WARGA SCP

Selasa, Oktober 13, 2009

SEAWORLD, AUSTRALIA


Seaworld , terletak di Southport, Queensland , Australia. Merupakan sebuah pusat pelancongan yang terkenal. Sebuah taman tema yang besar dengan berbagai tarikan untuk pengunjung diuruskan oleh Warner Village Theme Park. . Sesuai dikunjungi pada bulan jun kerana pada masa itu Australia dalam musim sejuk. Jadi cuaca sangat nyaman . Di sini terdapat hidupan liar air yang sukar ditemui seperti "polar bear ". Berbagai akuarium yang terdapat disini memaparkan hidupan laut yang unik. Seaworld juga menyediakan pusat latihan pertunjukan untuk "dolphin" dan "sea lions" ala-ala sarkas .Di sini juga, kita dapat melihat dan mengkaji habitat bagi ikan jerung (sharks) seperti "Tiger Sharks" dan "Bull Sharks"

Di antara tarikan yang terdapat di Seaworld untuk "Rides" ialah : Jet Rescue Sesame Street Beach Sky High Skyway Sea World Monorail Grand Central Train Tour Viking's Revenge Flume Ride Bermuda Triangle Corkscrew Rollercoaster Water Park dan

Untuk "Marine Attractions" pula ialah : Shark Bay Polar Bear Shores Penguin Point Ray Reef Dolphin Nursery Pool Sea World Aquarium Rescue Point Lighthouse Seabird Rehabilitation Aviary

Ikutilah pengembaraan kami di Seaworld bersama krewnya seperti biasa paknye,maknye,dan beg tariknye .

* segala gambar yang diambil hanya dari camcoder .
Jadi hasilnya kurang memuaskan.



PERTUJUKAN SINGA LAUT


Gemuk sungguh, cukup makan.







Upahnya , seekor ikan





Telatahnya mencuit hari












PERTUNJUKAN IKAN LUMBA-LUMBA























Ikan pun boleh terbang






Berenang gaya kuak lentang





Pandai tepuk tangan tu




ROLLER COSTER "SKRU"

TAUBAT LAH , TAK NAIK NGEH,NGEH,NGEH























Terhibur melihat gelagat beruang polar a.k.a beruang kutub . Besar dan gemuk.
Kalau buat peluk ni sedap . Beruang ini telah di bawa dari kutub utara untuk dibela di sini.
Jadi persekitarannya juga perlu diubahsuai mengikut habitat asalnya. Jadi pendingin udara
yang kuat sentiasa dipasang di habitat barunya ini. Air kolamnya juga disejukkan seperti
dalam peti sejuk .Memang kegemarannya berendam dan berenang. Sungguh terhibur dengan aksinya.


mana pulak lagi sorang kawannya, "beruang kungfu panda"
sejuk tak airnya, tu yg tak mau join




Tapi tgh syok beruang ni berkocak, boleh dia melepas, dah taiknya terapung,
ngeh,ngeh,ngeh




Ini adalah sebahagian dari hidupan marin yang dibela di dalam akuarium. Peluang dapat melihat ikan2 ini secara "live" sungguh memukau . Berbagai-bagai kehidupan marin yang dicipta oleh Allah SWT di mukabumi ini sebagai satu dari rantaian ekologi dan keseimbangan alam yang perlu kita selidiki dan pelajari.














ikan ni sungguh besar
lebih kurang sedepa panjangnya.
kalau dia ngap , habis le



PERMANDANGAN PESEKITARAN SEAWORLD
DARI ATAS LRT









ANTARA KOLEKSI HIDUPAN MARIN






































Betapa agung, kaya dan maha berkuasanya Allah SWT.
Mencipta segala kehidupan di dunia dan semesta alam

( Surah Al Baqarah : ayat 255 )
(" Ayat kursi" )

Maksudnya :

Allah , Tiada Tuhan (yg berhak disembah) melainkan dia, 
yang tetap hidup,yang kekal selama-lamanya mentadbir
 ( sekalian makhluknya). 

Yang tidak mengantuk ; tidak tidur.
Yang memiliki segala yang ada dilangit ; yang ada dibumi.
Tiada siapa yang dapat memberi syafaat ( pertolongan ) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada dihadapan & apa yang ada di belakang mereka,
sedang mereka tidak mengetahui suatu pun dari (kandungan ) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki 
( memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah ilmu dan kekuasaannya liputi 
langit dan  bumi,
Dan Tiadalah menjadi keberatan kpd Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dialah yang maha Tinggi ( darjat kemuliaannya) lagi Maha Besar ( kekuasaannya)

8 ulasan:

  1. tadi baca N3 CM yang kata kawan dia tiap pagi panggil dia teddy bear tu...bila tengok gambar bear main air ni, teringat kat CM...pas tu baca ayat bear tu melepas terapung pu-pu nya...Nija gelak terkekek-kekek...nak tersembur nescafe...jangan marah arr CM...CM tak cam tu kan....ha..ha...hah....

    BalasPadam
  2. salam CR,

    waaa dah p ke Australia lakkkkk.....tinggal lgggg.....

    kak nija, teringat pada kak mas....hanis teringat pada kak noor.....hahahahaha....kawan kak noor tuuu.....comel kannn.....

    BalasPadam
  3. salam..

    hehehe,noti kak nija,bukan CM arrr,noor tu,CR teringat noor...

    BalasPadam
  4. As Salam CR,

    patutlah ari nie asik tersedak je.. mujur tak tertelan 'gigi pelesu'.. kalu tak naya.. esok keluar kat headline 'tamil nesan' seorang minaci comey tercekik gg pelesu.. rupa2 nyer nama cheq disebut-sebut..

    heh heh.. beruang kutub tu sebenar nyer sepupu sepapat cheq.. mak pak dia org kaya.. depa buat rumah kat kutub utara.. saje je tak mo bagi sedara p lawat.. tak macam cheq.. mak pak cheq buat umah kat estet je..

    ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  5. salam nija,

    mmg kurang asam betul polar bear tu ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  6. salam hanis,

    sedara kak noor tu ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  7. salam cm,

    cite psl beruang, kan org pompuan suka peluk teddy bear

    BalasPadam
  8. salam noor,

    ada sedara kat kutub, buat diam je ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam