Perjalanan dari Amsterdam , Belanda ke Rhineland ,Germany
lebih kurang 434 km(271 batu)
Menyusuri lebuhraya melalui bandar Utrecht , Arnhem, sehingga ke Koln(Cologne), Germany.
lebih kurang 434 km(271 batu)
Menyusuri lebuhraya melalui bandar Utrecht , Arnhem, sehingga ke Koln(Cologne), Germany.
Kami singgah di Cologne, untuk makan tengahari.
Bandar ke 4 terbesar di Germany
Poning palo den , apo nak makan
Akhir sekali , kami pegi Mcdonalds.
Kamikan vegetarian, order Fish Burger dan fries.
Berserah kepada Allah SWT
semoga makanan yang kami makan ini halal lagi suci
dan tidak digoreng bersama bahan lain.
Apa yang menarik di sini, kita mudah berjumpa dengan pemuda-pemuda
berambut punk berfahaman neo-nazi.
Ini dapat dilihat dari segi penampilan dan pakaian mereka.
Memang ganas-ganas
Di Cologne ini juga terdapat sebuah catdheral lama dikenali Colonge Cathederal
yang berusia ratusan tahun tersergam.
Rupa senibinanya amat menakutkan pada
pandangan ku.
Dikategorikan di bawah World Heritage oleh UNESCO.
Dibina pada tahun 1248 tetapi siap sepenuhnya pada tahun1880
tertangguh hampir 600 tahun.
Pernah menjadi binaan tertinggidi dunia pada 1880.
Ketinggiannya mencapai 145 m dgn 2 buah menara.
Pelancung yang berminat boleh memasuki dan menaiki
anak tangga ke atas.
Tapi keadaan rupa bentuknya memang mengerikan.
Keadaan binaannya yang kehitaman.
Kami tidak masuk ke dalam . Hanya berlegar-legar dan bersiar-siar di hadapan bangunan ini.
Terdapat banyak deretan gerai menjual cenderahati.
Seperti biasa, my mrs dengan hobinya mengumpul gelas-gelas kecil
dan comel berbagai aneka bentuk dan corak.
5 biji gelas berharga 5-10 euro bergantung pada bentuknya
Terdapat pemuzik jalanan di sini.
Terhibur dengan persembahan pemuzik jalanan
yang mencari rezeki di sini.
Perjalanan di teruskan lagi melalui bandar Bonn sehingga ke Rhineland
Menikmati panorama sepanjang perjalanan, menyusuri lebuhraya
di sepanjang sungai Rhine.
Berwarna-warni lagi catnya.
Yang pasti bagi rumah lama , serombong asap mesti ada.
Tapi sekarang zaman dah moden, mereka dah tak pakai kayu api lagi
Semua dah pakai heater yang dijana gunakan gas
Tapi sekarang winter, jadi nampak tanah je lah.
Anggur di sini sangat terkenal di seluruh eropah
untuk industri pembuatan wain.
Di Rhineland, kami akan menaiki "river cruise" menikmati panorama
sepanjang sungai Rhineland yang terkenal dengan penanaman dan
pengeluaran anggur yang terkenal .
Sebuah kota lama yang telah dijadikan hotel penginapan
bertaraf 6 bintang
Khabarnya untuk satu malam berpuluh ribu euro.
Eugene Sieber dan Anna Marie Sieber
Agak berumur , tapi minat mereka mengembara masih kuat
panorama indah ciptaan Allah SWT
dalam kedinginan yang terasa
Hari mulai gelap. Biasalah , siangnya pendek dalam musim sejuk.
Kedinginan mulai terasa. Suhu jatuh mendadak dibawah 10 darjah celcius.
Kuasa bateri camcorder juga mula menurun dengan cepatnya.
Tak tahan suhu sejuk rasanya.
ngeh,ngeh,ngeh
Hang kebun mulalah beraksi dengan "gloves".
Siap pakai songkok "ala-ala raihan"
yang ku beli di Makkah dgn peniaga Turki.
Memang lalulintas di sg. Rhine sangat sibuk
dengan deretan tongkang yang membawa segala hasil
kerana sungai Rhine ini merintangi kebanyakan negara Eropah.
Dari hasil pertanian hinggalah kepada kenderaan yang diangkut.
Sesungguhnya mereka menggunakan segala kejadian Allah SWT
selagi memberi manafaat.
Di sini, terkenal dengan sebuah lagenda
LORELEI
Merupakan sebuah batu besar di tepi tebing sungai Rhine.
Menurut sejarah, merupakan seorg wanita yang cantik yang sering
mendendangkan nyanyiannya.
Akibat cinta yang tak kesampaian,
ia telah membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai.
Rasa seram pulak apabila melalui batu tersebut dalam
keadaan yg mulai gelap
Rhineland sebenarnya terletak di barat Germany.
Sungai ini melingkari beberapa buah negera eropah seperti France, Luxembourg, Belgium dan Belanda.
Itulah sebabnya, ia merupakan salah satu jalan perhubungan
yang digunakan utk membawa barangan menggunakan tongkang.
Dipanggil Rhine di Jerman,Rhein di Belanda, Rijn di France,
Rhin di Romania, Rain di Itali merupakan sungai yang terpenting
di Eropah sepanjang 1,320 km
Sesungguhnya sungguh indah ciptaan
Allah SWT di muka bumi ini
Allah SWT di muka bumi ini