بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
barisan panjang kat kaunter tiket
Aku suruh son off gun aku pi beratur ambil tempat dulu . Hampir 8.30 , kelihatan van JMF yang membawa tiket tiba di sana. Sekarang penjualan tiket diambil alih oleh JMF kerana katanya sebelum ini terdapat banyak kelemahan dalam sistem penjualan tiket hinggakan ulat2 tiket bermaharaja lela .
padang macam sawah krn hujan lebat
seronok tengok burung reramai dok berkubang
Suasana penjualan tiket pagi tu sungguh teratur dengan pengawasan anggota polis bertugas . Kalau semua boleh ikut peraturan dan beratur, insyallah semua berjalan lancar. Kerana hari jumaat , kaunter tiket akan ditutup pada pukul 12.00 tgh dan hanya akan dibuka jam 3.00 petang sekiranya tiket masih berbaki.
Tiket dah dapat, maka berdesup balik ke HC. Sempat singgah Econsave beli roti, telur dan mayonis serta air kotak. Aku suruh bini aku buat sandwich telur . Boleh kami picnic dan makan2 nanti kat stadium sementara game bermula nanti.
sebahagian anggota polis bertugas
pakcik jaga padang dok cucuk tanah
agar air yang bergenang dok meresap ke dalam
agar air yang bergenang dok meresap ke dalam
kerana hujan lebat
Larkin petang ni lambat penuh
Masa aku keluar, guruh dan berdentum serta hujan renyai.Rupanya kat area JB lebat sungguh hinggakan padang permainan malam ni macam sawah bergenang air.Alhamdulillah, sampai je stadium, hujan dah teduh .
Hampir pukul 6.00 ptg ,kami dah masuk stadium .Macam biasa , beg kena periksa . Botol air mineral tak boleh bawak pasal selalunya botol tu akan terbang melayang bagi sesetengah penonton yang terlalu fanatik dan marah apabila berlaku ssesuatu insiden kat dalam stadium.
Aku cari tempat duduk strategik untuk menikmati perlawanan dengan lebih jelas dan paling penting senang nak keluar masuk bila masuk magrib nanti. Sambil lepak2, maka kami picniclah dengan sandwich yang dibawa. Kalau sapa tak bawak makan,jangan risau.Kat dalam stadium ada jual Pizza Hut dengan KFC .
Sambil aku makan, terperasan muka yang aku kenali.
Laaaaaaa
Rupanya salah sorang imam Masjid Jamek HC turut berada di situ dengan anak isterinya untuk menyaksikan perlawanan malam nanti.Sporting betul imam ni dan dia peminat bola jugak rupanya macam aku.

Wan Jamak coach PKNS
ramai dok marah dia
pasal hari tu masa seri dgn JDT kat Shah Alam
kenyataan yang dikeluarkan agak bongkak
ramai dok marah dia
pasal hari tu masa seri dgn JDT kat Shah Alam
kenyataan yang dikeluarkan agak bongkak
sessi warmup
jangan melepas je bang
jangan melepas je bang
8.45 malam game mula. Minit ke dua ,JDT dah dapat gol akibat pertahanan PKNS tertanduk ke gol sendiri. Permainan bertambah rancak sampailah wisel penamat . Paling syok 20 minit terakhir lepas Pablo Aimar yang kita tahu pemain "world class" masuk .Lihat dia gentel 4-5 orang pertahanan PKNS saja je . Tak terjaga mereka. Tu sebabnya Aimar selalu jadi mangsa terjahan permain lawan dan pengadil kita pulak jenis lemau hehehe
Sebenarnya malam tu JDT boleh menang besar dengan 5-6 gol. Tapi apakan daya pasal pertahanan dan pemain PKNS berkampung dengan gol dan banyak dapat selamatkan bola yang nak masuk. Istilah bola kata depa dok "parking bas" depan gol . Mana nak masuk.
Aku rasa bukan aku je yang rasa puas game JDT malam tu, semua penonton pun pasti puas hati walaupun hanya 1 gol memisahkan dengan PKNS. Yang penting menang dan dapat 3 mata.Penyokong JDT dahagakan kemenangan kerana berturut2 asyik seri je.
Itulah masalah JDT sekarang ni kerana setiap pasukan yang mereka lawan pasti akan mengamalkan corak bertahan depan gol sebegitu untuk mengelakkan tewas besar kerana semua tahu yang pemain JDT hampir semuanya adalah pemain yang mewakili negara serta pemain importnya pula "world class"
Good Bye Larkin.
Insyallah Jumaat ni JDT lawan T Team ,kami sampai lagi untuk picnic bersama lagi jika diizinkan Allah.
Insyallah

Aimar memang berada didalam kelas tersendiri! Hebat pemain ini....pemain2 kita harus belajar daripada beliau!
BalasPadamMemang tu sepatutnya mcm uncle cakap, belajar dari yang pakar
Padam