WARGA SCP

Selasa, Februari 16, 2016

USA PART 26 : WASHINGTON DC (SIRI 8) WHITE HOUSE

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH




Antara tempat yang menjadi tumpuan bagi sesiapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke sini ialah persekitaran Rumah Putih a.k.a White House yang merupakan kediaman rasmi bagi Mr President United States of America. Kawasan 360 darjah sejauh 2-3 km di mana terletaknya White House ini merupakan zon bebas kenderaan. 

Kenderaan awam tidak dibenarkan melalui dan melewatinya kerana langkah-langkah keselamatan .Begitu juga atas persekitarannya di mana ia adalah zon larangan terbang. Apabila aku cuba cari jawapannya, ini semua bermula semenjak peristiwa pengeboman Oklahama dimana kenderaan yang sarat dengan bahan letupan telah diletupkan oleh penganas hingga menyebabkan kemusnahan dalam radius 4-5 km juga dari pusat letupan.


suasana malam  President's Park



Menurut catatan sejarah, Rumah Putih mula dibina ketika George Washington menjadi President namun beliau sendiri tidak pernah dan berpeluang tinggal di sini.

1814 Rumah Putih telah dibakar oleh pihak Inggeris ketika itu hingga menjadikan Rumah Putih berwarna hitam.Terpaksa menjalani semua proses pembaikan dan dicat dengan warna putih menjadikan orang ramai ketika itu mengelarnya sebagai White House .

Untuk pengetahuan kalian, Theodore Roosevelt was the first president to call his residence in Washington, D.C. the "White House". Prior to his term, it had been called the Executive Mansion or the President's House.

Tak jauh dari Rumah Putih tu pula, terletak Hotel Washington, hotel pertama di Washington DC.


ada juga pengunjung merakamkan
foto selfie mereka sebagai kenang-kenangan
depan White House tu

tu Mak Itam dah berbungkus nampak mata je macam Ninja
kelihatan kereta peronda polis di kawasan zon pemampan ni

Tahukah kalian bahawa White House ini sengaja didirikan lebih rendah dari Capitol Building kerana sebenarnya ada maksud yang tersurat dan tersirat sebenarnya . White House tempat tinggal pemerintah tertinggi mereka sementara Capitol Building pula tempat di mana semua wakil yang dipilih oleh rakyat mereka sendiri melalui pilihanraya akan menjalankan tugas mereka di sana dalam menentukan hala tuju negara mereka.

Maksud yang tersurat dan tersirat yang ingin mereka sampaikan di sini sebenarnya adalah rakyat lebih tinggi dari pemerintah yang dipilih untuk menduduki White House dan perlu diingat bahawa pemimpin boleh bersilih ganti dipilih oleh rakyat. Ketaatan dan keyakinan mereka kepada pemimpin bukan terletak pada individu . Itu sebabnya kita saling lihat bahawa dua parti ini saling bertukar baton memerintah negara mereka . Kalau tak Party Republican , tentu Party Demokrat yang akan memerintah . Pada mereka tiada sentimen sejarah , siapa yang mereka anggap boleh membawa kemakmuran dan pembaharuan, itulah yang akan mereka pilih nanti.



Ketika ini , jam baru menunjukkan pukul 8.11 malam waktu East America. Keadaan persekitaran menuju ke White House begitu lengang sekali. Sejuknya tak payah cakap la. Memang sejuk sekali .

Untuk ke White House, kami perlu berjalan kaki bermula dari zon pemampan , melalui President's Park yang begitu tenang dengan pokok-pokok yang hanya tinggal ranting sahaja memandang hampir keseluruhan daun dah gugur.

President's Park is an urban park located in the middle of one of the country's largest metropolitan areas. Washington, DC is a walking city. You can stop at the White House Visitor Center to see the exhibits and video on the White House and its history but we didn't stop there becoz it's close around 4.00 pm
Only stopped  about  20 minutes in front the White house, take some photo . Kelihatan ada juga pengunjung malam tu walaupun tak ramai . Mungkin kerana winter .  



Albert Gallatin is a bronze statue by James Earle Fraser.
It is located north of the Treasury Building Washington, D.C., 
at 15th Street and Pennsylvania Avenue, N.W. Washington, D.C.
It was authorized by Congress on January 11, 1927.
 It was dedicated on October 15, 1947.





5 ulasan:

  1. assalammualaikum
    Pak tam kirim salam dgn obama kalau terjumpa. katakan padanya wong jowo jdt kim salam tppa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam