WARGA SCP

Isnin, Jun 30, 2014

AVILLION PORT DICKSON : MASIH BOLEH DIPERTINGKATKAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Suatu hari yang indah , aku dalam perjalanan ke Penang. Jadi nak shoot terus ke Penang , rasa penat memandu . Memula ingat nak bermalam area Pangkor di Swiss Garden  Golf Resort and Spa, Damai Laut, Pangkor.

Dah buat booking secara online. Tapi lepas check balik route nak ke sana yang mana jauh le jugak nak keluar dari tol Gopeng, pengabis aku terpaksa batalkan tempahan tu dan ambil keputusan bermalam di Avillion PD je kerana senang nak akses dari tol Seremban dan masuk terus highway terus ke PD nanti. 


 

Sampai PD dari HC dah kat pukul 2.00 ptg juga. Sampai-sampai je , aku tengok kenapalah banyak pulak kereta . Rupa-rupanya hari tu adalah Hari Keputeraan Sultan Selangor . Adohai, silap haribulan lah pasal tempat tu dah jadi "sesak sangat" pada pandangan aku . Nak parking pun susah dan kena cari parking kat celah2 pokok . Ada parking yang luas, tapi kira kena seberang jalan besar depan resort tu dan jauh sesangat dengan nak hayun segala semua beg hehehe

Check in dan mintak bilik yang best sikit viewnya, Tapi kerana full house hari tu, maka apa bilik yang ada, tu yang diberikan. Nak buat macam mana, silap pilih hari daaaaaaa

Sebenarnya view 98 % bilik kat sini tak berapa nak cantik pasal ia pasti akan mengadap antara satu blok dengan blok yang lain . Ia tak menghadap ke laut lepas pun. Jadi kalau lepak kat baring2 kat kerusi di beranda, kalau pakai kain pelikat , kena ingat2 sikit pasal karang ada "tiger show" free nanti penghuni bilik depan tu nampak hahahahha

 

tu yang aku maksudkan view yang mengadap bilik antara satu sama lain

tu lantai beranda luar masa aku pijak melendut hehehe
view takda, mengadap penginapan orang lain











Aku dapati resort ni kira menariklah juga , tapi masih banyak lagi "isu-isu" yang boleh diperbaiki lagi kerana depa dok rated 5 star resort, tapi aku rasa tak sampai kot penarafan mereka berbanding Tg Jara Resort, E and O dan banyak lagi yang aku pernah pergi dan menginap . Aku rasa 4 star ok kot. Apabila depa rated 5 star, maka bayaran penginapannya juga tentulah tinggi . Senang cite, kira overrated Avillion ni.

Maka bagi penginap yang punya expectation yang tinggi setaraf dengan penarafan mereka 5 star resort, pasti agak sedikit kecewa .

Pernah aku menginap di Lexus PD yang sekarang dah tukar nama The Grand Lexis kat PD ni juga, rasanya di sana semuanya lebih baik dan menenangkan dari di sini . Mungkin Avillion ni dah lama menyebabkan kelengkapan dalam bilik penginapan mereka juga kelihatan usang sedikit.

Aku kutip sikit komen yang diutarakan oleh pengunjung yang pernah berkunjung ke sini dari laman trip Advisor yang terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah laman sesawang yang boleh dijadikan rujukan . Ada komen yang membina dan ada yang sebaliknya .

Kebanyakan mereka mengutarakan tentang keusangan kepada perabot dan peralatan yang terdapat dalam bilik penginapan dan aku akui memang ya. Ada lantai pejalan kaki yang telah reput dan usang yang agak membahayakan . Aku sendiri memula bukak pintu ke beranda dan baru selangkah memijak kayu tu, melandut dan berbunyi menandakan kayu tersebut telah reput dan sepatutnya pihak "maintenance" mereka melakukan kerja2 pembaikan sebelum apa2 hal berlaku .Pengabisnya aku tak keluar langsung lepak2 kat beranda tu. Ingat memula nak 'sun bathing" hahahahaha

Banyak "bad review"  dari "good review" di Trip advisor berkaitan Avillion ni dan aku tak salahkan mereka kerana pasti jika semalam mereka mengeluarkan bermula RM 700++  untuk penginapan, mereka juga pasti inginkan apa yang sepatutnya mereka dapatkan dari sejumlah wang yang mereka bayar. Kalau tak, baik tidur kat hotel Ah Kong je hahaha 

Nampak gaya pihak pengurusan Avillion ni kena ambik kisah akan review mereka ni dan cuba perbaiki dan pertingkatkan mana yang sepatutnya kerana kalau mereka ambil pendekatan "ada aku kisah" , aku takut Avillion hanya tinggal nama je suatu masa nanti seperti yang lain .

Alhamdulillah,
penginapan aku hanya semalam je, jadi aku buat tak kisah dan buat tak nampak je apa2 yang kurang dan kebiasaannya aku takkan "return" balik untuk menginap lagi di sini di masa2 akan datang . 

Kalau ok sevices, facilities dan lain-lain  serta setimpal dengan wang yang dikeluarkan, insyallah aku akan datang lagi . 

Apa-apa pun, 
Alhamdulillah.


REVIEW TERKINI DARI TRIPADVISOR
http://www.tripadvisor.com.my/Hotel_Review-g303991-d505424-Reviews-or10-Avillion_Port_Dickson-Port_Dickson_Negeri_Sembilan.html#REVIEWS

Lonelywolf
2 of 5 stars
“Poor service, dirty and lack of facilities.”
 
 
Kuala Lumpur, Malaysia
Senior Reviewer
3 of 5 stars Reviewed 1 week ago
We stayed at the water chalet for the weekend and was impressed with the hotel. The staffs were helpful, the room was clean and cosy. The shower had good pressure, the bed was comfortable and free breakfast was sufficient. The adult swimming pool was truly heavenly and serene without kids running around, screaming and in our way. Am glad the kids pool was a mile away from this pool too. Also tried Avi spa 90 minutes massage and had the ultimate treatment; customer service was pleasant, massage pressure was just right and the massage room and ambience was unforgetable. This is a must when in Avillion. Overall, it was a good stay and we don't mind visiting again.

We could be visiting weekly if the following were improved:
- there were Mosquitos in our room; the hotel should prepare repellant. We bought ours.
- f&b are slightly overpriced. It would be quite pricey for a family meal.
- finally, the walkway to the water chalet could be better lit.
- car park could used some shades
- rooms upgrade needed as the furniture looks tired and worn.
 


Singapore, Singapore
3 of 5 stars Reviewed 3 weeks ago
The resort is beautiful and has nice unusual touches like a petting farm, with peacocks, pen-hens and roosters roaming around; reflexology path; spice garden

We stayed at the water chalet which had a nice rain shower, nice firm 4 poster bed, and cosy day bed facing the sea. Unfortunately, the Aircon and toilet flush was not working, but the maintainence crew was quick to fix it.

Breakfast buffet was ok in quality and variety , but again had nice touches like made to order roti canai; DIY roti Bakar - which is not commonly seen.

Had lunch and dinner at the Crows Nest - Asian food like the chicken rice and nasi goreng were really good, but western food was so so. Portions were generous . Price was 30-60 ringgit - kinda of pricey but expected in a resort .

The resort shows it's age - board walk planks are loose, water sports equipment not well maintained. Service is friendly, but laid back and not really polished .

If you come with the right expectations - I.e shouldn't complain of insects in tropical weather; Shangri-la level service in small town like PD - you'll have a good time.
Stayed May 2014

 

Singapore, Singapore

3 of 5 stars Reviewed 1 week ago NEW
The only two things I like about Avillion is the location and the spacious bed and day bed in the room.

For the price I paid, I have expected better standard of service and amenities in the room. When I checked in, the fridge in the room was hot. Even when I asked the service hotline, I was told that only the chiller is working. But after 4 hours, the fridge was still hot. Only when I asked the maintenance staff to help me with my TV that i was unable to turn on, I was told that the fridge needs air circulation to be cold. As such, I need to open the door of the cupboard to allow air to circulate. Why Avillion cannot take away the cupboard door or leave a note to tell its' guest to do so?


