WARGA SCP

Rabu, Julai 27, 2011

ISTANBUL : GRAND BAZAAR part 1

sebuah masjid jamik sebelah grand bazaar
tempat bus kami parking

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah

Meninggalkan area Sultanahmet untuk destinasi yang seterusnya Grand Bazaar yang terkenal seluruh dunia kerana terdapat lebih 4000 buah kedai didalamnya.

Ia merupakan tempat tumpuan pelancong dari serata dunia jika berkunjung ke Istanbul.
Grand dalam bahasa turkish Kapali manakala Bazaar pula dalam bahasa turkish Carsi.
Juga membawa maksud "covered bazaar" atau bazaar berbumbung.

Jangan terperanjat kerana dalam sehari menerima kunjungan antara 250 ribu hingga 500 ribu pengunjung, ramai tuuuuu

Menurut sejarah , pembinaannya bermula pada tahun 1455 - 1461 oleh "Sultan Mehmed the Conqueror."


sekitar luar Grand Bazaar

pintu gerbang ke masjid

Beyazit Gate of the Grand Bazaar

Terdapat 22 buah pintu masuk ke Grand Bazaar dengan 12 buah bangunan utama. Masuk2 je aku rasa boleh sesat ni kalau nak keluar kerana berselirat dan banyak laluan2 di dalamnya mcm lorong tikus pula , tapi semuanya kiri kanan dipenuhi dengan kedai2 yang menjual pelbagai barangan .

Kami singgah ke sini dahulu kerana mak itam nak beli beberapa helai pasmina untuk dihadiahkan kelak . Pasmina ni ada pelbagai bentuk dan harga mengikut corak dan kainnya. Tawar menawar sudah menjadi kebiasaan di sini .




Suasana kat dalam memang "happening" dan aku dapat mengalami dan merasainya sendiri yang sebelum ini aku dapat lihat kat TV sahaja . Memang menyeronokkan berada di dalamnya , melihat dan memerhati pelbagai gelagat dan ragam manusia disamping suasana dan panoramanya yang agak sukar nak aku temui ditempat2 lain.

Keluarkan DSLR dan pasang speedlight a.k.a flash dan apa lagi, mula aku menambak sana dan menembak sini dan yang pasti bukan aku saja yg menembak kat dalam bazaar ni hehehe








lampu2 hiasan








Selasa, Julai 26, 2011

ISTANBUL : PANORAMA SEKITAR AREA SULTANAHMET

ps: gambar header diatas tiada kaitan langsung dengan N3 hari ni


Kejap lagi , kami macam biasa ke Buhara Restoran untuk makan tengahari yang menunya aku dah boleh agak hehehe
Kangkong belacan serta kebab masak asam pedas dan roti cecah tempoyak hehehe

Esok merupakan hari terakhir aku kat Istanbul , jadi malam nanti nak kena kemas beg , lepas sahaja sarapan pagi, kami akan terus check out hotel walaupun flight berlepas ke Madinah pada pukul 11 malam waktu Istanbul , tapi acara lawatan esok telah di atur dari kami checkout hotel di pagi hinggalah kami check in penerbangan nanti di malam hari

Bergerak menuju ke Restoran Buhara dengan berjalan kaki je kerana Restoran Buhara kat belakang tu je . Melalui Hippodrome of Constantinople (Turkish: Sultanahmet Meydanı ) yang merupakan suatu dataran yang telah wujud sejak zaman pemerintahan empayar Byzantine lagi.

Hari ni dataran tersebut lebih dikenali sebagai Sultanahmet Meydanı atau Sultan Ahmet Square.

Hippodrome berasal dari perkataan Greek hippos ('ιππος), bermaksud kuda , atau jalan.

aya sofya

ramai kekanak nak pi Topkapi Palace ni

Kelihatan ramai pengunjung dan pelancongan dari pelbagai rupa dan umur kelihatan di sini. Dataran ni boleh juga diibaratkan sebagai sebuah tempat pertemuan atau "meet point" yang amat popular di Istanbul. Rasanya pada setiap bulan ramadhan , di sini akan diadakan "moreh" selepas solat terawih kerana Masjid Biru kat tepi tu je. Pasti meriah .

