WARGA SCP

Khamis, November 26, 2015

USA 2015 PART 6 : GOOD MORNING AMERICA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Morning America . Now 5.10 in the morning. Macam biasa , sisa-sisa jetlag masih berbaki .Kul 4.00 am tadi aku dah terbangun. Suhu pagi ni drop 1 darjah celcius .  2nd day kami di bumi America setelah menempuh penerbangan yang amat panjang . 7 jam lebih dari KL-Dubai . Kemudian 14 jam lebih lagi dengan Emirates hingga kami mendarat di Logon International Airport , Boston.

Alhamdulillah, tak panjang kat CIQ mereka kerana flight kami tiba awal pagi 7.55 am seperti dalam jadual. Beratur kejap je . CBP officer a.k.a U.S Custom and Border Protection tanya beberapa soalan macam biasa . Buat apa pi sini dan tanya aku keje apa. Aku jawab ringkas , " noreh " . Lepas tu dia tanya noreh apa , aku jawab lagi " kekadang den noreh gotah , kekadang den motong buah "

"Welcome to America" , ayat yang aku tunggu-tunggu terpacul dari mulutnya . 6 bulan dia cop kat pasport aku. Matilah nak kalau 6 bulan kat sini hahaha 

Hampir sepurnama cukuplah kami di sini nanti. Insyallah

Aku declare kat custom form yang aku ada bawak makanan dalam tin. Lepas tu CBP officer tu tak tengok dan scan pun bag lalu benarkan kami pijak bumi Boston secara rasmi buat buat julung2 kalinya. Alhamdulillah.


Aku ingat aku kebal , kulit tebal. Keluar airport jap untuk menyedut udara segar Boston. Melompat aku mengigil kesejukan . Jacket semua dalam bag. Nak tumbang juga aku kerana terperanjat agaknya dek kesejukan. 

Tapi sejuk-sejuk pun tak menghalang kami yang memula hanya nak window shopping dan cuci mata kat Wrentham Village Premium Outlets kat RI pagi semalam yang akhirnya sambar juga beberapa barang . Bini aku sambar handbag Kate Spade yang anak pompuan aku pesan , but dan tali pinggang Timberland pula untuk anak jantan aku dan dengan aku2 sekali beli hahaha




Bila kat outlet, lupa semua penat. Segar bugar je bijik mata hahaha
But Timberland yang rega RM499.00 kat Tanah Melayu kat sini 200 lebih je bila dah convert USD ke RM . Tu yang buat tak boleh tahan hahaha

Tu belum yang lain.

Ok guys, subuh baru masuk kat sini.Pagi ni mak  itam nak masak nasi lemak sambal ikan bilis . Stok ikan bilis banyak kami bawak . Bernasi lemak kami di RI, USA

See u next post bila aku rajin nanti.


6 ulasan:

  1. Wahhhh dah sampai rupanya ya....moto noreh tak bawak sekali? Hahahahahaha.....Anyway, enjoy your holiday!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks uncle, nk pi Washington jap

      Padam
  2. Hv fun n enjoy ur honeymoon ..jgn lupa Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nyoping mmg fun hehehe
      Magrib kul 4.22 kat sini

      Padam
  3. Bapak, nak kirim handbag boleh lagi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh aja dong, email bapak

      Padam