Kuala Lumpur, Malaysia
Reviewer
3 reviews 3 reviews
3 of 5 stars Reviewed 1 week ago
- staff very friendly and very efficient
- pool and petting zoo are superb for the kids - but too little time for the kids to enjoy at the petting zoo
- staff took courtesy to call us back for any of our request to check whether we hv received our requested services / item
- hotel old and rundown, mini bar not cool enough
- chalet quite small for family of 5
- food choices are the same for breakfast buffet for 2 consecutive days
- car park far from hotel and across a busy road - should consider to have valet service
- the worst of all, is that we have to wait until 7pm to get towels for our room on our first nite here


Kuwait City, Kuwait
Senior Reviewer
1 of 5 stars Reviewed 1 week ago
 the place could be better if they have better management and more honest description on the web site so our expectation will be lower and not to get shocked on checked in


1 review
2 helpful votes 2 helpful votes
1 of 5 stars Reviewed 1 week ago
This is very lousy resort that I have been. The facilities in the room can't function, air conditioning and minibar are not cool, the television is no sound. This resort really very bad it not worth for me to pay high price to come here
Stayed June 2014, travelled as a couple
 


Kuala Lumpur, Malaysia

2 of 5 stars Reviewed 14 May 2014
I'm travelling with 2 young kids (3 and 2 years old).There was no valet and no parking on site. Parking at the opposite site of hotel is a inconvenience and dangerous - there was no safe pedestrian crossing (other than a zebra crossing and in this country in means nothing) and most cars were speeding down that road.

I have to wait for 45 minutes to check in, room booked was not available however we were upgraded to a water chalet room. When we got to room, there were no hand nor face towels provided.

Attended a wedding dinner there, by the beach - buffet style - nice set up. A lot of mosquito. I got sick almost immediately eating the food, probably it was left out too long.

After we went to dinner at the Crow's Nest. I ordered the Crispy Noodle with superior gravy, It came extremely salty, I sent the food back. The dish came back again and it was still salty. How disappointing - you staff say this is the chefs recipe, I find his respond rude. I still ate it cos I was hungry.

We went back to room later that evening. I found that the bed sheet under the duvet was full of sand. I did not call house keeping to change cos both my kids were already asleep.

Checking out was another experience, had to wait a long time.

Jumaat, Jun 13, 2014

THE REGENCY JERAI HILL RESORT

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Bukak website dia nak booking , tak ada kosong pada tarikh yang aku kehendaki. Aku nekad call je terus ke sana.Last minute booking. Bilik semua dah liaw.Ada group pakej yang buat seminar kat situ. Yang tinggal hanya 2 bilik je jenis executive. Chalet dah takda . Alhamdulillah, ada juga. Kalau tak, tidur dalam khemah le gamaknya hehehe

Boleh tahan , just nice biliknya . Mereka taraf 4 star, aku hanya kasi 3 1/2 star je . Tak mahal , RM 290.00 nett termasuk breakfast . Bilik kat sini mcm kat Cameron , takda aircond. Yang ada kipas je kerana suasana kat atas Gunung Jerai ni yang dalam 1000 kaki dari aras laut agak nyaman juga walaupun tak sesejuk mana.



Dulu katanya merupakan "Rumah Rehat Kerajaan" , kini masih lagi kepunyaan kerajaan , tapi   "managed by The Regency".

Bukak makanan yang tapau tadi dan kami makan kat balkoni . Cuma permandangan ke bawah agak terbatas pasal awan dan kabus tebal . Kalau tak, pasti lebih cun.

Lepas makan , apa lagi. Boboklah hingga kat asar jugak. Melepaskan lelah pasal penat memandu . Umur semakin meningkat menyebabkan letih bila lama memandu . Petang lepas asar, aku dok ronda keliling resort ni sambil ambil foto kawasan persekitarannya.


blok bilik executive


 kawasan chalet dan spa

Lepas tu aku dok sarung tracksuit dan jogging naik-turun-naik lebih 45 minit jugak . Turun laju je, bab naik yang semput .

