WARGA SCP

Isnin, Disember 01, 2014

OUR JOURNEY TO BIG FIELD

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Hujung November minggu lepas , aku berada kat Utara Tanah Melayu. Kami dok hantar son of gun kat Kolej Matrikulasi Gurun untuk semester akhirnya . Dah alang2 ke utara, staylah kat area Kepala Batas , Alor Star. Niat hati nak stay kat Penang, tapi asyik Penang je pun boring jugak. Jadi TH Hotel and Convention Centre yang merupakan hotel yang baru beroperasi tahun ni jadi pilihan.

Aku memang tak pernah sampai ke Big Field ni. Jadi lepas sarap kat hotel, start moto roda tiga aku dan redah je pi Big Field ikut highway Plus menghala ke Bukit Kayu Hitam dan belok kiri ikut signboard . Tak salah aku Jalan Changlun - Kuala Perlis.


Jalan ke Big Field ni ada dua semada ikut Kangar pun boleh. Tapi aku ikut signboard menghala Chuping tak salah aku . Main redah je. Tapi lepas sikit tak salah aku  entah kolej apa ke benda namanya , aku nampak ada air sikit dok melimpah atas jalan. Terpaksa singsing kaki seluar takut basah. Motor basah takde hal punya. Sebenarnya masa aku ke sana minggu sudah, sesetengah tempat kat Kedah dan Perlis banjir . 

Redah je pelan2 . Kalau air melimpah tinggi, aku kansel je ke Big Field. 

Memandu ke Big Field , aku dapati satu panorama yang indah sebenarnya dengan kepulan awannya yang unik dan jalan yang lurus. Aku suruh mak itam ambik gambarnya pakai hp cabuk aku je. DSLR aku memang tak bawak kali ni.






Pulas minyak moto pelan2 sambil menikmati permandangan yang indah . Aku pun tak pasti berapa jauh jalan tu. Sesadar aku dah sampai sempadan je . Pasport tak bawak , kalau bawak , pasti kami  menyeberang ke Siam merempit ke  Sadoa atau Songkla.

Big Field a.k.a Padang Besar memang sentiasa menjadi kunjungan bas2 rombong . Menjadi tumpuan adalah deretan kedai di arked . Kami takda tujuan spesifik ke sini. Just sekadar nak jejakkan kaki ke sini pasal memang tak pernah sampai lagi ke sini.

Parking moto kat tepi tiang lampu, lalu menikmati suasana perniagaan di sana. Jalan punya jalan, nampak pulak kedai jual Toto a.k.a Narita. Mak Itam pilah sambar dua . Satu RM 41.00

Kira murah sangat pada aku pasal  kalau dah sampai ke Selatan Tanah Air, depa jual mau dekat seratus lebih jugak.Kemudian jumpalah cashewnut tu yang depa jual sebungkus 18.00 je. 

OK, hajat nak jejak kaki ke Big Field dah terlaksana. Menyusur jalan ke tempat moto aku parking tadi, nampak pulak kedai jual jersey . Sambarlah selai siap letak nama dan nombor kat belakang 35.00 selai buat kenang-kenangan. 

Next time kalau aku ke Big Field dan bawak pasport , aku rasa nak jugak nyeberang ke Siam . Tapi itu kira cerita lain kali lah.

Alhamdulillah.



4 ulasan:

  1. Menarik tu sekali sekala jalan sampai ke utara....executive hoesekeeper kat TH Alor Setar tu pernah bekerja dengan saya dulu....lain kali bagitahu awal kalau nak ke sana lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu yang sampai pi sempadan Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar psl tak pernah sampai area situ lagi hehehe

      orai uncle, insyallah next time kalau terbabas ke sana, saya bagitahu uncle

      Padam
  2. Kat Wang Klian toto cuma Rm35 saja...sambar dua juga... Pergi awal bulan Nov lalu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. murah tu, tapi bayak jenis kain dan size dia Mie, yang ni rega 41 kain cotton king size

      Padam