WARGA SCP

Khamis, Oktober 08, 2009

HONG KONG - MADAME TUSSAUDS - VICTORIA HARBOUR

MADAME TUSSAUDS

Madame Tussauds Hong Kong merupakan sebuah muzium lilin yang di asaskan
oleh Marie Tussaud dari Peranchis. Terletak di Peak Tower. Merupakan salah sebuah dari
2 buah Madame Tussauds di asia selain Shanghai di China.

Di sini terdapat lebih kurang 100 buah patung lilin mewakili individu antarabangsa.
6 darinya ialah personaliti Hong Kong.

Dibuka di HK pada tanun 2000.
Dibuka sepanjang tahun dari 10.00 am - 10.00 pm. Tiketnya HK140.00 (RM 70.00)
Tapi lebih baik beli tiket combo merangkumi peak tram, sky terrace dan madame tussauds.
Lebih murah sikit.





Segala bentuk dan warna kulit asal dilakukan di studio madame tussauds
untuk menampil wajah serta bentuk badan yang sebenarnya.
Kemudian bentuk badan dibuat dalam acuan khas menggunakan tanah liat .
Mata pula dilukis oleh astis dan menggunakan rambut manusia sebenar

Warna dari tangan dan kepala pula diadun menggunakan minyak, air dan warna acrylic.
Kemudian tubuh badan dibentuk dari acuan menggunakan fibreglass, diletakkan tangan dan dipakaikan baju yang disunbangkansendiri oleh selebriti tersebut.

Proses untuk membuat sebuah patung mengambil masa 6 bulan
menggunakan lebih kurang 20 orang tenaga pakar
dan menelan belanja lebih kurang HK$1 juta (RM 500.000)




Semasa kami ke sini, tak ramai pengunjungnya.
Jadi mudah sikit untuk kami bergambar bersama-sama .
Tak payah tunggu "Q" .
Kalau kat madame tussauds London, nak beli tiket pun panjang
barisannya, apalagi kat dalam.










Dari Madame Tussauds kami naik MTR dari Central terus ke Nathan Road,
Singgah solat di masjid Kowloon. Biasalah musafir , jamak takdim.
Kemudian menyusuri jalan beberapa blok di Nathan Road.

Tengah fikir , apa santapan kami tengahari ni,
tiba-tiba menerima flyer dari beberapa org pekerja restoran.
Belek punya belek, kami ambil keputusan makan di Ziafat.

Cari alamat bangunannya, dan naik lif. ifnya mmg sempit.
Semasa kami tiba , tukang masaknya tgh solat kat tepi koridor.

Mcm-mcm ada menunya. Saya dan mrs makan nasi mandy ayam lawan dgn "sup dhal"
rasanya lebih kurang sama mcm nasi mandy kat Makkah, anak2 pula makan kebab dan beberapa menu lain. Alhamdulillah, lebih kurang HK$240.00 (RM120.00)

Destinasi seterusnya , berjalan sepanjang nathan road menuju Victoria Harbour.
Rilek2 dan lepak2 kat situ sambil menghirup udara segar dan menikmati permandangan bandaraya HK .

Victoria Harbour terkenal dengan panaroma siang dan malamnya.
Permandangan yang paling cantik ialah dari puncak The Peak.
Kalau nal lagi adventure, naik Star Ferry untuk menikmati panorama
Victoria Harbour.

Ramai juga pengunjung kat situ, kebanyakkan dari tanah besar China. Tapi kami malas nak tunggu sampai mlm kerana pukul 8.00 mlm, ada pertunjukkanCity of Light di bangunan-bangunan di situ semcm okestra menggunakan lampu laser
yg berwarna warni yang dikenali sebagai "Sympony of Lights"

Di sini juga kita boleh menyusuri jalan menuju "Avenue of Stars" seumpama
"Hollywod of Fame" di Los Angeles.

Apa-apa pun, balik hotel dulu sebelum magrib, nanti mlm keluar balik merayap.
Kaki mmg lenguh dan penat, tapi jalan punya pasal ngeh,ngeh,ngeh





























4 ulasan:

  1. salam CR ..
    hebatnya kemajuan disana ya
    laaa , ingat ka orang betul- betul tadi, rupe nya patung , ish3 walau sepandai mana pun ciptaan manusia , takkan dpt menandingi ciptaan Pencipta kita noo.

    BalasPadam
  2. Salam CR,

    Jauh perjalanan, luas pandangan. teruja nak pergi nih

    BalasPadam
  3. salam ummi,

    HK sebuah kota besar yg merupakan pusat keewangan dunia.

    Mmg Allah maha besar dan maha pencipta

    BalasPadam
  4. salam az,

    bolehlah az ajak mrs nti pegi

    BalasPadam