Malam menjelma, kami dok dinner kat restoran mereka lepas magrib . Ramai jugak orang pasal ada group pakej yang buat seminar kat situ. Tu yang bilik penuh. Tak tunggu lama lepas dinner pasal malam tu ada live kat TV1 , JDT lawan Selangor Liga Super. Aku jadikan bilik dah macam stadium Larkin pasal JDT menang malam tu 1-0 .
ada 2-3 biji van sapu dok angkut penumpang yang nak naik
 
dari balkoni

Sepatutnya, kami dok tengok kat Stadium Shah Alam malam tu, tapi kerana nak daftar anak aku pagi ahad tu , maka kena kansel . Malam tu "full house" Stadium Shah Alam untuk kali pertamanya musim ini.Lena tidur malam tu walau takda aircond pasal nyaman cuacanya .

Lepas breakfast, kami terus check out dan mula menuruni Gunung Jerai. Kena berhati2 pasal gunung jerai ni kira tempat favourite bagi pencinta "mountain bike" . Banyak basikal sedang mendaki Gunung Jerai ni. Tengok muka mereka berkerut mengayuh, aku dapat rasakan betapa peritnya nak sampai atas puncak yang katanya makan masa 2-3 jam juga mengayuh.


dari balkoni 

 senja nan berlabuh
Melalui pekan Gurun lalu melintasi pula sempadan Pendang kerana kolej matrikulasi tu dalam daerah Pendang. Tak jauh mana pun . Kelihatan suasana kat KMTK begitu sibuk sekali. Alhamdulillah, urusan pendaftaran telah dilakukan secara online. Jadi kat sini cuma perlu tunjukkan dokumen sahaja dan  mengambil kunci bilik sahaja.

Jam 11.00 pagi, taklimat di dewan besar bersama dengan waris dan ibubapa bermula . Hampir pukul 1.00 tgh dah selesai kerana pihak KMTK tahu yang kebanyakkan waris dan ibubapa ni banyak yang dari jauh. Dari Johor je, hampir 35 orang pelajar, 85 dari Selangor manakala selebihnya dari kawasan utara.







Untuk program ini, pelajar diberikan wang saku sebanyak RM1250 satu semester oleh pihak Kementerian Pendidikan . Penginapan percuma disediakan, cuma makan je kena bayar sendiri kat cafeteria yang terdapat dalam KMTK. Pengajiannya cuma 2 semester sahaja sebelum pelajar yang berjaya akan melanjutkan pelajaran ke IPTA atau pun ke universiti luar negara.

Siap semua urusan , kami keluar semula ke Pekan Gurun . Cari 2-3 barang yang belum dibeli dan makan tengahari kat Gerai Kak Chaq. Lepas zohor, teruskan perjalanan pulang ke KL semula yang akan memakan masa 4 jam lebih jugak. Cuaca tengahari tu panas sungguh. Memang dapat aku rasakan yang suhu kat negeri bahagian utara ni memang "hangat" sungguh. Tengok tempreture kat dashboard kereta, alamak , 37 darjah celcius kat luar.

Perjalanan lancar hinggalah menghampiri Terowong Menora. Biasalah kat situ. Kalau berlaku kemalangan, tu yang mau 3-4 jam tersadai kat situ kerana jalannya mendaki bukit dan menuruni bukit menyebabkan kenderaan berat yang besar terpaksa berhati-hati.

Semalam di KL sebelum teruskan lagi perjalanan hingga ke HC .




Kini kami tinggal berdua balik ditemani dengan 3 ekor mahkluk kami Teddy, Penny dan Molly. Lepas SPM hari tu , hampir 6 bulan jugak son of gun kami lepak kat rumah makan tidur . Kini masanya untuk berhempas pulas menghadapi pelajaran telah bermula kerana setahun bukannya lama sangat sebelum ia menentukan hala tujunya nanti untuk melanjutkan pelajaran ke mana pula.

Alah bisa tegal biasa, kerana dah bertahun2 jugak kami memang tinggal berdua je kerana anak-anak belajar kat asrama sebelum tu.

Anak sikit ke, anak ramai kje,
esok lusa , mereka tetap akan meninggalkan kita bila membawa haluan memasing.

Semoga haluan mereka sentiasa dalam kerahmatan dan perlindungan Allah S.W.T. dan berjaya dunia dan akhirat.

Insyallah. 
Kolej Matrikulasi Teknikal KPM

Ahad, Jun 08, 2014

JOURNEY 1600 KM ++ IN TWO DAYS

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

JUNGLE-HC-MUAR 
280km++
3 jam++

Ziarah pusara kedua ibubapa di Muar lantas pekena satay babat kat pekan Muar. Puas kami bertiga menyantap satay babat lawan nasi impit . 

