WARGA SCP

Ahad, Jun 08, 2014

JOURNEY 1600 KM ++ IN TWO DAYS

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

JUNGLE-HC-MUAR 
280km++
3 jam++

Ziarah pusara kedua ibubapa di Muar lantas pekena satay babat kat pekan Muar. Puas kami bertiga menyantap satay babat lawan nasi impit . 

"Dik , kira " 

RM 54.00 semua sekali. Kalian kiralah sendiri berapa banyak satay menjadi habuan kami . RM 0.60 secucuk dengan 3 pinggan nasi impit. Kira sessi balas dendam ku terlaksana pasal lama tak pekena satay babat.Aku tak matikan enjin motor pasal ada 3 ekor mahluk belaan aku dalam kereta tu. Syukur, dapat parking depan kedai satay tu.

Kalau dulu masa bonda masih ada, pepagi aku dah pi beli dan bungkus bawak balik pasal bonda suka makan satay babat ni. Kini semua tinggal kenangan.





MUAR - KL
184KM++
2 jam 12 minit

Kira dah tak jauh sangat dalam  2 jam ++ je dah sampai . Cuma risau takut jammed bila keluar MRR2 . Tiga2 ekor kucing ikut sama . Oleh itu ada 2 sangkar . Penny dan Teddy satu sangkar manakala Molly satu sangkar lain kami angkut sekali.Jadi mereka akan tinggal sehari dua di KL bila kami ke utara nanti.




KL - TAPAH
150 KM++
1 jam 37 minit

Pagi lepas subuh , bertolak ke utara.Ikut Highway DUKE senang sikit sebelum memasuki E1 Lebuh Raya Utara Selatan. Niat hati nak singgah sarap kat R and R Sg Buluh terpaksa ditunda kerana penuh pagi tu dan takda parking. 

Jadi teruskan perjalanan hingga bertemu R and R Tapah yang buat pertama kalinya aku singgah di situ. Pekena Capuchino dan Pasembor kat Cafe Pak Tam.Alhamdulillah, sempat Dhuha kat sana .




TAPAH-GURUN 
142 KM ++
1 jam 30 minit

Teruskan kayuhan melepasi Ipoh , Terowong Menora hingga melepasi Tol Juru . Ini first time aku melepasi Tol Juru ke Utara. Dedulu pernah ke Utara, tapi masa tu tak siap lagi highway ni . Terus keluar ke Tol Gurun. 

Beberapa hari sebelum tu, 4 biji tayar bajak aku dah ganti. Kalau tak ke utara, masih boleh pakai lagi tayar tu dalam jangkaan 1000 km lagi. Tapi jarak perjalanan ke utara pergi balik hampir 1600 km++, maka kenalah tukar. 1.7 k juga utk 4 bijik tayar bajak tu. Senang bawak bajak tu pasal nak naik Gunung Jerai nanti.Bajak kan tinggi, tak risau bonggol dan jalan yang tak berapa baik nanti.



GURUN-GUNUNG JERAI
18 KM++
30-50 minit
Kami akan bermalam di The Regency Gunung Jerai . Sebelum tu sempat beli nasi bungkus dan lauk kat Warung Kak Chaq lepas Petronas Gurun yang memang terkenal dengan Ikan Keli Grill dan gulai kawah pisang yang pernah keluar kat surat khabar.

Aku berani rekomen, memang mabeles ikan keli grill dia , nak-nak yang letak kuah percik tu. Dia grill pakai arang dan kipas pakai tangan macam orang kipas satay tu.

Sampai kaki Gunung Jerai ,lagi  12 km nak sampai puncak yang akan masa lebih kurang 30-45 minit jugak kerana jalannya mencanak ke atas dan banyak selekoh yang terlalu tajam hingga kita perlu bunyikan hon bila tiba di situ. Naik tak boleh laju, dalam 20-30 km sejam je kerana faktor jalan .

Pukul 1.00 tgh dah sampai puncak. Tapi bilik tak siap kemas lagi. Kena tunggulah jawabnya.

Ditakdirkan anak aku akan menyambung pelajaran setahun untuk program matrikulasi dalam bidang mekanikal engenering di kolej matrikulasi KPM yang tak jauh dari Gunung Jerai ni, maka sampailah kami ke sini. Kalau tak, mungkin tak jejak kaki di bumi sini pasal jauh woooooooooo hehehe



6 ulasan:

  1. Saya pon tak pernah sampai lagi ke gunung jerai tu walaupun bertahun duduk kat situ. Rasanya resort tu baru dibaik pulih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uncle

      rasanya kot , dulu kerajaan negeri yang managed , sekarang dah diswastakan.

      Padam
  2. Salam bapak. Dah lama saya tak naik "gunun chirai" ni, hehe. Rindu pulak nak naik lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      lama tak dgr cite ciku hehehe
      Alhamdulillah, krn htr anak, sampailah kami ke sana

      Padam
  3. tak pernah sampai gunung jerai walaupun kg suami kat kedah hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kausar

      kami sampai psl hantar anak kat area situ, kalau tak, tahun nooooon pun tak sampai hehehe

      Padam