WARGA SCP

Isnin, April 21, 2014

INDAHNYA DHUHA DI BLACK WATER

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Dah hampir berbelas tahun rasanya aku tak ke sini. Itulah pekan Black Water a.k.a Air Hitam yang terkenal dengan tembikar dan pasu bunga serta sayur-sayuran suatu ketika dulu. Terkenang aku berbelas tahun dahulu apabila aku menaiki bas untuk ke JB, pasti bas akan singgah di pekan ni untuk seketika .

Kemudian berkejaran deretan penjual sayur-sayuran mendekati kita untuk menjual hasil tanaman mereka yang segar terus dari ladang. 

Semasa lebuh raya PLUS belum siap, pekan Air Hitam "hidup" dan "meriah" kerana ia merupakan tempat perhentian atau R and R tak rasmi yang menjadi pilihan pemandu untuk berhenti dalam perjalanan ke Johor Bahru. Kalau hari raya, pekan ini terlalu sibuk dengan kenderaan hinggakan 2-3 jam masa diambil hanya untuk melepasi lampu isyarat di persimpangan besar samada hendak ke Kluang atau ke Batu Pahat atau ke Johor Bahru.

Namun kini semua tinggal kenangan.


Alhamdulillah

Tempohari , kami menjejakkan kaki lagi di bumi Air Hitam . Singgah sebentar di Masjid Jamek Air Hitam atau lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Ibrahim. Masjid ini tersergam indah dan gagah di atas bukit .Permandangan pekan Air Hitam dapat dilihat jelas dari sini.

Ternyata suasana pagi begitu indah di sini tanpa hiruk-pikuk begitu menenangkan . Usai selesai urusan di sini, menuju terus ke destinasi tujuan utamanya hantar "son of gun" aku ke IPG Batu Pahat untuk ujian bertulis dan ujian kecergasan bagi pengambilan baru Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang mana setahun untuk persediaan manakala 4 tahun lagi baru untuk mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama  4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia nanti.  



Sebenarnya kami memberikan kebebasan untuk anak2 kami memilih sendiri bidang yang mereka minati . Sebagai ibu bapa, kami hanya memberi panduan dan galakan sahaja. "Son of Gun" aku lebih berminat untuk mengikut pengajian peringkat ijazah dalam bidang undang-undang terutamanya yang berkaitan dengan islam kerana ia lepasan SMK Agama . 

Jadi pilihan pertama, kedua dan ketiga semasa mengisi UPU tempohari adalah berkaitan dengan bidang undang-undang. Sementara keputusan UPU belum keluar lagi, maka mencuba rezeki dulu untuk menduduki ujian kelayakan  Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ni dulu.

Kita sebenarnya tak tahu rezeki yang Allah akan tentukan buat kita. Mana satu nanti yang Allah S.W.T tetapkan, itulah nanti yang akan menentukan hala tujunya nanti buat 4-5 tahun yang akan datang.

Selebihnya nanti, biar ketentuan Allah yang menentukan.

Insyallah.

4 ulasan:

  1. Allah menyediakan rezeki untuk setiap makhluk. Tetapi manusia perlu juga berusaha. Semoga anak Rezeki dapat mengejar cita-citanya dan berjaya di dunia dan di akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah

      Panggilan utk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi berjaya, tapi tak pasti lagi utk pergi krn tunggu keputusan UPU pulak 05 mei nanti

      Padam
  2. Insya'Allah..
    Usaha, doa.. tawakkal.. semoga yg baik2 sahaja hendaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah

      kami sebagai ibu bapa hanya guide sahaja utk dia buat pilihan , tapi tentunya keputusan akhir hanya di tangan Allah

      Padam