WARGA SCP

Isnin, Januari 25, 2016

USA PART 24 : WASHINGTON DC (SIRI 7) : SMITHSONIAN NATIONAL AIR and SPACE MUSEUM WEST GALLERY Part 4 (#throwback perjalanan DUBAI DXB - BOSTON LOGON))

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH





(#throwback perjalanan DUBAI (DXB) - BOSTON LOGON(BOS)

Dubai ke Boston Logon International Airport. Flight tak penuh masa tu , adalah dalam 100-150 orang je berbanding kapasiti maximum untuk 777-300 ER ni dalam 365 penumpang.

Kira baru juga route DXB-BOS ni . Emirates launched its Boston route on March 10, 2014. Boston becomes the airline's eighth US destination.  Jadi dah tak susah kalau nak pi mana bandar besar kayt USA ni ikut pilihan hati kita. Kalau dulu, kebanyakkan penerbangan masuk ke US samada pi landing kat JFK New York atau LAX Los Angeles . Sekarang dah banyak pilihan. Kalau DXB-JFK New York rasanya penuh kot pasal orang semua nak pi New York . Aku pula mengelak dari turun kat JFK atas nasihat Datuk Bandar RI .

Aku nak lepak kat Rhode Island , maka airport yang terdekat adalah Boston Logon International Airport yang terletak di state Massachusetts.



Jarak antara Boston Logon International Airport ni ke Rhode Island pun tak jauh lebih kurang 45-60 minit je bergantung pada keadaan traffic.Rhode Island ialah sebuah negeri yang bersempadan dengan Massachusetts.Rhode Island ni kecik je bersempadan dengan Massachusetts.  Kalau landing kat JFK , New York , jauh sesangat nak ke Rhode Island dalam 165 batu , mau dalam 3-4 jam lebih memandu. Kalau landing kat LaGuardia , New York pula dalam 160 batu juga, lebih kurang 3-4 jam lebih juga .

Tapi biasalah , NY traffic dia madang sibuk, tu yang mau nanti kat 4 jam lebih jugak. Jadi Dato Bandar Rhode Island (RI) suruh aku landing kat Boston Logon je.Senang nanti dia nak pi pickup kami kat airport nanti.

Masa nak transfer ke Connecting Flight tadi di Dubai lepas turun dari flight tadi, Mak Itam terserempak dengan sekumpulan rakyat Tanah Melayu dalam 15-20 orang kat toilet . Mereka satu flight dgn kami rasanya dari KLIA tadi. Mereka akan meneruskan penerbangan ke New York . Mereka ikut Tour Apple Holidays Holiday untuk 13 hari 10 malam EASTERN USA + CANADA - THE NORTH ATLANTIC VOYAGE  . Harga pakej pun boleh tahan dekat RM 19,000 juga seorang . Ramai yang dah berumur pangkat pakcik makcik. Depa tegur Mak Itam pasal tengok Mak Itam sesorang . Mak Itam kata nak pi Boston dengan suami , lalu mereka kata " student ka" pasal tgk mak itam dengan jeans serta backpack kecil kat belakang hehehe

Aku tergelak kecil je bila bini aku cite kat aku , pasal kami ni belajar tak tinggi pun , menara gading pun tak pernah jejak , apatah lagi nak further study . Pegi jejalan kembara ni pun kumpul duit jual gotah ojol dengan jual bijik lerai kelapa sawit je hehehe


EK239 berlepas meninggalkan bumi Dubai tepat 02.50 pagi menuju Boston dan dijangka mendarat jam 08.10 pagi . Kalau kira conggak bodoh , 8.10 pagi - 02.50 pagi baru dalam 6 jam je penerbangan  tapi hakikatnya merentas beberapa zon waktu dunia lagi dan penerbangan memakan masa hampir 14 jam lebih.  Masih hari yang sama walaupun 14 jam penerbangan kerana kira mengundur waktunya .

Woooohhhhh 14-15 jam terperuk dalam flight , tu yang makan tido, makan tido ,celik tak sampai-sampai hahaha 

Yang paling best apabila aku meyaksikan kehebatan Allah mentadbir sekalian alam dengan begitu sempurna mengikut kehendakNYA. Toleh tingkap sebelak kanan, gelap menandakan waktu malam, toleh tingkap sebelah kiri pula kejap nampak bulan, kejap nampak sinar matahari .




 tu kapal angkasa USA cantum dengan kapal angkasa CCCP
yang sekarang ni kita kenali sebagai Russia
suatu ketika dulu 

Bukan dekat nak pi USA ni, tulah pasal, kalau berhajat nak pi USA, siap sedialah fizikal dan mental kerana perlu menempuh satu jarak waktu yang panjang melebihi 24 jam sebenarnya. 

Macam biasa, meals dalam Emirates memang ok semuanya. Kalau bukan time mereka saji makanan , perut rasa lapar , pi lah ke dapur ngecek kat pramugari mereka yang cantik lawa tu, mereka tak kedekut .

Aku dah set dalam kepala , kami kena set fizikal dan mental serta masa tido kena ikut time East USA.Kat USA sendiri pun ada beberapa zon waktu kerana USA terlalu besar .

Terbang melalui ruang udara antara sempadan Iraq dan Iran menuju ruang udara negara Eropah merentasi bandar Poland,Hamburg serta Glasgow dann akhirnya merentasi Lautan Atlantik selama berejam-jam di mana terdapat air turbulance yang kerap melanda membuatkan bergegar kapal terbang. Tapi aku layan tido je berejam-jam , bangun cuma bila sajian makanan dihidangkan . Tapi tak sampai-sampai jugak hahaha

Tido balik kerana kalau cukup tidur , insyallah sampai pagi nanti lebih kurang 08.10 pagi waktu Amerika Timur di Boston, maka nanti badan dan metabolisme semua dah set ikut waktu Amerika.
 




Dua jam lagi nak landing kat Boston, baru aku layan cerita kat screen . Cerita The Man from U.N.C.L.E best jugak. Cerita spy ala2 komedi bodoh-bodoh gitu .Tak sempat habiskan cerita tu. Takpe , nanti nak fly balik boleh tengok sambung lagi cerita tu.

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan pun tiba bila pilot umumkan yang kami akan mendarat sebentar lagi dan cuaca di Boston pagi tu 1 darjah Celcius . Mak datok , 1 darjah celcius, biar betul pasal semua jaket kat dalam beg besar . Malas nak bukak2 pasal aku wrapping dengan plastik semua beg tu .

OK, kita sambung cerita ni nanti2 
Insyallah.


besar peluru berpandu Tomahawk ni sebenarnya





















main entrance Smithsonian

bye-bye Smithsonian
wooooh habis jugak jelajah Smithsonian
satu pengalaman yang tak boleh digambarkan dengan foto sahaja
saat bermanafaat bagi aku 

7 ulasan:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaMac 15, 2017

    Proud...don took his family here whore.

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaMac 15, 2017

    Proud...don took his family here whore.

    BalasPadam