WARGA SCP

Jumaat, November 18, 2011

LGB&GR : MENIKMATI BAYU LAUT CINA SELATAN


Lepas puas bercebor ,naik atas salin track suit pula dan aku ajak Mak Itam ke tepi pantai untuk menikmati tiupan bayu Laut Cina Selatan di petang hari yang sungguh mendamaikan.

Aku galas sekali beg DSLR aku dan juga tripod kerana ada beberapa foto yang terpaksa guna tripod yang aku dah terbayang dari segi angle atau komposisinya . Mak itam mcm biasa bawa buku novel untuk dibaca di tepi pantai sementara aku layan dslr aku.


Kelihatan beberapa pengunjung sedang mandi manda di tepi pantai . Ombak ketika ini tak berapa kuat. Namun aku pesan dengan kakak dan abang agar hanya main di gigi pantai sahaja.

Maklumlah , musim tengkujuh baru bermula dan kelihatan bendera merah tepi pantai pun dah dinaikkan.Akhirnya mereka berdua ke kolam renang meningalkan kami berdua menikmati bayu petang Laut China Selatan.

Aku terjumpa sebatang kayu balak tersadai di tepi pantai. Nampak macam takde apa2 nilai seni pun , tapi sebenarnya aku dah nampak dan terbayang jika kita pandai mengolah komposisi serta settingnya, pasti fotonya nanti akan menceritakan disebaliknya.

Begitulah juga dengan kehidupan kita hari ini yang penuh dengan pancaroba. Kita harus bijak mengolahnya tetapi suruhan Allah jangan sesekali kita tinggalkan manakala larangannya pula kita hindari.

objek yang sama , tapi setting berbeza

puas aku beralih kiri kanan dengan tripod

Pasang tripod dan hampir 20 minit juga aku dok mengadap batang kayu balak ni hinggalah aku benar2 puas hasilannya. Tapi aku bukan jurugambar profesional namun aku ada sedikit ilmu dan idea bagaimana nak mengolahnya agar kelihatan cantik dan berseni.

Ingat nak buat teknik "long exposure" tapi ND Filter takda pulak . Takpa lah, lain kali . Insyallah







Khamis, November 17, 2011

LGB&GR : DARI BALKONI

ALHAMDULILLAH

Bilik kami sebelah menyebelah yang mempunyai "connection door" , jadi senanglah sikit . Beg berisi makanan yang telah dimasak dari pagi tadi dikeluarkan. Semua ada . Hari ni menu kami ialah ketupat , rendang, lodeh , sambal kacang . Macam nak sambut raya pulak hehehe

Selera betul kami makan kat balkoni yang agak besar juga dan ada meja dan kerusi. Mana tak selera , sambil makan sambil mengadap permandangan alam yang indah hari ni. Cuaca pulak baik .










Sambil menyuap, mata ku dah terasa kedinginan air kat kolam renang di bawah tu . Aku dah signal kat anak bongsu aku , jap lagi kita nak bercebor. Dia jadi aja.

Kena ketupat 2-3 biji dah kenyang . Lepas asar , apa lagi. Kami berdua pun berceborlah kat dalam kolam renang tu. Macam biasa aku sarung kain gombang buat bercebor mcm kat tepi parit besar kat kampung hehehe

Tapi pastikan kain tu diikat kat bawah celah kaki, karang terjun, terangkat kain ke atas hehehe

Masa ambil towel , aku tanya kat budak jaga tu

"Dik, pakai baju boleh tak"
"Boleh bang"

Alhamdulillah,
tapi sesetengah tempat tu dia tak bagi pakai , tu yang aku malas nak bercebor .

Hampir sejam juga aku bercebor. Habis kuak lentang , kuak terlungkup , gaya bebas , gaya kupu2, gaya rimau semua aku cuba. Lama aku tak bercebor kat kolam renang . Kira2nya ni eksesais aku untuk membakar lemak dan kalori sikit .

Cerita pasal kolam renang , teringat aku dedulu kat Muar masa aku kekecik, ada kolam renang awam kat Tanjung Emas. Sekali masuk dua ringgit. Puaslah aku menyimpan baki duit belanja sehari seposen . Cukup nanti hujung minggu ,aku apa lagi kayuh basikal ke sana. Kalau takda duit , aku bercebor je kat kolam renang percuma kat parit besar kira2 belakang rumah atuk aku hehehe

Masa tu parit2 besar mcm ni tak tercemar .
Tapi air dia rasa kelatlah pasal tanah gambut . Sekarang dah takdelah lagi parit2 besar macam tu. Longkang besar adalah hahaha

restoran kat bawah je

Rabu, November 16, 2011

LGB&GR : ALHAMDULILLAH, SAMPAI JUGA KE SINI

ALHAMDULILLAH

Lebih kurang pukul 2.00 petang, kami sampai ke Lanjut Golden Beach & Golf Resort yang terletak di Kuala Rompin. Terus nak pi check in bilik, bilik pulak tak siap. Sebenarnya resort ni dah dua tiga kali bertukar pengurusan . Tempat ni sebenarnya cantik dan masih terpelihara serta belum tercemar. Aku suka tempat2 mcm ni pasal dia tak "crowded" dan menenangkan.

