adakah hotel best western bakkah al massa , hotel al-massa yang tuan menginap. takut tersalah booking... tq
BalasPadamWaalaikumsalam
Padambest western bakkah al massa tu bukan
Al Massa yang kami menginap tu betul2 seberang jalannya istana
cuba layari http://www.tripadvisor.com.my/Hotel_Review-g293993-d620637-Reviews-s1-Al_Massa_Hotel-Mecca_Makkah_Province.html
Salam. Saya sedang buat umrah backpacker skrg ni...nak tanya sikit mcm mana nak bawa balik air zam zam ke malaysia.
BalasPadamWaalaikumsalam
Padamcuba tanya pekerja atau staff kat hotel tuan menginap, minta tolong mereka belikan dan nanti tuan bawak sekali ke airport masa nak terbang balik. Pastikan tuan gunakan wrap/seal plastik kat airport tu utk botol air zam2 tu.
Setiap individu boleh bawak balik 1 botol 10 liter .
Yang mana satu travel agent yang paling bagus pada pandangan tuan boleh bagi nama dan contact wassalam
BalasPadamSo far Alhamdulillah saya senang berurusan dengan Rayhar Travel krn mereka salah satu TA yang direct link dengan Saudi Embbasy ,. Cuba bukak website dia, lebih senang terus contact HQ mereka di Kuala Terengganu , di KL pun ada pejabat cawangannya di Menara PNB Darby
Padamalhamdulillah, byk maklumat terima kasih. lama dah saya cari TA yang boleh uruskan visa...rupanya dekat dah dgn tempat saya. mmg bercadang nak g umrah mcm Tuan dengan 3 orang rakan dan isteri ..insyaallah dimakbulkan Allah
BalasPadamSemoga allah berikan kt semua kemudahan sepanjang perjalanan dan sehingga selesai melakukan ibadah umrah,mohon di kongsikan tips2 yang bernilai untuk semua hamba2 allah yang sgt merindui utk bertandang 2 tanah haram yang di muliakan oleh allah
BalasPadamSaya ingin memulai dengan bersyukur kepada allah untuk karunia hidup.
BalasPadamNama saya Yusti Harun dan saya ingin berbagi cerita yang bagus tentang bagaimana Ny. Maria Pedro dari Guaranty Trust Loan membuat hidup saya manis.
Saya sedang mengalami kesulitan keuangan untuk beberapa waktu dan saya harus meminjam dari teman-teman saya karena saya berharap untuk membayar mereka kembali setelah menerima gaji saya.
Dan saat itulah hidup saya berubah menjadi yang terburuk, saya dipecat dari pekerjaan dan saya kehilangan ayah saya pada bulan berikutnya. Setelah ayahku dimakamkan, teman-temanku mulai meminta uang mereka kembali.
Saya sangat terpukul karena keluarga saya menderita dan saya tidak punya uang untuk membayar hutang saya. Jadi, saya memutuskan untuk pergi ke bank saya, BCA untuk meminta pinjaman tetapi saya ditolak pinjaman karena saya tidak punya pekerjaan. Jadi saya menjadi putus asa untuk mendapatkan uang untuk membayar hutang saya. Kemudian saya memutuskan untuk memeriksa situs web jika saya akan melihat pemberi pinjaman pribadi yang dapat saya pinjam. Sebenarnya, saya melihat begitu banyak cerita bagus secara online dan saya pikir hidup saya akan berubah untuk selamanya tetapi saat itu menjadi sangat buruk sehingga saya hampir mengambil hidup saya karena saya diminta untuk membayar begitu banyak biaya hanya untuk saya tidak menerima pinjaman .
Tetapi ketika saya berpikir hidup saya sudah berakhir, saat itulah allah menggunakan teman saya yang saya temui di bank untuk membantu saya. Teman saya Nyonya Erpan, saya menceritakan kisah saya kepadanya dan bagaimana saya dipecat dan pinjaman online yang tidak berhasil. Jadi, dia mengatakan kepada saya bahwa tidak perlu khawatir bahwa dia akan memperkenalkan saya kepada kreditur yang dapat diandalkan yang dia pinjam.
