بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Bukak website dia nak booking , tak ada kosong pada tarikh yang aku kehendaki. Aku nekad call je terus ke sana.Last minute booking. Bilik semua dah liaw.Ada group pakej yang buat seminar kat situ. Yang tinggal hanya 2 bilik je jenis executive. Chalet dah takda . Alhamdulillah, ada juga. Kalau tak, tidur dalam khemah le gamaknya hehehe
Boleh tahan , just nice biliknya . Mereka taraf 4 star, aku hanya kasi 3 1/2 star je . Tak mahal , RM 290.00 nett termasuk breakfast . Bilik kat sini mcm kat Cameron , takda aircond. Yang ada kipas je kerana suasana kat atas Gunung Jerai ni yang dalam 1000 kaki dari aras laut agak nyaman juga walaupun tak sesejuk mana.
Dulu katanya merupakan "Rumah Rehat Kerajaan" , kini masih lagi kepunyaan kerajaan , tapi "managed by The Regency".
Bukak makanan yang tapau tadi dan kami makan kat balkoni . Cuma permandangan ke bawah agak terbatas pasal awan dan kabus tebal . Kalau tak, pasti lebih cun.
Lepas makan , apa lagi. Boboklah hingga kat asar jugak. Melepaskan lelah pasal penat memandu . Umur semakin meningkat menyebabkan letih bila lama memandu . Petang lepas asar, aku dok ronda keliling resort ni sambil ambil foto kawasan persekitarannya.
kawasan chalet dan spa
Malam menjelma, kami dok dinner kat restoran mereka lepas magrib . Ramai jugak orang pasal ada group pakej yang buat seminar kat situ. Tu yang bilik penuh. Tak tunggu lama lepas dinner pasal malam tu ada live kat TV1 , JDT lawan Selangor Liga Super. Aku jadikan bilik dah macam stadium Larkin pasal JDT menang malam tu 1-0 .
Sepatutnya, kami dok tengok kat Stadium Shah Alam malam tu, tapi kerana nak daftar anak aku pagi ahad tu , maka kena kansel . Malam tu "full house" Stadium Shah Alam untuk kali pertamanya musim ini.Lena tidur malam tu walau takda aircond pasal nyaman cuacanya .
Lepas breakfast, kami terus check out dan mula menuruni Gunung Jerai. Kena berhati2 pasal gunung jerai ni kira tempat favourite bagi pencinta "mountain bike" . Banyak basikal sedang mendaki Gunung Jerai ni. Tengok muka mereka berkerut mengayuh, aku dapat rasakan betapa peritnya nak sampai atas puncak yang katanya makan masa 2-3 jam juga mengayuh.
senja nan berlabuh
Melalui pekan Gurun lalu melintasi pula sempadan Pendang kerana kolej matrikulasi tu dalam daerah Pendang. Tak jauh mana pun . Kelihatan suasana kat KMTK begitu sibuk sekali. Alhamdulillah, urusan pendaftaran telah dilakukan secara online. Jadi kat sini cuma perlu tunjukkan dokumen sahaja dan mengambil kunci bilik sahaja.
Jam 11.00 pagi, taklimat di dewan besar bersama dengan waris dan ibubapa bermula . Hampir pukul 1.00 tgh dah selesai kerana pihak KMTK tahu yang kebanyakkan waris dan ibubapa ni banyak yang dari jauh. Dari Johor je, hampir 35 orang pelajar, 85 dari Selangor manakala selebihnya dari kawasan utara.
Untuk program ini, pelajar diberikan wang saku sebanyak RM1250 satu semester oleh pihak Kementerian Pendidikan . Penginapan percuma disediakan, cuma makan je kena bayar sendiri kat cafeteria yang terdapat dalam KMTK. Pengajiannya cuma 2 semester sahaja sebelum pelajar yang berjaya akan melanjutkan pelajaran ke IPTA atau pun ke universiti luar negara.
Siap semua urusan , kami keluar semula ke Pekan Gurun . Cari 2-3 barang yang belum dibeli dan makan tengahari kat Gerai Kak Chaq. Lepas zohor, teruskan perjalanan pulang ke KL semula yang akan memakan masa 4 jam lebih jugak. Cuaca tengahari tu panas sungguh. Memang dapat aku rasakan yang suhu kat negeri bahagian utara ni memang "hangat" sungguh. Tengok tempreture kat dashboard kereta, alamak , 37 darjah celcius kat luar.
Perjalanan lancar hinggalah menghampiri Terowong Menora. Biasalah kat situ. Kalau berlaku kemalangan, tu yang mau 3-4 jam tersadai kat situ kerana jalannya mendaki bukit dan menuruni bukit menyebabkan kenderaan berat yang besar terpaksa berhati-hati.
Kini kami tinggal berdua balik ditemani dengan 3 ekor mahkluk kami Teddy, Penny dan Molly. Lepas SPM hari tu , hampir 6 bulan jugak son of gun kami lepak kat rumah makan tidur . Kini masanya untuk berhempas pulas menghadapi pelajaran telah bermula kerana setahun bukannya lama sangat sebelum ia menentukan hala tujunya nanti untuk melanjutkan pelajaran ke mana pula.
Alah bisa tegal biasa, kerana dah bertahun2 jugak kami memang tinggal berdua je kerana anak-anak belajar kat asrama sebelum tu.
Anak sikit ke, anak ramai kje,
esok lusa , mereka tetap akan meninggalkan kita bila membawa haluan memasing.
Semoga haluan mereka sentiasa dalam kerahmatan dan perlindungan Allah S.W.T. dan berjaya dunia dan akhirat.
Assalam bapak n mak itam. Sht ke?
BalasPadamNampak selesa tempat ni
Waalaikumsalam Beb
PadamAlhamdulillah,
Mak Itam kau sihat , bapak itam kau je ni baru 99% recovery dari backpain hehehe
wah...not bad lah hotel ni....
BalasPadamBoleh tahan juga dan setimpal dengan bayaran RM290.00 nett semalam plus breakfast
PadamSalam Bapak... CAntik sangat view kat sini.... suka saya tengok... sayu plak saya baca statement dkt2 nk akhir bapak pasal anak2 tu..
BalasPadamWaalaikumsalam
PadamView kat sini mmg mendamaikan, atas gunung la katakan hehehe
mmg itulah hakikatnya , semua yang berkeluarga pasti akan merasainya .
lumrah kehidupan .