WARGA SCP

Selasa, Februari 16, 2016

USA PART 26 : WASHINGTON DC (SIRI 8) WHITE HOUSE

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH




Antara tempat yang menjadi tumpuan bagi sesiapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke sini ialah persekitaran Rumah Putih a.k.a White House yang merupakan kediaman rasmi bagi Mr President United States of America. Kawasan 360 darjah sejauh 2-3 km di mana terletaknya White House ini merupakan zon bebas kenderaan. 

Kenderaan awam tidak dibenarkan melalui dan melewatinya kerana langkah-langkah keselamatan .Begitu juga atas persekitarannya di mana ia adalah zon larangan terbang. Apabila aku cuba cari jawapannya, ini semua bermula semenjak peristiwa pengeboman Oklahama dimana kenderaan yang sarat dengan bahan letupan telah diletupkan oleh penganas hingga menyebabkan kemusnahan dalam radius 4-5 km juga dari pusat letupan.


suasana malam  President's Park



Menurut catatan sejarah, Rumah Putih mula dibina ketika George Washington menjadi President namun beliau sendiri tidak pernah dan berpeluang tinggal di sini.

1814 Rumah Putih telah dibakar oleh pihak Inggeris ketika itu hingga menjadikan Rumah Putih berwarna hitam.Terpaksa menjalani semua proses pembaikan dan dicat dengan warna putih menjadikan orang ramai ketika itu mengelarnya sebagai White House .

Untuk pengetahuan kalian, Theodore Roosevelt was the first president to call his residence in Washington, D.C. the "White House". Prior to his term, it had been called the Executive Mansion or the President's House.

Tak jauh dari Rumah Putih tu pula, terletak Hotel Washington, hotel pertama di Washington DC.


ada juga pengunjung merakamkan
foto selfie mereka sebagai kenang-kenangan
depan White House tu

tu Mak Itam dah berbungkus nampak mata je macam Ninja
kelihatan kereta peronda polis di kawasan zon pemampan ni

Tahukah kalian bahawa White House ini sengaja didirikan lebih rendah dari Capitol Building kerana sebenarnya ada maksud yang tersurat dan tersirat sebenarnya . White House tempat tinggal pemerintah tertinggi mereka sementara Capitol Building pula tempat di mana semua wakil yang dipilih oleh rakyat mereka sendiri melalui pilihanraya akan menjalankan tugas mereka di sana dalam menentukan hala tuju negara mereka.

Maksud yang tersurat dan tersirat yang ingin mereka sampaikan di sini sebenarnya adalah rakyat lebih tinggi dari pemerintah yang dipilih untuk menduduki White House dan perlu diingat bahawa pemimpin boleh bersilih ganti dipilih oleh rakyat. Ketaatan dan keyakinan mereka kepada pemimpin bukan terletak pada individu . Itu sebabnya kita saling lihat bahawa dua parti ini saling bertukar baton memerintah negara mereka . Kalau tak Party Republican , tentu Party Demokrat yang akan memerintah . Pada mereka tiada sentimen sejarah , siapa yang mereka anggap boleh membawa kemakmuran dan pembaharuan, itulah yang akan mereka pilih nanti.



Ketika ini , jam baru menunjukkan pukul 8.11 malam waktu East America. Keadaan persekitaran menuju ke White House begitu lengang sekali. Sejuknya tak payah cakap la. Memang sejuk sekali .

Untuk ke White House, kami perlu berjalan kaki bermula dari zon pemampan , melalui President's Park yang begitu tenang dengan pokok-pokok yang hanya tinggal ranting sahaja memandang hampir keseluruhan daun dah gugur.

President's Park is an urban park located in the middle of one of the country's largest metropolitan areas. Washington, DC is a walking city. You can stop at the White House Visitor Center to see the exhibits and video on the White House and its history but we didn't stop there becoz it's close around 4.00 pm
Only stopped  about  20 minutes in front the White house, take some photo . Kelihatan ada juga pengunjung malam tu walaupun tak ramai . Mungkin kerana winter .  



Albert Gallatin is a bronze statue by James Earle Fraser.
It is located north of the Treasury Building Washington, D.C., 
at 15th Street and Pennsylvania Avenue, N.W. Washington, D.C.
It was authorized by Congress on January 11, 1927.
 It was dedicated on October 15, 1947.





Isnin, Februari 01, 2016

USA PART 25 : THE LOFTS at ANTHONY MILL, COVENTRY RI

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


it's sunny day, langit mereka memang cantik membiru

Alhamdulillah, sepanjang kami di RI , kami menginap di The Lofts at Anthony Mills yang terletak di Coventry. Bangunan ni sebenarnya adalah sebuah bangunan lama yang dibina 144 tahun dahulu dan digunakan sebagai kilang kain yang diproses dari benang kalau tak salah aku.Terdapat banyak gambar2 lama berkaitan sejarah bangunan ini yang digantung dipersekitarannya. Tapi sekarang baru 2-3 tahun rasanya, keseluruhan bangunan ni telah dibeli dan dijadi apartment serta dimajukan oleh Brady Sullivan Properties. 

Bijak mereka. Tak perlu runtuhkan bangunan yang mempunyai nilai sejarah dan bina yang baru. Just buat major renovatian bahagian dalam menjadi unit-unit aparment.

Sikit sejarah berkaitan Anthony Mill ni.

Built between 1872 and 1874, the Anthony Mill in Coventry, RI is one of the most architecturally elaborate mills in the state of Rhode Island. Anthony Mill’s rubble-stone walls are clad in stucco with granite outer corners, granite foundation and window sills, and brick window surrounds. Its massive front stair tower rises six stories and is capped with a polygonal belfry trimmed with alternating bands of red brick and granite and four tall round-arched openings. During its heyday, this truly spectacular mill was once the show piece of the Coventry Company and contained 33,132 spindles and 726 looms used for manufacturing cotton.