"Dik , kira " 

RM 54.00 semua sekali. Kalian kiralah sendiri berapa banyak satay menjadi habuan kami . RM 0.60 secucuk dengan 3 pinggan nasi impit. Kira sessi balas dendam ku terlaksana pasal lama tak pekena satay babat.Aku tak matikan enjin motor pasal ada 3 ekor mahluk belaan aku dalam kereta tu. Syukur, dapat parking depan kedai satay tu.

Kalau dulu masa bonda masih ada, pepagi aku dah pi beli dan bungkus bawak balik pasal bonda suka makan satay babat ni. Kini semua tinggal kenangan.





MUAR - KL
184KM++
2 jam 12 minit

Kira dah tak jauh sangat dalam  2 jam ++ je dah sampai . Cuma risau takut jammed bila keluar MRR2 . Tiga2 ekor kucing ikut sama . Oleh itu ada 2 sangkar . Penny dan Teddy satu sangkar manakala Molly satu sangkar lain kami angkut sekali.Jadi mereka akan tinggal sehari dua di KL bila kami ke utara nanti.




KL - TAPAH
150 KM++
1 jam 37 minit

Pagi lepas subuh , bertolak ke utara.Ikut Highway DUKE senang sikit sebelum memasuki E1 Lebuh Raya Utara Selatan. Niat hati nak singgah sarap kat R and R Sg Buluh terpaksa ditunda kerana penuh pagi tu dan takda parking. 

Jadi teruskan perjalanan hingga bertemu R and R Tapah yang buat pertama kalinya aku singgah di situ. Pekena Capuchino dan Pasembor kat Cafe Pak Tam.Alhamdulillah, sempat Dhuha kat sana .




TAPAH-GURUN 
142 KM ++
1 jam 30 minit

Teruskan kayuhan melepasi Ipoh , Terowong Menora hingga melepasi Tol Juru . Ini first time aku melepasi Tol Juru ke Utara. Dedulu pernah ke Utara, tapi masa tu tak siap lagi highway ni . Terus keluar ke Tol Gurun. 

Beberapa hari sebelum tu, 4 biji tayar bajak aku dah ganti. Kalau tak ke utara, masih boleh pakai lagi tayar tu dalam jangkaan 1000 km lagi. Tapi jarak perjalanan ke utara pergi balik hampir 1600 km++, maka kenalah tukar. 1.7 k juga utk 4 bijik tayar bajak tu. Senang bawak bajak tu pasal nak naik Gunung Jerai nanti.Bajak kan tinggi, tak risau bonggol dan jalan yang tak berapa baik nanti.



GURUN-GUNUNG JERAI
18 KM++
30-50 minit
Kami akan bermalam di The Regency Gunung Jerai . Sebelum tu sempat beli nasi bungkus dan lauk kat Warung Kak Chaq lepas Petronas Gurun yang memang terkenal dengan Ikan Keli Grill dan gulai kawah pisang yang pernah keluar kat surat khabar.

Aku berani rekomen, memang mabeles ikan keli grill dia , nak-nak yang letak kuah percik tu. Dia grill pakai arang dan kipas pakai tangan macam orang kipas satay tu.

Sampai kaki Gunung Jerai ,lagi  12 km nak sampai puncak yang akan masa lebih kurang 30-45 minit jugak kerana jalannya mencanak ke atas dan banyak selekoh yang terlalu tajam hingga kita perlu bunyikan hon bila tiba di situ. Naik tak boleh laju, dalam 20-30 km sejam je kerana faktor jalan .

Pukul 1.00 tgh dah sampai puncak. Tapi bilik tak siap kemas lagi. Kena tunggulah jawabnya.

Ditakdirkan anak aku akan menyambung pelajaran setahun untuk program matrikulasi dalam bidang mekanikal engenering di kolej matrikulasi KPM yang tak jauh dari Gunung Jerai ni, maka sampailah kami ke sini. Kalau tak, mungkin tak jejak kaki di bumi sini pasal jauh woooooooooo hehehe