WARGA SCP

Selasa, Mac 22, 2011

KALAU KALIAN BIJAK BESTARI


ALHAMDULILLAH

kalau kalian bijak bestari
apakah ia gerangan benda alah ni

bapak sengaja tak resize gambar ni, biar besar dan nampak terang

nanti baru bapak bawakan n3 pasal benda alah ni

clue , leceh nak buat, makan tak leceh

hehehe

update clue : bunyinya khil,khil,khil
sakil , bakhil hahahaha
dah mcm dialog cite p ramlee dgn tuan hj bakhil pulak hehe

kasi clue sikitlah, salah satu bahan daging kisar

Ahad, Mac 20, 2011

INGAT NAK TERBANG MALAM NI


ALHAMDULILLAH

Pasport yg hampir tamat tarikh dah siap diperbaharui, yg lama dah dipotong .
Ingat malam ni nak terbang pi Libya, Libya pulak dah diserang oleh musuh islam
Nak terbang pi Makkah , visa pulak takde
nampak gaya simpan je dulu pasport ni yg masih bau kedai lagi

Khamis, Mac 17, 2011

LAMBAT LAGI NAK KUL 4.30 PM

ALHAMDULILLAH

Sekarang baru pukul 2 lebih, lambatnya nak tunggu 4.30 pm
Kala ini , bapak sedang tunggu kat lounge sambil keta kebal bapak siap diservis .
Makan masa juga krn nak diagnose lagi

sabar jelah

sib baik bawak lappy buruk ni
boleh juga hilang boring kat sini,
wifi free, minum free, makan free dari SDS, halal semuanya
makan dan minumlah selagi terdaya
dan ditanggung percuma

Isnin, Mac 14, 2011

PANTAI PENGERANG

"jacket" pelantar minyak dan kapal2 besar
di tengah2 tu

ALHAMDULILLAH

Persisiran pantai Pengerang merupakan laluan perkapalan yang sangat sibuk. Merupakan laluan masuk ke pelabuhan Singapura dan juga pelabuhan Tg. Pelepas. Di sepanjang pantai ini , terdapat beberapa pos kawalan tentera kerana sering berlaku aktiviti penyeludupan manusia yang mana merupakan pendatang tanpa izin dari Indonisia krn jarak antara kepulauan Batam, indonisia hanya 30 minit sahaja dgn menaiki bot.

Masuk dan keluar tanpa dokumen perjalanan yg sah di waktu malam , namun banyak juga berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa.


Sempat bapak berhenti seketika ketika pulang dari Tg. Pengelih utk mengabadikan beberapa foto dalam format RAW dan proses ke Jpeg ikut ikut citarasa bapak.

Sebenarnya pantai ini langsung tidak sesuai utk mendi manda kerana berlumpur . Seringkali berlaku pencemaran di sini krn berlaku proses pemindahan minyak hitam terpakai di tengah laut yang merupakan satu kesalahan mengikut undang2 maritim kita.

Itu sebabnya , seringkali kita baca di dada akhbar, pihak APM (Agensi Penguatkuasaan Maritim) dapat mengkap ketika mereka melakukan pemindahan tersebut.




Sabtu, Mac 12, 2011

SEPETANG DI TANJUNG PENGELIH

depan tu je singapore

ALHAMDULILLAH

Semalam dalam kesibukan, lepas jumaat bapak terpaksa pergi ke Tg. Pengelih.Kalau kalian nak tahu di sini adalah salah satu pintu masuk ke Malaysia dan juga pintu keluar ke Singapura dan indonisia.

Bapak berkunjung ke pejabat imigresen kerana pasport antarabangsa kami dah hampir tamat tempoh. Ingat nak pi Tokyo jap esok, tapi kerana pasportnya hanya tinggal 2 bulan je, terpaksa hidupkan semula dan tangguhkan niat dulu nak ke Tokyo.


Kalau nak hidupkan pasport kat JB, dalam sejam je siap, tapi punyalah ramai umat menyebabkan kekadang no.giliran habis dan silap hari bulan dari pagi pegi petang baru balik. Tapi kat sini hantar permohonan dan balik dulu, nanti 3 hari lagi baru siap kerana permohonan tu dia bawak ke jabatan imigresen di JB. Yang memudahkan, tak payah tunggu2 dan jaraknya sebenarnya tak jauh dari kediaman bapak di tepi hutan ni. Bapakkan hari biasa tinggal di hujung tanah melayu

Senang nak pi noreh pepagi nanti , tak jauh dari rumah.

feri ke Batam dan Singapore

Ahad, Mac 06, 2011

BAPAK BERMADU

ALHAMDULILLAH


Harap kalian semua redha dengan apa yang bapak nak ceritakan ini mcm yang bapak janjikan semalam. harap jangan ada yang marah2 tau hehehe

Pagi tadi masa bapak nak dhuha, mak itam panggil bapak suruh carikannya madu. Bapak kata tunggu lepas siap dhuha. Teringat bapak pada doa selepas dhuha tu antaranya :

sekira rezeki ku masih jauh, kau dekatkan lah

adakah ini yang dikatakan rezeki ku yang jauh didekatkan

adoiiiiii, mana nak cari madu pepagi ni
salin kain gombang, terus start kereta pi cari madu

balik je terus bapak kasi kan kat mak itam madunya

mak itam kata dia nak payung emas , tu yang dia suruh bapak cari madu

alhamdullilah

madu ni nak buat masak tengahari ni

"Nasi Ayam Madu"

selain buat makan tengahari kami, nak bawakan sikit buat rakan bapak yg dah 2 minggu kat hospital dan juga untuk anak dan rakan2 kat asrama petang nanti

wooooooi, cettttttttttt

jangan ingat bapak nak bermadu tau hehehe

takde masalah jangan cari masalah .

ni madu 2

madu 3

sambal guna lada merah tak pakai cukadan letak limau

sop mesti ada


nasi ni kalau ayam tengok , menangis

dah sedai utk bermadu


KEJA MELAMBAK

ALHAMDULILLAH

Lama juga aku tak update blog ni,
bukan apa, sekarang keja dan projek tgh melambak-lambak
bak kata orang tua2, rezeki jangan ditolak
semuanya datang dari Allah
jadi pemikiran aku banyak tertumpu pada kerja2 tu
tu yang tak sempat nak berkarya di SCP

Faham2 jelah, bulan 12 masuk bulan 1 dan 2 serta 3,
peak season bagi ku yang banyak berurusan dgn pihak sekolah

mana lagi nak jaga kebun getah yang sekarang tgh mahal,
mana lagi nak ajar kelas malam utk Pak Ali dan Pak Abu
nanti aku dah free sikit,
baru boleh berkarya seperti biasa

tapi esok tgh aku dah ada cerita dan bahan utk dikongsi dengan rakan2 sekalian
apa ceritanya, tunggu dan lihat je hehehe