Jadi, setelah dia memberi tahu saya bagaimana dia mendapatkan pinjaman dari Guaranty Trust Loan, saya memutuskan untuk menghubungi informasi kontak dari Guaranty Trust Loan yang dia berikan kepada saya yaitu: mariapedroguaranteetrustloan@gmail.com
Setelah itu proses persetujuan kredit saya selesai dan saya menerima surat persetujuan dari perusahaan yang menyatakan bahwa saya harus memberikan rincian bank saya. Saya menerima pemberitahuan dari bank saya bahwa rekening bank saya dikreditkan dengan jumlah pinjaman yang saya minta.
begitulah hidup saya berubah dan saya akan terus berbagi berita sehingga semua orang dapat melihat dan menghubungi perusahaan yang baik yang mengubah situasi saya.
Anda dapat menghubungi Guaranty Trust Loan melalui email: mariapedroguaranteetrustloan@gmail.com
Anda juga dapat menghubungi saya jika Anda membutuhkan bantuan saya atau Anda ingin bertanya kepada saya tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya. Inilah email saya: yustiharun5@gmail.com
Dan di bawah ini adalah detail akun saya yang dikreditkan pinjaman dari Guaranty Trust Loan,
Nama Bank: Bank BCA
Alamat bank: jln.dr.setiabudhi bandung
Nama akun: Yusti Harun
Nomor akun: 2348702337:
Jenis akun: tahapan BCA
Segera setelah saya membayar biaya dokumen, saya menerima pinjaman saya tanpa penundaan dan hari ini saya bebas secara finansial dan sekarang saya memiliki bisnis pribadi saya. terima kasih kepada Allah atas rahmatnya atas hidupku.
Kocaeli
BalasPadamDenizli
Bartın
Kocaeli
Adana
2P1
Kocaeli
BalasPadamDenizli
Bursa
istanbul
Van
GC0L
izmir
BalasPadamErzurum
Diyarbakır
Tekirdağ
Ankara
ZGBZ
Diyarbakır
BalasPadamAdana
Bursa
izmir
Sakarya
46W4
Ankara
BalasPadamVan
Hakkari
Edirne
Yozgat
H6PWKT
edirne evden eve nakliyat
BalasPadamadana evden eve nakliyat
rize evden eve nakliyat
niğde evden eve nakliyat
gümüşhane evden eve nakliyat
POEC
C46B3
BalasPadamKayseri Parça Eşya Taşıma
Eskişehir Evden Eve Nakliyat
Ünye Oto Boya
Osmaniye Evden Eve Nakliyat
Bitlis Evden Eve Nakliyat
Huobi Güvenilir mi
Kucoin Güvenilir mi
Manisa Parça Eşya Taşıma
Niğde Şehirler Arası Nakliyat
05E45
BalasPadamÇorum Şehirler Arası Nakliyat
Tokat Evden Eve Nakliyat
Ordu Parça Eşya Taşıma
Balıkesir Şehirler Arası Nakliyat
Isparta Şehir İçi Nakliyat
Van Şehir İçi Nakliyat
Afyon Parça Eşya Taşıma
Konya Parça Eşya Taşıma
Hakkari Şehirler Arası Nakliyat
2FDB9
BalasPadamSilivri Boya Ustası
Çerkezköy Asma Tavan
Ankara Parça Eşya Taşıma
Isparta Parça Eşya Taşıma
Çankaya Boya Ustası
Erzurum Parça Eşya Taşıma
Şırnak Lojistik
Huobi Güvenilir mi
Bitget Güvenilir mi
599F9
BalasPadamcanlı sohbet uygulamaları
düzce goruntulu sohbet
Gümüşhane Random Görüntülü Sohbet
karaman mobil sohbet sitesi
şırnak canlı sohbet sitesi
urfa ücretsiz görüntülü sohbet uygulamaları
Uşak Görüntülü Sohbet Siteleri
burdur rastgele sohbet odaları
siirt goruntulu sohbet
8DC8A
BalasPadamdappradar
safepal
aave
yearn
poocoin
trezor suite
sushi
ledger live
solflare