بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Kalau dulu2 , cakap pasai nak pi Utara Tanah Melayu, aku dah bayangkan suatu perjalanan yang jauh memandangkan aku kan duduk kat penghujung selatan Tanah Melayu.
Aku dulu2 puluh tahun sudah hanya dua kali je sampai kat Utara Tanah Melayu ni masa pi hantar rombongan kakak aku ada satu tahun tu masa dia pi kawin dengan orang area sana , maka sampailah aku ke Pengkalan Hulu . Kemudian ada satu tahun tu pulak sampai Baling masa adik aku pi menikah dulu.
ni mamak bendahara
Tu cerita lama dah, masa tu hidup aku kira cukup2 makan dan pakai je kami sekeluarga . Tapi kami simpan duit sesikit masa tu lebih jual getah ojol nak buat duit minyak masa tu nak pi utara.
Puluh tahun berlalu , bila sekarang son of gun bubuk maknya menyambung pelajaran di utara , aku rasa kami ke utara agak kerap sangat . Jenuh rasanya memandu berejam2 lamanya. Kalau drive kat US ke atau Europe tak rasa sepenat begitu berbanding drive kat Tanah Melayu ni, entah kenapa boleh jadi macam tu. Mungkin betul juga ada seorang ulama cakap, Allah dah mula tarik keberkatan kat bumi kita ni .
bebek a.k.a itik masak merah
heavan
Moga-moga kehidupan kita semua diberkati Allah walaupun Allah dah mula menarik sikit demi sikit keberkatan buat Tanah Melayu.
OK, berbalik cerita negeri utara ni khususnya Kedah, aku suka pi sini. Pilihan makanannya sedap2 belaka dan kena dengan tekak kami serta yang paling best, pada aku murah bebeno . Kalau sekali makan nasi lemak Teratai yang orang kata terkenal kat area JB ni, bangsat-bangsat untuk sorang nasi lemak + telur goreng+ayam gereng seketul kecil goreng berempah serta sambal sotong sikit RM10.50 tak masuk air lagi tu . Kena bertiga dengan air dah dekat 37-38 ringgit sekali makan.
lembu lembu masak itam
manis dan berperisa
Tapi bila kami pi makan nasi lemak royale yang femes kat sebelah Alor Staq ni , makan berempat siap laut bebek masak merah, daging lembu masak itam , telur dan sotong serta minuman , kira punya kira, baru 27-29 ringgit je . Terperanjat berok aku kali pertama makan kat sini dan suruh dia kira lagi sekali pasal takkann makan berempat macam tu tak sampai 30 ringgit dengan lauk bagai. MURAHHHHHH
Itulah kelebihan di sebelah utara, walaupun tiada pembangunan yang mencanak , tapi bila aku bual2 , kos hidup di sana ada rendah.
tu nasi lemaknya warna kubing
setimbum seperiuk beso
Mula2nya aku pun tak kenai Nasi Lemak Royale, aku pilah wassup kat Uncle Shahrir mana makan sedap kat belah Alor Staq ni pasai diakan kira Tok Penghulu sini dulu, dia yang cadangkan aku pi pekena Nasi Lemak Royale ni .
Kalau biasa kita nasi lemah putih, dia punya nasi lemak warna kuning dan tak muak . Lauk dia pun memacam dah macam lauk nasi kandar . Itulah keistimewaan Nasi Lemak Royale ni.
Tak salah aku kat Alor Staq ni ada 2 tempat Nasi Lemak Royale ni. Satu kat tengah pekan Alor Star . Tapi yang kami biasa pi kat tepi highway menghala Kepala Batas a.k.a Titi Gajah .
Yang cawangan sini depa bukak kul 5.00 petang sampai malam . Dia kira meniaga macam kat sebuah food court kecil dan ada gerai2 lain yang jual menu yang berlainan. Tapi paling penuh dan ramai peminat pastinya Nasi Lemak Royale ni.
OK , kekawan selamat berbuka.
Apa menu kami sekeluarga magrib ni , tak lain tak bukan adalah nasi ambang yang tengah dimasak oleh mak itam kat dapur bawah bangsal tu. Lauk nasi ambang takda ayam masak kicap tak sah, itu yang aku tadi penat berlari pakai kain pelikat gombang pi beli kicap manis cap kipas udang kat kedai runcit . Botol kecil dah 6.15 siap GST. Dulu baru berapa je kicap ni, sekarang harga dah macam tu, nasib baik masa berlari balik bawah kicap tu, tak terlurut kain pelikat ke bawah tadi terperanjat pasal kicap dah jadi barang mewah siap gst lagi hahahahahahahaha