بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970
Keputusan:
Menurut maklumat yang di terima, alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu:
i)Alkohol kayu (methanol)
ii)Alkohol biji-bijian (ethanol)
Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH.
Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.
Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.
Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.
Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.
Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.
Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.
Sumber : JAKIM
Islam itu indah .
Islam itu mudah selagi kita memahami dan menghayatinya . Sebagai contoh kes baru2 ini melibatkan DNA babi dalam coklat. Bagi sesetengah yang tetiba jadi gila babi sampai nak samak perut,mulut bibir dan tukar darah , cubalah bukak dulu kitab dan janganlah terus nak jatuhkan hukum.
Aku hairan kerana apabila sebut babi, dia punya "gila babi" terus menggila tanpa menyelidiki hukum-hukum yang Allah telah gariskan melalui Al Quran dan Al Sunnah sekiranya kita menghadapi situasi sedemikian. Tapi bab2 haram dan dosa lain macam tak solat, tak puasa, rasuah serta banyak lagi yang kalau nak tulis , "mereka pandang sebelah mata je"
Begitu jugak dalam penggunaan minyak wangi yang terdapat alkohol di dalamnya kerana hukumnya HARUS . Begitu juga apabila kita makan tapai yang mana proses pembuatan akan menghasilkan alkohol sebenarnya.
Sebagai peringatan terutamanya buat diri aku yang lemah ni , kalau aku tak tahu , aku pi "mengaji" dulu , tanya para ulama dan bukak kitab2 yang berkaitan , kemudian barulah aku buat kesimpulan.
Sedikit perkongsian dari aku yang tak belajar agama tinggi pun sebagai menjawab sebuah komen dari seorang "Anonymous" dalam sebuah n3 aku :
Tanpa Nama Mei 31, 2014
syukur syukur jugak...alkohol kan haram..
Sebagai penutup,
No heart feeling, hukum tetap hukum.
Hanya sekadar perkongsian.
Wasalam.

























































