بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
6.35 pagi , aku hanya dapat barisan di sini
Lama aku tak menulis tentang perkembangan Rimau Selatan ku walaupun aku tak pernah miss setiap pertarungannya dari dulu . Alhamdulillah,selepas Rimau Selatan ku berjaya mengharungi perjalanan yang penuh ranjau dan duri , akhirnya selepas berjaya dinobatkan sebagai Juara Liga Super, kali ini kejuaraan "double" menanti selepas berjaya ke final Oppo Piala Malaysia hujung minggu ni nanti di Bukit Jalil .
Sabtu lepas , lepas subuh aku terus memecut macam biasa ke pasar tani di perkarangan stadium Larkin untuk cari lauk. Mak Itam berpasar tani manakala aku terus masuk barisan yang punyalah panjang berjela . Hanya untuk mendapatkan 2 keping tiket untuk second leg semi final yang akan menentang FELDA .
9.00 pagi kaunter tiket dibuka. Apa yang dikesalkan , hanya beberapa anggota keselamatan sahaja yang bertugas pagi itu sedangkan jumlah peminat yang ingin mendapat tiket dalam beribu orang . Ada yang sopan dan beratur ikut barisan manakala macam biasa kalangan pemuda yang dah lah datang lambat terus meluru menuruni bukit terus menuju ke kaunter menyebabkan keadaan tak terkawal .
Aku terus sabar beratur hinggalah jam 10.15 pagi bebetul aku dah depan kaunter, kaunter tiket telah ditutup atas alasan semua tiket telah dijual.Memang tak masuk akal langsung. 25 000 tiket takkan terjual dalam masa sejam lebih sikit je sedangkan setiap peminat hanya dibenarkan membeli 3 keping tiket seorang. Tak dapat dinafikan bahawa banyak tiket telah "mengalir ke ulat2 tiket " sebelum penjualan rasmi bermula .
Ini dibuktikan kerana ramai peminat yang tak dapat tiket telah ditawarkan dan membeli tikety ang harga asalnya RM10.00 melonjak ke RM 40.00 untuk tiket terbuka dan RM 30.00 untuk grandstand melonjak ke RM 100.00 . Itulah masalah kat negara kita ni tak kira apa . Semua orang ingin mengaut keuntungan tanpa pikir dosa pahala.
Aku beredar kehampaan namun janji Allah itu pasti benar . Aku semalamnya ada memohon doa agar Allah permudahkan dan perkenankan hajat aku untuk dapatkan tiket kerana aku tahu betapa sukarnya untuk dapatkan tiket terutamanya diperingkat separuh akhir ni..Bagaimana caranya, Allah je yang tahu. Terus menuju ke Mak Itam yang tadi lepas beli ikan dan sayur untuk bekalan seminggu kami yang setia menanti diperkarangan Gym depan Stadium Larkin.
"Jom Balik, tiket dah dapat" , katanya.
Heran jugak aku , beratur berhimpit sesak habis basah peluh baju seluar dah macam seumpama suasana nak cium Hajarul Aswad , tak dapat tiket, Mak Itam yang duduk nunggu aku sambil baca novel yang dapat tiket macam tu je.
Kan aku dah kata, kita usaha je, semua urusan dalam dunia ni sebenarnya tak pernah terlepas walau sebesar zarah pun dari apa yang Allah telah tetapkan.
Penjaga Gym tu ada beberapa keping tiket yang dikirim oleh rakannya . Tetiba mereka tak jadi datang lalu dia offer kat Mak Itam dengan hanya harga asal je RM 10.00 sekeping .Pucuk dicipta ,ulam mendatang.
Terubat segala kepenatan hampir 4 jam lebih beratur tadi . Terima kasih Allah.
Bab tiket dah settel, bab nak pegi petang nanti akan menyusul kemudian. 3.00 ptg terus ke Larkin. elok je sampai, azan Asar berkumandang. Stadium Larkin dalam proses renovasi . Kena pandai2 cari tempat nak solat pasal tempat solat di Zon C tu dah diruntuhkan . Harap sangat nanti, kemudahan dan keselesaan untuk solat tak terlepas pandang dalam projek renovasi tersebut .
5.00 ptg, pintu stadium Zon C dibuka. Meluru semua kerana kalau lambat , tak dapat tempat duduk best untuk menonton. Sapa masuk pukul 6 ptg tu, maka memang dah takde tempat kosong lagi dah . Maka berdirilah jawabnya atau duduk kat tangga.
B.O.S yang menjadi teras atau tunjang utama di luar padang malam tu sungguh menghiburkan. Lagu Selamat Pengantin Baru serta Zapin Pukullah Tabur Pukul Rebana menjadikan Larkin malam tu dah macam suasana majlis kenduri kawin. Lagu khas ditujukan buat TMJ yang baru menikah . Itulah keseronokkan berada sendiri di padang yang takde jika menonton di TV.
Masa yang dinanti akhirkan bermula. Debaran mula terasa . Larkin bergema dengan sorakan serta chant oleh B.O.S.
Rimau ku akan bertarung dgn The Fighters sebentar lagi untuk melayakkan kaki ke final disamping mengekalkan Larkin yang dikenali sebagai gelanggang keramat kerana tak pernah team lain menang di sini sejak dari tahun 2013 lagi.
GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
Luciono Gabriel "Lucho" Figueroa Herrera menjadikan Larkin bergema apabila menjaring gol .Namun gol Felda selepas tu menjadikan perlawanan semakin mendebarkan , lebih2 lagi suhu atas padang yang agak "panas" kerana beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan serta ketidaktegasannya menyebabkan beberapa insiden tak diingini terlepas pandang.
Separuh masa kedua bermula. Rimau ku meningkatkan lagi tempo permainan dan menyerang habis-habisan. Jolokan dari Diaz berjaya disempurnakan sekali lagi oleh Lucho menyebabkan ketika itu pesta di Larkin semakin hangat dan akhirnya gol oleh Amri Yahya terus menutup untuk FELDA bangkit kembali .
Namun sekali lagi di saat2 akhir permainan, rentetan pengadil sebelum itu yang gagal mengawal perlawanan dengan baik dengan beberapa keputusan yang boleh dipersoalkan menyebabkan 2 pemain dibuang padang. Entahlah, bilalah masalah ketidakcekapan pengadil mengadili perlawanan di Tanah Melayu ni nak berakhir.
Tiupan wisel penamat disambut dengan kegembiraan seluruh penyokong Rimau Selatan dan akhirnya setelah penantian 23 tahun untuk bermain di final Piala Malaysia tercapai sudah. Selangkah sahaja lagi untuk merealisasikan impian bergelar Juara OPPO Piala Malaysia.

Adakah aku akan berada di Bukit Jalil nanti . Aku tak pasti lagi kerana agak sukar kali ini untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir kerana banyak tiket katanya dah disakau dek kaum yang berkepentingan dan berjawatan serta politician sedangkan penyokong setia yang menyokong tatkala kalah atau menang akan terpinggir begitu sahaja .
Tengoklah ,macam mana nanti.
Allah yang akan menentukan.
Saya juga menonton perlawanan yang sama tetapi hanyalah didepan tv dirumah. Begitu juga dengan perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada hari Sabtu nanti. Tak larat rasanya nak bersesak-sesak di LRT dan juga Stadium!
BalasPadamNext year 2015 tak perlu beratur2 lagi nak cari tiket,
Padamalhamdulillah, saya dah beli season pass utk setahun hehehe