WARGA SCP

Sabtu, Oktober 10, 2009

HONG KONG - DISNEYLAND PARADE

Salah satu tarikan yang dinanti-nantikan oleh pengunjung ke Disneyland
ialah perbarisan (parade) yang dijalankan 2 kali sehari.
Sekali di sebelah petang pada jam 3.00 petang
dan sekali disebelah malam pada jam 8.00 malam
Jam 9.00 malam pula diadakan pertunjukan bunga api.

1/2 jam sebelum perbarisan , petugas telah memasang tali keselamatan
di sepanjang jalan yang dilaluinya.
Pengunjung diminta agar berada di belakang tali tersebut.
Jadi kami pun dah mula cari tempat yang selesa
untuk menikmati perbarisan tersebut.
Pengunjung telah mula memenuhi di sepanjang jalan.
Bukan sahaja kanak-kanak teruja, malah orang tua pun sama.

Perbarisan dijalankan dalam 30 - 45 minit dgn disertai
oleh watak-watak Disneyland.
Sungguh menarik dengan "costume" yang beraneka fesyen
dan berwarna-warni sambil dihiburkan dengan muzik.

Ikutilah
pengalaman kami dalam
SUATU CATATAN PERJALANAN : DISNEYLAND PARADE







Ini adalah beberapa watak dalam disney.
Boleh bergambar dengan mereka pada waktu yang ditetapkan
di tempat-tempat yang disediakan, tapi bukan sepanjang masa.













Teringin nak naik kuda dah tua-tua ni,
tapi nak naik kuda ini, kena pakai tali pinggang
ngeh,ngeh,ngeh









10 ulasan:

  1. salam cik rezeki,

    saya juga ke disneyland parade last week

    BalasPadam
  2. sekali lagi..salam cik rezeki..

    saya juga stay kat Hollywood Hotel & Resort Disneyland ..entah entah kita ada bertembung masa kat sana...saya kat hongkong dari 28 sept hingga 3 okt...

    BalasPadam
  3. salam CR

    meriah yer tempat ni,CM teringat mak bawak tgk pertandingan kereta berhias dan bunga api kat bandar hilir melaka masa kecik dulu,tu jer ler zaman kecik ktorang budak2 skrang beruntung..

    BalasPadam
  4. Salam CR,

    Rasanya next trip ayahzain nak ke Hong Kong la pulak. Cantik sungguh gambar2 yang di paparkan kat sini.

    BalasPadam
  5. salam olive oyl,
    seronokkan kat disneyland ,

    kami pegi bulan 12 tahun lps. ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  6. salam CM,

    mmg meriah sungguh , bukan saja budak2 je excited, org tua pun sama

    saya pun mcm CM juga kecik2 dulu, tak merasa semua tu , arwah ayah keje gomen gaji kecik dan membesarkan dan menyekolahkan kami 12 org adik beradik.
    Alhamdulillah

    BalasPadam
  7. salam az,

    mmg menarik , jauh perjalanan , luas pandangan
    biasanya sebelum ke sesuatu destinasi , kami dah study dan survey dulu kat internet dan baca reviews kat forum2. jadi bila tiba , ikut perancangan dan bertawakal.

    BalasPadam
  8. As Salam CR..

    kalau tn ismet berpengalaman melihat perbarisan kat HK.. and CM berpengalaman melihat 'parade' kat Bdr Hilir.. cheq plak kan.. berpengalaman menyertai 'parade' hari kebangsaan.. (jadilah.. nak p Melaka kena naik bas express, nak p HK kena naik kapai terbang.. mana nak mampu)

    CR nak tau tak, (tak nak tau pun.. cheq nak bagi tau jugak) habis satu skolah kena angkut naik bas p dataran merdeka.. bayangkan tengah panas lit lit kami semua dijemur dan disuruh berjoget-joget mengikut rentak 'brass band'.. dah lah tu, dapat baju free.. tapi kaler, mak aih! kalu pakai satu damansara perasan.. udah lah cheq ni legam, pakai lak kaler sami siam.. dah rupa anak hindu estet.. ishh, rasa nak jentik je guru besar masa tu.. tapi dah nama nyer kanak2 ribena.. dapat ayaq kotak ngan nasik bungkus terus diam.. makanlak sesama abg brass band from Victoria Institution.. huiyo.. terus hilang penat.. dan dan tu terasa ada power..

    ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  9. salam cik noor,

    " macam anak hindu estet " kik kik kik
    nasib baik tak pasang "nandek" ke dahi
    ngeh,ngeh.ngeh

    tu semua kenangan yg tak dapat dilupakan cik noor.

    BalasPadam
  10. salam cik rezeki..

    laa saya ingatkan pergi last week..patutlah baju mickey,donald,snow white lain dari baju mereka last week...

    mmg bestkan hongkong...cikgu mas,ayah zain jomlah kita ke sana...........

    BalasPadam