Tapi mungkin kerana tidak mencapai tahap maksimum pengunjung dan overhead yang tinggi menyebabkan banyak masalah timbul hingga menyebabkan pengurusan bertukar tangan. Sekarang ni pengurusannya di bawah PNB Commercial .


Sebelum tu mak itam dah booking sebuah chalet 2 bilik kerana dua2 anak kami pun ikut sama. Tapi bilik yang diberikan pula bila kami masuk belum kemas rupanya dan kami diberi pula chalet di sebelah yang dah siap kemas. Bilik ok , tapi belum apa2 badan aku dah kena gigit dengan nyamuk .

Pasti tempat ni banyak nyamuk . Lantas mula2 kami nak batalkan je penginapan kat sini dan ingat nak menginap di Cherating pasal kalau banyak nyamuk karang, pasti tak boleh tidur pulak . Nak pi beli ubat nyamuk , pekan terdekat Rompin jauh juga.


Aku mengaku yang aku ni memang kalah kalau ada nyamuk walau sekor , nak2 nyamuk yang jenis main hinggap2 je, tu yang tidur ku tak tenteram kerana asyik nak menggaru je dan akhirnya tidur ku pasti tak lena dan paginya pasti mengantuk. Kulit aku ni kan nipis hahaha

Lagi satu darah manis hehehe
bukan kecing manis tau hahaha



Aku suruh mak itam pi balik kat Front Desk,buat keputusan samada nak atau tak nak stay kat sini. Akhirnya memandangkan bilik hotel banyak lagi yang kosong , maka diberikan kami pilihan di situ dengan kadar diskaun yang boleh tahan juga.

Kami ambil 2 bilik hotel berkembar kerana kalau nak memandu ke Cherating mau lagi dua jam lagi.

Alhamdulillah, bilik hotel nampaknya lebih selesa dari yang tadi dan di tingkat dua menghadap swimming pool dan laut .Indah permandangannya dari balkoni .










mak itam dok mengadap pantai
masa tu matahari lebih kurang segalah
aku pulak biasalah dengan DSLR
merakamkan permandangan sekeliling yang indah di waktu pagi

Selasa, November 15, 2011

SEMPADAN ENDAU - ROMPIN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Lama rasanya tak menikmati keindahan matahari terbenam dan matahari naik di tepi pantai.Walaupun sebenarnya teratak kami tepi hutan ni hanya sepelaung je dari Tanjung Balau dan Pantai Desaru, tapi kami boleh kira dengan jari ke sini. Pasal dekatlah tu yang tak pergi.

Jadi aku suruh mak itam pilih tempat yang dia nak pergi dan settelkan semuanya. Ada waktu terluang nanti aku bawak.

Akhir kalam , Mak Itam kata nak pergi kat area Rompin . Kira jauh sangat dengan HC pun tidak, dekat sangat pun tidak . Memandu dalam lebih kurang 2 jam lebih sikit.




Lebih kurang lepas waktu dhuha, kemas beg dan terus capai kunci moto roda tiga memecut ke destinasi . Alhamdulillah cuaca hari ni baik sungguh berbanding dah 4-5 hari hujan turun mencurah-curah. Maklumlah, musim tengkujuh sekarang ni.

Tiba je kat sempadan Endau- Rompin ni , aku macam biasalah berhenti seketika untuk merakamkan gambar2 permandangan sekelilingnya yang pada ku indah dan cantik untuk diabadikan sebagai koleksi peribadi ku. Kemudian masuk pula ke Terminal Feri Tanjung Gemuk.

Sayang sungguh kerana keadaan di terminal ni seakan2 terbiar tanpa penyelenggaraan . Rumput pun panjang macam dah sebulan tak tebas. Tapi nasib baik hati ku terhibur dengan permandangan di sepanjang tepian sungai sebelah Endau dengan deretan bot nelayan . Langit pula membiru menambahkan lagi keindahan di sana.

Ya Allah,
Sungguh indah alam ciptaan Mu ini

Alhamdulillah



air surut ketika ini