Cerita pasal bulan Ramadhan yang hampir tiba, sebenarnya aku teringin benar untuk merasai Ramahdhan dan berpuasa di Kota Suci Makkah dan niat tu dah tersimpan lama , insyallah sekiranya Ramadhan jatuh pada cuti sekolah nanti dan dipanjangkan umur , aku berdoa agar hajat ku itu tertunai, bukan apa , kalau nak pergi pun kena tunggu cuti sekolah kerana pasti anak2 ku akan ku bawa sekali dan cuti sekolah jelah masa yang sesuai.

Macam juga perancangan ku untuk menunaikan umrah dan ziarah kali ni , kena set masa dan hari betul pada cuti sekolah agar tidak menganggu persekolahan anak ku. Alhamdulillah , kami bertolak pada 30/05/2011(isnin) dan dijangka pulang pada 11/06/2011 (sabtu) dan ahadnya pula boleh terus hantar anak ku kembali ke asrama.

Itu pun anak ku terpaksa "skip" program "stayback" yang dianjur sekolahnya pada cuti sekolah.

polis dok meronda kawasan persekitaran

sekitar taman antara Hagia Sofya dan Blue Mosque

di sini juga ada bus hip hop merah mcm kat London
untuk pelancong ronda kota Istanbul


Blue Mosque

Tapi malangnya kakaknya tak dapat ikut serta pasal break semesternya kali ini telah diubah atas arahan KPT dan semester barunya bermula semasa kami berangkat. Takpalah, takde rezeki buat kakak , tapi dulu umrah wajib buat kakak dah lepas dulu masa kami bawanya tahun 2005 kerana masa tu dia dah akil baligh. Cuma adiknya dulu masa kami bawa masa zaman "kanak2 riang" darjah 3 tak salah aku, jadi kali ini kira umrah wajib buat adiknya pula.

kedai depan Hippodrome ni mmg popular
selalu keluar kat tv

sekitar Hippodrome

The neo-byzantine German Fountain berusia ratusan tahun

Walled Obelisk
dikatakan dibawa dari Mesir ke Kota Constaninople (Istanbul)
dengan dipotong 3 bahagian utk memudahkan ia dibawa
kepunyaan maharaja Firaun semasa pemerintahan
Tuthmosis III kira2 tahun 1490 sebelum masihi.
bahagian yang asal telah dipulihara

Isnin, Julai 25, 2011

ISTANBUL : MASJID BIRU (INTERIOR)


Aku berwuduk di luar lalu memasuki Masjid Biru atau lebih popular dengan panggilan Blue Mosque atau Masjid Sultanahmet yang tersergam indah bukan sahaja di bahagian luar malah di dalamnya . Kasut ku letakkan dalam plastik beg yang tersedia di luar mcm kita nak pegi beli sayuran kat sumpermarket tu . Tapi takdelah kena timbang hehehe

Sunat Tahyatul masjid sebagai permulaan serta solat jamak takdim zohor dan asar . Selepas selesai semua yang perlu kepada Allah, barulah aku keluarkan dslr ku untuk merakamkan keindahan senibina islam yang menjadi kebanggaan kita selama ini .

Di Turkeye , tidak kelihatan janggal dan menjadi perkara biasa sekiranya kita ingin merakamkan keadaan dan situasi di dalam masjid selagi kita tidak mengganggu jemaah2 lain yang beribadat . Kelihatan pelancong2 asing agak ramai di bahagian belakang yang dihalang oleh pagar kayu sementara dan dikawal oleh seorang pegawai masjid agar mereka tidak melepasi ke bahagian dalam . Mereka yang tidak beragama islam hanya boleh memerhatikan dan mengambil foto dari situ sahaja .


Kelihatan semua reka bentuk masjid di turkeye ini seakan2 sama dibahagian luarnya tapi yang membezakan adalah bahagian dalaman seperti masjid biru ini . Agaknya digelar Masjid Biru kerana senireka bentuk marmarnya serta tingkap2 kaca hiasannya lebih kepada warna biru .

Menurut sejarah, terdapat lebih 20,000 keping marmar Iznik buatan tangan yang digunakan untuk bahagian dalam masjid ini.

Suasana memang dingin dan nyaman di dalamnya, tenang lagi mengasyikan.

Selamat menikmati foto2 yang sempak bapak rakamkan di dalam Masjid Biru a.k.a Blue Mosque a.k.a Sultanahmet Mosque

Memang cantik dan kalian saksikanlah sendiri ....................................





besar sungguh salah satu tiang utama






kelihatan ramai pelancong bukan islam di sini












jemaah wanita , bukan islam dan pelancong tidak dibenarkan melepasi
pagar kayu tu

anatara beberapa kubah



ruang solat bahagian tengah