Alhamdulillah, suasana pagi di tepian pantai dr jendela bilik agak mendung yang sedang berarak di langit.
Rasanya seperti hujan akan turun. Kami turun ke Restoran Kampung untuk menikmati sarapan pagi . Bermacam aneka pilihan makanan , kek dan buah-buahan serta pencuci mulut .
Terlihat nasi dagang lalu membangkitkan selera dan keinginan aku pagi tu utk mencuba akan keenakkan makanan tradisi bagi rakyat trengganu ini. Kena sepinggan dengan kari ikan tongkol betul2 mengenyangkan. Isteri ku pula menjamah lemang dengan serunding daging. Sambil duk berbual, sambil makan .

Perut dah kenyang, jadi kami pun ambil keputusan untuk berjalan menghirup udara segar mengelilingi resort sehingga ke tepi pantai . Angin bayu begitu kuat sekali menyapa kami pagi itu. Suasana ombak yang kuat menghempas pantai dengan alunan lagunya.Itulah bahasa laut dan pantai yang sungguh menenangkan jiwa .

Lihat tu tanda amaran , bendera merah tak boleh berenang ,bahaya dan tentunya bagi pasangan yang telah berumah tangga ,pasti tersenyum simpul bila terbayang "bendera merah"tak boleh .... ngeh ngeh ngehSeperti biasa, pak itam akan mengabadikan potret landskap kawasan persekitarannya yang menjadi hobi pak itam sebagai koleksi peribadi . Kalau ada DSLR mesti best, tapi yang tak sanggup tu nak mengusung ke hulu kehilir benda alah tu dengan begnya.
Tapi takpa, akan ku fikirkan nanti .

Aku naik ke bilik untuk menukar pakaian , rasa2 nak berkubang kat kolam renang bang sejam dua sebagai satu exercise selepas bersarapan. Memang seronok bila berkubang. teringat dulu2 masa aku berkubang kat parit besar di kampung.Isteri ku seperti biasa dengan novelnya sementara aku berkuak di dalam kolam renang . Hampir pukul 11.00 pagi baru kami naik ke bilik utk berkemas dan meneruskan percutian kami ini ke Kuala Terenganu pula .