WARGA SCP

Isnin, Oktober 05, 2009

HONG KONG - MASJID KOWLOON - NGO PING 360




Destinasi seterusnya ialah Masjid Kowloon.
DIPANGGIL

Kowloon Mosque and Islamic Centre
105 Nathan Road, TST, Kowloon.



Terletak betul-betul di tengah Nathnan Road dan sangat strategik.
Disebelahnya terdapat sebuar taman atau "park"iaitu Kowloon Park
Merupakan sebuah taman yang dipenuhi dengan pokok
sebagai tempat berehat atau beriadah bagi penduduk HK.

Ruang solat utk lelaki separas pintu masuk dan 
perempauan di tingkat atas.
Islam itu indah, apabila bermusafir,
disediakan kemudahan untuk solat jamak takdim atau takhir 
dan qasar.
Jangan jamak "takyah" sudahlah ngeh,ngeh,ngeh
Agama islam menyediakan perlbagai kaedah dan kemudahan utk
kita mengerjakan solat.





Persinggahan seterusnya ialah Ngo Ping 360 .
Terletak di Pulau Lantau.
Tarikan utama di sini ialah kereta kabel .
Kabin kristalnya memberikan pandangan dan permandangan yang indah
360 darjah.

Ngong Ping Cable Car jaraknya lebih kurang 5.7km. Merupakan kereta kabel pertama di
Hong Kong, permulaannya bermula dari Tung Chung, menyeberangi Tung Chung Bay hingga ke satu sudut di Airport Island dan berpusing sebanyak 60 darjah ke arah utara
Pulau Lantau.

Pengunjung dapat menikmati permandangan yang indah
disepanjang 25-35 minit perjalanan naik ke atas.
Laut China Selatan dan kehijauan dan bentuk mukabumi
Taman Pulau Lantau Utara.
Lapangan Terbang Antarabangsa HK yang terletak
di sini juga jelas kelihatan dengan trafik udara
naik dan turun.

Cuma satu je yang tak sesuai untuk pengunjung muslim, terdapat di atas sebuah patung Buddha yang terdapat di atas untuk penganutnya. 

Jadi apabila naik ke sana, langsung tak hiraukan patung tu.Cuaca dan suhu serta angin yang bertiup kencang diatas menyebabkan terasa nikmat dengan segelas capuchino panas yang terdapat di starbucks di atas.



















Suasana di atas








Perjalanan turun

















9 ulasan:

  1. Salam Rezeki,
    Wow....satu perspektif baru...di HK pun ada banyak masjid kan...senang plak dapathalal food...ramai yang menasihati saya bila cerita hasrat nak pegi Disneyland HK, makanan susah, nak solat susah, jadi takut dibuatnya...tak sangka tengok Rezeki...mudah je semuanya....

    Tengok cable car tu...beraninye Rezeki dan Mrs Rezeki & anak-anak...saya naik cable car Genting pun asyik pejam mata...seriau tak...? Tapi pemandangan memang cantik giler...lepas ni tertunggu bila dah sampai ke Disneyland pulak...tak sabar ni...

    BalasPadam
  2. Aik...No.1 la saya....

    BalasPadam
  3. salam rezeki...

    seram naik kabel tuh..tinggi sangat..lebih lebih lagi masa di tebing bukit menghadap laut..aduhhhh

    waslam

    BalasPadam
  4. Salam CR,

    Susah pulak nak buat alasa hari ini, dua tiga kali try tapi x masuk.


    Seronok naik cable car, hehhe saya pun macam datin, ghayat naik cable car masa g genting dulu macam nak jatuh je rasanya. heheh

    BalasPadam
  5. Salam datin,

    alhamdulillah, banyak banyak masjid di HK, biasanya kami solat di Masjid Kowloon krn ia terletak di tengah2 bandar di TST. Islam subur di mana2, insyallah.

    Menyusuri Nathan Road selepas masjid tu, banyak kedai makanan halal, tapi tiada kelihatan di bawah, semuanya di tingkat atas bangunan, namun ada pekerjanya yg mengedarkan flyer menu dan harga di bawah.

    Sempat kena nasi mandy dan makanan arab di Ziafat Restauran di Nathan road.

    BalasPadam
  6. Salam CL,

    mmg tinggi betulkan dan jauh perjalanan kereta cable tu, kalau 4 org, kena duduk 2-2 , kalau tak tak seimbang .

    kalau yang takut tinggi mcm CL dan datin, sure pejam mata jelah. anak pompuan kami siap duduk kat atas lantai je, takut nk tgk bawah

    BalasPadam
  7. salam az,

    aik, az pun gayat tmpt tinggi, habis kuat jatuh ke bawah, bukan ke atas ngeh,ngeh,ngeh

    cable car kat ngo ping tidak akan beroperasi jika angin kuat dan hujan yg lebat

    BalasPadam
  8. salam cik Rezeki

    berapa hari di HKong ni???cuba cerita pasal makanan lak..tak payah kuar duit CM,melancong kt blog rezeki jer...hari2..


    camner niat "jamak takyah"..mai ajar sikit,,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  9. salam cm,
    dalam 5-6 hari . niat "jamak takyah" tak payah ajer, rasanya semua dah tahu ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam