WARGA SCP

Isnin, Mei 25, 2015

LAMB MANDY BEST IN TOWN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Wussssssssss,
Lama betul tak update SCP. Allah dah tarik sikit masa dan nikmat untuk berblogging. Memang sekarang ni semenjak waktu noreh kat selatan tanah air ni berubah , aku masih tak dapat nak adjust lagi .

Tambahan pulak sekarang kena kuatkan lagi usaha menoreh seiring dengan cabaran kehidupan masa kini yang semuanya semakin mencabar . Tu yang tak sempat nak bercerita kat SCP sama seperti dulu walaupun banyak yang boleh dikongsikan bersama .

Insyallah, kalau mood aku dah stabil balik untuk terus membebel kat SCP, aku akan cuba update walaupun tak sekerap dulu dan nanti bolehlah aku cerita apa yang aku nak cerita sepanjang pertapaan aku menulis kat SCP selama ini.

Aku nak kongsi salah satu aktiviti yang aku paling suka sejak dulu lagi, iaitu MAKAN hehehe

Minggu sudah ada keja sikit kat area JB berkaitan penjualan hasil susu getah. Lepas dah settel semua , barulah aku pi cari makan. Ni kira lunch merangkap dinner kerana dah hampir pukul 5.30 petang dahhhhh.

Last sekali  aku jamah makanan adalah quaker oat yang bini aku sediakan lepas subuh sebelum gi noreh. Jadi bila lunch merangkap dinner, kena cover heavy sikit. Pilihan kami, Restaurant Wadi Hana ni yang berdekatan dengan Plaza Angsana kat Skudai. Kepala chef dari atas sampai bawah semua orang sana , cakap orang putih dgn bahasa melayu sesikit je tau, tapi pelayan budak melayu kita .

Best Arabic Menu in Town . Aku kerap juga ke sini . Tu sebab aku berani kasi 5 bintang. Pasti tak mengecewakan .Lebih power dari Hadramawt kat area jalan Ampang tu . Al Rawsa pun tak boleh lawan dia. Aku berani cakap pasal akukan kaki ranjau bab makan ni hehehe.

Pilihan kami Lamb Mandy serta Arabic Tea . Dia punya lamb banyak serta punyalah lembut serta juicy , Allah saja yang tahu . Aku tak bohong , nikmat dunia rasanya.

Lawan pulak dengan soup dia serta entah apa aku nak sebut sos dia 

Penutup kami dengan UMM ALI. apa benda ni , gogellah sendiri. Tapi sapa dah rasa Umm ALI ni, pasti nak lagi hahaha

Ok guys,
see u again , Insyallah
ـــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم السلام عليكم ALHAMDULILLAH

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم السلام عليكم ALHAMDULILLAH

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم السلام عليكم ALHAMDULILLAH

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Bapak,
    Pe sal la tak share skali pics mandhy kambing tu.. sure kebabomm tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ibu

      kalau dah sampai makanannya, tak ingat dah nk ambik gambo hahaha

      Jujur, memang sedap semua menu kat sini .

      Lamb dia banyak , juicy pulak tu serta lembut sangat

      Padam
  2. Umm Ali merupakan my favourite sewaktu di al safwah tetapi maneh melecaih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melecaih tu yang buat kita ketagih tu uncle hahaha

      kamis depan anak ajak bukak puasa kat situ pekena umm ali

      Padam
  3. Tak caya langsung...
    Gambo mana? Gambo mana? (*_*)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehehe

      setiap kali pi makan situ, saya fokus nak makan je sampai lupa nak ambik gambo hahaha

      Padam
  4. assalamualaikum pak itam...
    lamaaaa sungguh x ziarah blog...rindu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam kak nab

      kak nab apa khabar, malam ni lepas terawih saya ke Kuantan, tapi pi sana dalam TV jelah pasai malan ni kan ada lawan bola JDT vs Pahang hahaha

      Padam