Currently listed on the National Register of Historic Places, the Anthony Mill has recently been renovated into luxury loft apartments by Brady Sullivan Properties, and was reborn as the Lofts at Anthony Mill.

Sungai Belakang The Lofts

pandangan bahagian belakang di Lofts
Concodia Manufacturing tu masih beroperasi
kilang textile

air mengalir dari Pawtuxet River

Situated on the banks of the Pawtuxet River with easy access to the Coventry Greenway Canoe Launch and just north of the Washington Secondary Trail, the Lofts at Anthony Mill offers a premier luxury mill loft community with up-scale apartments for rent in Coventry. Enjoy the sounds of the river from the roof-top deck high a top the five story building overlooking the Anthony Dam. Participate in a game of hoops in our indoor basketball court, or stay at home and watch your favorite flick in the state-of-the-art Theatre Room. Work out at home in the fitness center, pick up a book in the reading room, surf the web with the wi-fi hotspot, or just hang out in the community gathering room. With on-site storage and parking to complete this luxury living package, you should call this beautifully renovated mill home.


Every apartment rental home for lease at the Lofts at Anthony Mill is appointed with granite kitchen and bath countertops, stainless steel appliances, original reclaimed hardwood flooring, expansive windows, soaring ceilings, individual heating and central air conditioning systems, in-unit washer and dryer, and brushed nickel lighting fixtures. Fresh designer paint colors complete the package for chic loft style living.


These controlled access Coventry loft rentals are conveniently located on the RIPTA bus line and is a pet friendly community. The future expansion of the Coventry Greenway Bike Trail along the rear of Anthony Mill’s lofts on the Pawtuxet River will make jogging, walking your dog, riding your bike or a leisurely stroll as easy as walking out your back door.


Where else can you live in a historic luxury loft for rent close to Providence that offers these on-site amenities and easy access to all of the recreational options? Nowhere else but the Lofts at Anthony Mill in Rhode Island.


Rents range from $950 - $1675 per month. 


Suasana hadapan The Lofts


Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada Datuk Bandar RI a.k.a Mr P kerana menumpang kami  penginapan yang serba lengkap buat kami sepanjang kembara kami di East Coast US ni .

Pertama-tama aku nak ucapkan rasa syukur serta jutaan terima kasih pada tuan tanah RI yang sudi dan berbesar hati menerima kami sepanjang kami berada di sini.

Penginapan yang selesa dan lengkap di apartment dan boleh main masak-masak lagi kalau kami tak keluar dari RI. Tapi sebenarnya tujuan dan matlamat yang utama adalah untuk bertemu dengan tuan tanah ni yang mana hampir 25-28 tahun sebenarnya kami tak bertemu . Alhamdulillah, akhirnya kami bertemu juga . Segala kenangan masa lalu kembali dalam ingatan .

Dari sini pula , kami senang nak bergerak ke mana2 destinasi. Semua luggage besar kami tak perlu diangkut. Hanya hand luggage yang gunakan bila kami travel keluar dari RI. 

Macam aku katakan , apartment serba lengkap . Washing machine ada serta dryer . Tak perlu risau nak basuh pakaian. Wifi pula laju berdesup 24Mpbs membuatkan aku dapat tonton Final Gegar Vaganza dengan selesa tanpa buffering berbanding kat Tanah Melayu yang katanya laju dan murah tapi sebenarnya masih jauh ketinggalan dan mahal pula tak setimpal dengan perkhidmatan yang mereka berikan.  
Residence Parking di Bahahagian Hadapan The Lofts

aparment 5 tingkat siap dengan lif

Suasana persekitaran The Lofts ni memang amat mendamaikan. Sambil mak itam masak kat dapur , aku boleh layan mengadap sungai dari tingkap.Dengar deruan air sungai tu memang mengasyikan dan tenang serta mendamaikan. Sekarang winter, jadi takde ikan, kalau summer, boleh mancing ikan trout kat situ.  Kekadang aku angkat sikit tingkap tu,tingkap yang jenis kedap bunyi dan udara tu, meluru  udara nyaman dan dingin musim salju menerjah ke dalam. Semua percuma dari Allah.Tapi bila lupa tutup, kenapalah aku rasa sejuk sangat walaupun heater dah on. Rupanya tingkap tak tutup rapat hahaha

Kalau tak pi mana2, aku capai kasut dan pi Gym yang tersedia serba lengkap sambil layan kat atas treadmill dalam 30-40 minit . Tapi winter ni, susah sikit peluh nak keluar. 

Malas nak keluar,  kami just melepak je berdua. Layan movie kat Apple TV dan Netflix. Netflix is an American multinational provider of on-demand Internet streaming media, and of flat rate DVD-by-mail in the United States, where mailed DVDs and Blu-ray Disc are sent via Permit Reply Mail.

Macam aku katakan dalam n3 terdahula. Kembara kami kali ini jenis relax dan santai . Tak terburu-buru masa . Light travel. Rasa nak keluar dekat2 , aku pi lah lepak2 kat Wrentham Village . 3-4 jam kat situ dan dah dapat apa yang dihajati, sebelum magrib yang masuk pukul 4.30 ptg, kami dah balik aparment. Kalau nak keluar jauh sikit 200-300 batu, booking hotel kat Expedia sesiap, maka merayaplah kami bang 2-3 hari , kemudian balik semula ke The Lofts.


Kemudahan Gymnasium lengkap
 








Depannya , kawasan kejiranan a.k.a kampung



library buat penghuni The Lofts


bilik pool pun ada



tu kayu alang original asal berusia 144 tahun tu


sedap makan nasi goreng pepanas bila winter ni