WARGA SCP

Jumaat, Oktober 16, 2009

FREMANTLE, PERTH WA

Pagi selepas sarapan, kami menaiki CAT bus ke Perth Station.
Baca dulu maklumat yang terpapar kat "flyer"
Destinasi kami ialah Fremantle.
Beli tiket keretapi lebih kurang 3-4 Australian Dolar seorang.

Cuaca , alhamdulillah. Nyaman.
Jarak perjalanan lebih kurang 20-30 minit menuju Fremantle.






Pelabuhan Fremantle dari atas keretapi
Kapal MSC milik Malaysia sedang berlabuh


Fremantle merupakan sebuah bandar pelabuhan di Perth,Western Australia.
Fremantle tidak seperti bandar-bandar lain di Australia kerana
masih mengekalkan bangunan-bangunan lama peninggalan sejarah.
Di antara tempat menarik untuk dikunjungi ialah
resraurant makanan lautnya, pasar, galeri sini, muzium.

Di fremantle juga, terdapat CAT bus. Apalagi, ambil peluang
meronda bandarnya yang lengang . Rasa aman dan damai je.











Terletak hanya 19 km dari Perth dan merupakan pelabuhan
terbesar di wilayah Western Australia.
Pada masa dulu, bandar Fremantle didiami oleh para nelayan dan pelaut
yang datang eropah seperti Itali dan England.

Kunjungan ke Fremantle tidak sempurna jika tidak menikmati
secawan kopi atau capuchino di South Terrace
atau juga dikenali sebagai Cappuccino Strip.
Deretan meja dan kerusi menanti di sepanjang jalan
di luar.

Salah satu tempat menarik untuk dilawati ialah
Muzium Maratim . Terdapat banyak koleksi antik dan artifak dari
kapal-kapal yang tenggelam di sekitar Australia.







Fremantle Market pula dibuka pada tahun 1897 yang hanya beroperasi
pada hujung minggu dan hari kelepasan am.
Kami tidak berkesempatan memasukinya, kerana ditutup pada
hari-hari lain.


Pintu masuk Fremantle Market



Tengahari ni kami makan fish and chips yang terkenal dengan
keenakan dan kerangupan di Kailis.
Di sini banyak menu "sea food" nya.
Lobster ada , berbagai jenis kerang dll.
Jangan risau, di tanggung halal,
Terpampang sijil halal dari Majlis Agama Islam Australia.
Di sini, badan yang mengeluarkan sijil halal tersebut
sangat menitik beratkan soal halal dan haram.
Mereka sering memantau dan memeriksa setiap bulan
premis yang berkaitan.Mereka tidak berani mengeluarkan
sijil halal "pelesu" seperti di Malaysia.
Alhamdulillah.












Sambil menikmati hidangan kami,
burung ni sibuk memerhatikan kami
Tapi di bertenggek kat tiang yg tulis
"please do not feed the birds"
ngeh,ngeh,ngeh










Dalam perjalanan pulang ke Perth menaiki keretapi






6 ulasan:

  1. Salam CR,

    Waduh! n3 mu kali ini menmgingatkan ayahzain 9 Disember 2005 di mana pertama kali Az beli bunga untuk mrszain di Fremantle. Teruknya AZ kan? kerana kebetulan hari itu ialah hariulangtahun perkahwinan kami. tak sengaja tercakap ngan kawan, abih tuh kawan kata beli lah bunga hehehheheh

    BalasPadam
  2. salam az,

    kira oklah tu.
    mungkin bukan budaya kita org melayu memberi bunga ,

    BalasPadam
  3. As Salam CR,

    benar bagai dikata.. dinegara kita yang agama rasmi nya Islam pun kadang2 tak berani masuk kedai2 makan yang ditampal tanda halal.. entah betul entahkan tidak.. pemakanan mempengaruhi segala amalan.. Wallahualam..

    psstt.. burung tu dok perati CR & mrs sambil berkata-kata dalam hati.. 'huiyo best arr depa tangkap gambaq cheq.. glamour lah cheq satu malaya pas nie'.. moral of the story, burung tu asal from kedah.. tu pasai guna kata nama 'cheq'..

    ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  4. salam noor,

    mmg betul, pemakanan mempengaruhi kehidupan kita kerana menjadi darah daging.

    tapi sekrg kita lihat org kita main "sebat" je makan ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  5. di perth ada holiday homes kepunyaan org melayu malaysia kita. servis memang baik. rumah memang well furnished siap segala gala nya. i dah try memang best lah. i siap rekomen kat kawan2. sebab owner die memang down to earth la. kami panggil dia uncle shariff je. nama owner Tn Hj Shariff. kalau berminat boleh contact 0123360098 anak dia ada sini. nama homestay : mahira holiday homes. salute la bangga dengan kejayaan anak malaysia mcm uncle shariff!

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks Nissa atas maklumat yg diberikan
      Insyallah, kalau ke sana , boleh stay kat situ

      Padam