WARGA SCP

Khamis, Mei 22, 2014

SATU PERJALANAN YANG MASIH PANJANG

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Lama tak update SCP kerana kekangan masa lantaran tugasan menoreh di beberapa buah kebun getah yang perlu dibereskan kerana itu juga satu amanah yang perlu disiapkan.

Alhamdulillah,
rezeki yang Allah kurniakan dan hampir 99% siap sepenuhnya sebelum aku cuti menoreh buat seketika bagi menguruskan pula untuk menghantar son of gun aku mengikuti pengajian di sebuah kolej matrikulasi teknikal yang terletak di utara tanah air .

  sempat bercanda kat sini beberapa bulan lepas
Sambil2 noreh, sempat aku menguruskan segala dokumennya yang berkaitan dan juga sempat menguruskan segala kelengkapannya dari segi pakaian dan sebagainya . Kalau dulu sibuk dengan pakaian sekolahnya bila nak masuk sekolah,sekarang lain pula . Jadi semua kena beli yang baru dengan kemeja lengan panjangnya , seluar slack dll.

Alhamdulillah,
minggu sudah juga sempat menguruskannya untuk sessi temuduga bagi program Sarjana Muda Pendidikan selepas ia berjaya melepasi ujian bertulis dan ujian fizikal 2 minggu sebelum itu. Kalau ada rezeki, maka kemungkinan besar bakal menjadi seorang guru kerana calon lelaki yang dipanggil ke sessi temuduga tersebut sikit bebenor berbanding calon perempuan. Dari 9 perempuan, hanya sorang je lelaki .Kalau dia jadi cikgu , ada pewarisnya kerana akukan bekas cikgu beso pencen hehehe


Keputusan temuduga tu lambat lagi, jadi keputusan diambil untuk menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat matrik dulu kerana bidang teknikal memang menjadi minatnya sejak dari kecil. Setahun a.k.a dua sementer diperuntukkan bagi pengajian Mechanical  Engineering di sana nanti .

Alhamdulillah,
satu perjalanan yang masih panjang buatnya sedang menunggu sementara kakaknya diam tak diam dah masuk semester 2 di sebuah IPTA . 

Perjalanan kami saja yang tak tahu samada panjang lagi atau sebaliknya kerana semuanya telah ditentukan dan dah tertulis .

Semoga perjalanan hidup kami dan kalian semua juga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T.

Ke utara kita nampaknya minggu ni ngeh,ngeh,ngeh