WARGA SCP

Jumaat, Disember 04, 2009

SUATU CATATAN PERJALANAN : JENIS-JENIS TAWAF




apabila jemaah dh mula ramai pada musim haji
kiswah telah dinaikkan




ni tawaf kidai

1. TAWAF QUDUM

TAWAF QUDUM IALAH TAWAF SELAMAT DATANG YG DISUNATKAN BAGI MEREKA YANG MENGERJAKAN HAJI IFRAD DAN HAJI QIRAN ATAU SEKADAR MENZIARAHI MAKKAH.
SUNAT DILAKUKAN TAWAF QUDUM SETIBANYA DI MAKKAH DAN HARUS DILEWATKAN SEHINGGA SEBELUM BERWUKUF.

2. TAWAF UMRAH

TAWAF UMRAH IALAH TAWAF RUKUN YG MESTI DILAKUKAN ORANG YANG MENGERJAKAN UMRAH, SEKIRANYA TIDAK DILAKUKAN, TIDAK SAH UMRAHNYA.


3. TAWAF HAJI

TAWAF HAJI IALAH TAWAF RUKUN YG MESTI DILAKUKAN OLEH JEMAAH HAJI SETELAH MASUK WAKTUNYA (BERMULA SELEPAS SEPARUH MALAM 10 ZULHIJJAH) SEKIRANYA TIDAK DILAKUKAN SAMADA SENGAJA ATAU TIDAK, MAKA TIDAK SEMPURNALAH HAJINYA. IA JUGA DIKENALI DENGAN NAMA TAWAF IFADAH

4. TAWAF TAHIYAT AL BAIT

TAWAF TAHIYAT AL BAIT IALAH TAWAF YG SUNAT DILAKUKAN BEGI MENGHORMATI KAABAH SEWAKTU MEMASUKI MASJIDIL HARAM, MENGANTIKAN SUNAT TAHIYATUL MASJID

5. TAAWAF SUNAT

TAWAF SUNAT YG BOLEH DILAKUKAN PAD BILA2 MASA

6. TAWAF NAZAR

TAWAF YG MESTI DILAKUKAN SESEORG APABILA IA BERNIAT NAZAR PADA SESUATU YG DIHAJATINYA

7. TAWAF WADA'

TAWAF SELAMAT TINGGAL YG WAJIB DILAKUKAN BAGI MEREKA YG HENDAK MENINGGALKAN MAKKAH LEBIH 2 MARHALA (LEBIH KURANG 56 BATU ATAU 91 KM) ATAU LEBIH
LAGI SATU , YG NI SELALU MENJADI GURAUAN
TAWAF KIDAI A.K.A TAWAF KEDAI
BOLEH TAWAF KIDAI, TAK SALAH
TAPI TENGOKLAH MASA

KERANA SEBAGAI IKHTIBAR
PERNAH MENDENGAR CERITA DR SEORANG JEMAAH DULU
SELEPAS DIA PULANG
CITENYA ASYIK TAWAF KIDAI JE
APABILA DITANYA APA YG PALING SERONOK KAT MAKKAH
JAWAPAN SPONTANNYA , SHOPPING DAN TAWAF KIDAI
RENUNG-RENUNGKANLAH

34 ulasan:

  1. salam dik CR..
    bila kuar lagi N3 pengubat jiwa ni , ha cepat2 le copy tkt nnt hilang dr blog ni ,payah lak...he he he

    akak dulu , sblm bertolak dah ckp awal2 , x mau beli ole2 banyak sangat bila disana ... betuuuuuul , bila saja di sana , keinginan untuk tawaf kidai tu jadi kurang ler , beli sekadar untuk anak n adik2 jer

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,
    Patut le tak ade rumah CL tadi. Rupanya dia N3 baru. Saya dulu pegi haji masih muda, tawaf kidai tak berapa sangat. Maklum le masih muda, cepat dapat ramai kawan. Itulah kita asyik merayap sekeliling Mekah. Sampai pegi rumah org arab kat tepi2 bukit. Tengok cara kehidupan diaorang. Pendek kata pantang hari siang.. merayap memanjang. Balik ke bilik cuma masa makan, tukar pakaian & masa nak tidur.

    BalasPadam
  3. CR....apa kbr??? Lama tak jenguk rumah CR ni...bz dgn org baru...hehehe.

    CR, n3 ni amat2 berguna....esp bab tawaf kidai....mmg perlu dibincangkan secara terbuka. Bukan salah berbelanja di Makkah, cuma jgn sampai ia dijadikan KEUTAMAAN. Tawaf kidai sebaiknya di hadkan kpd maksimun 1 jam sehari...tu pun dah lama tu.

    Kak Ummi...betul kata Kak Ummi, kalau dr awal kita dah niat taknak gi shopping mmg itulah jadinya. Kalau dr awal dah kata nak shopping...confirm...shopping manjanglah....selalunya mcm tulah.

    Abg SUlung....HEBATnya Abg...saya tambah KAGUM dgn Abg...citelah pengalaman Abg tu...saya menunggu ni.

    BalasPadam
  4. salam kak ummi,

    ambillah kak, dapat juga saya pahala bila ilmu yg bermanafaat digunakan , alhamdulillah

    saya pun tk byk pegi tawaf kidai, cuma kalau balik ke hotel lps solat isyak, baru menyinggah , tu pun psl lalu dlm hilton utk pulang ke hotel firdaus marwah , shortcut

    BalasPadam
  5. salam abg sulong,

    hobi saya pun suka tgk jemaah yg lalu lalang bila mrk pulang dr hotel, dulu hotel saya 180 m dr kawasan haram menghala misfalla,
    tu yg saya biasa spi dulu kat hotel,kalau lps zohor dan isyak , duduk kat depan smbil melihat jemaah yg lalu lalang, mcm2 peristiwa yg menjadi kenangan.

    BalasPadam
  6. salam im

    alhamdulillah, kedatangan org baru semakin memeriahkan kehidupan Im sekeluarga

    pastikan niat utama ialah beribadat, yg lain sekadar keperluan. bukan tak boleh tawaf kidai, mencari sedikit cenderamata utk sanak saudara , tapi jgn spi niat utama kita lari .

    BalasPadam
  7. salam Rezeki...


    alhamdulilah...satu informasi ayang amat berguna bagi kita semua renungkan...thanks bro...


    waslam

    BalasPadam
  8. salam lie,

    tk, semoga bermanafaat kpd semua yg ingin ke sana nti.

    BalasPadam
  9. Salaam YB,

    Satu informasi yang berguna, termasuklah Tawaf Kidai tu, boleh dijadikan sempadan, insyaAllah.

    Saya ada satu soalan. Untuk tawaf haji ataupun tawaf umrah haji, bila tarikh terakhir seseorang boleh melakukannya sebelum dikatakan hajinya tidak sempurna?

    VpeaceV

    BalasPadam
  10. salam umiazuddin

    "(Masa untuk mengerjakan ibadah) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum (syawal,zulkaedah dan zulhijjah), oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu, maka tidak boleh menyetubuhi isterinya, melakukan maksiat dan bertengkar dalam masa mengerjakan ibadah haji tersebut. Apa sahaja kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah s.w.t. Bawalah bekal secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah memelihara diri (daripada keaiban meminta sedekah), dan bertakwalah kepadaku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahami) "

    Al-Baqarah ayat 197

    Kebiasaannya , jemaah kita akan berlps menunaikan haji pada pertengahan bulan zulkaedah utk penerbangan awal, mrk selalu melakukan haji tamatuk krn jarak waktu yg lama lagi hingga 9 zulhijjah, mrk akn melakukan umrah haji dahulu dan salah satu rukun umrah ialah tawaf baru diikuti saei, bergunting dan mengikut tertibnya,

    Sekiranya jemaah wanita yg dlm keadaan haid, maka dia terhalang dari melakukan tawaf dan ia masih belum terlepas dari 13 larangan ihram, namun sekiranya masih belum bersih lagi setelah 15 hari ia dikira darah istihadah dan ada beberapa perkara yg perlu dilakukan utk memastikannya dan ia dibolehkan mandi hadas besar dan meneruskan pekerjaan umrahnya yg terhalang sebelum ini. Pihak tabung haji juga tidak menggalakan kita melakukan umrah sunat selapas 1 zulhijjah, terutamanya jemaah wanita krn dikhuatiri lps saja berniat umrah , dia didatangi haid sedangkan pada 8 zulhijjah nti, akan berniat haji dan bertolak ke arafah, sedangkan umrah sunat tadi belum dapat disempurnakan.

    Tawaf haji pula tarikh akhirnya apabila tamat bulan haji iaitu bulan zulhijjah, jika bagi lelaki tiada masalah haid dan mereka boleh melakukannya setelah pulang dari Mina selepas 10 Zulhijjah, atau selepas hari tasyrik 11,12,13 zulhijjah, tapi bagi jemaah wanita yg masih berhadas besar, perlulah menunggu sehingga ia bersih , mandi hadas dan bertawaf .
    Sekiranya melebihi 15 hari dikira darah istihadah. Tapi perlu diingat , dalam masa tersebut masih perlu mematuhi larangan dlm ihram krn belum terlepas baginya.Kalau mandi pun perlu berhati2 krn dikhuatiri rambut yg gugur dan dikenakan dam. Itu sebabnya, jika ada sebarang masalah seperti berikut, pihak tabung haji perlu dimaklumkan dan penerbangan pulang bagi mereka dan pasangan akan ditunda dan dilambat sehingga selesai semua rukun hajinya.

    BalasPadam
  11. Jazakallah khairan kathira ..

    BalasPadam
  12. Bagi perempuan yang hendak pulang haji kan wajib towaf perpisahan, namun hal tersebut tidak dapat ia lakukan karena berhalangan (haid) gimana tuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haid yang datang selepas wuquf dan tawaf rukun tapi tak sempat melakukan tawaf wada sebelum pulang atau terbang ke tanah air.

      Ada kemungkinan jemaah haji wanita mengalami kedatangan haid selepas melakukan wuquf di padang Arafah dan selepas selesai melakukan tawaf rukun atau tawaf ifadah.

      Situasinya beliau kedatangan haid sebelum sempat melakukan tawaf wada`. Sekiranya jemaah haji wanita mengalami keadaan seperti ini dan tiada kemungkinan haidnya akan suci sehingga tarikh penerbangan balik ke negara ataui tanah air , beliau boleh saja pulang dengan tidak perlu melakukan tawaf wada` .

      Tidak dikenakan sebarang dam, kerana dia termasuk dalam uzur yang dimaafkan. Hajinya pada tahun itu dikira sempurna.

      Padam
  13. bagus perkongsian ni,semoga ianya menjadi panduan pada mereka yang nak beribadah di sana

    BalasPadam