WARGA SCP

Isnin, Oktober 26, 2015

USA 2015 PART 4 : PAK BERAHIM PUN NAK IKUT SAMA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Aku belum muktamadkan  lagi secara lengkap  mana kami nak singgah, mana kami nak bermalam nanti selama kami berada di sana nanti untuk minggu yang ke dua, ketiga dan seterusnya. Yang pasti minggu pertama nanti insyallah dah dalam perancangan yang kami akan meranjau dan meneroka kota Boston(Masachusetts) , Providence (Rhode Island) dan akan ke New York City (New York) rasanya . Tu pun rasanya dah makan hampir seminggu. 
 
2012 ranjau sebelak kiri
2015 ranjau sebelah kanan
belah tengah tak tahu bila
Insyallah

Tapi yang hampir aku muktamadkan adalah apa yang akan aku bawak sebagai bekalan makanan tambahan semasa di sana nanti. Kebanyakkan hotel di sana lengkap . Fully equipped kitchen atau separuh lengkap . Tapi takda lah aku nak minta bini aku masak asam pedas hahaha

Karang mana nak cekau kepala mayong dengan daun kesom kat amerika ni hahaha

Jadi beg keramat aku dah mula aku penuhkan sikit2 demi kelangsungan kami di sana nanti sebagai tambahan. Breakfast tak payah fikir kerana dah termasuk dalam penginapan , cuma kena pilih dan makan yang halal dan boleh jelah.

Beg Keramat

Tapi yang penting untuk bekalan santapan tengahari nanti dalam perjalananan dari sebuah state ke sebuah state nanti di sana. Pasti sebelum checkout hotel paginya, dah siapkan bekalan makanan dan tapau serta nanti berhenti kat mana2 belah  tengahari nanti untuk makan dan mengadap Allah .


maggi cup tak puas makan

Kiranya "wajib ada" dalam stok adalah benda alah kat atas tu. Maggi mee senang di masak , enak di makan . Tu kira paling senang, mudah dan ringkas sebagai penyendal perut tatkala keroncong buat ana berbunyi nanti. 

Tapi masak maggi bodoh jelah, takde nak tumis-tumis pakai bawang weiii 



ni lah Pak Brahim yang nangis-nangis 
nak ikut

Kalau nak heavy sikit , maka kenalah berbaik-baik dengan Pak Brahim ni. Penyediaannya pun tak susah mana. Kalau guna microvave, potong sikit nanti kat hujung pek tu macam buat lubang dan panaskan selama 2 minit je . Kalau tak , boleh rendamkan dalam air panas dalam 8-10 minit . Kalau takda bekas nak rendam , nanti masa mandi pagi , buka je air panas kat bathtubs tu dan sama2 berendam sekali hahaha

Terkenang pengalaman aku masa kat Best Western Bercy, Paris dulu. Hotel2 sebelah europe ni sangat berbeza dari kat USA. Kat Europe kecik2 je biliknya dan sesetemgah pula kettel masak air pun tak disediakan walaupun tarafnya 3 star. Jadi malam tu perut lapo sangat . Stok maggi ada lagi, cuma macam mana nak rendam maggi pasal kettel tak disediakan dalam bilik. pengabis selamba je aku dengan kain pelikat gombang turun pi dapur restoran bawak maggi tu dalam kole dan mintak air panas . Tengok atas bawah mamat Peranchis tu kat aku hahaha








Yang ni juga aku tak lupa bawak . Cuma nanti perlu singgah Wallmart beli roti putih je. Roti kat sini mak datuk, aku pernah beli dulu punyalah besar gedabak isinya. Jadi bukak je tin , terus sapu dan isi je kat roti tu. 

Tapi mem aku suka dengan tortilla bread yang buat dari jagung tu kira rupanya macam capati . Aku tak boleh pegi dengan roti tu hehehe

Dalam kesejukan paling best pastinya secawan cappuccino atau secawan latte. Aku memang hantu nescafe , latte , cappuccino.

Setiap pagi sebelum keluar noreh, menjadi kelaziman bini aku sediakan satu mug nescafe dengan quaker oat. Kat Amerika, nak pekena cappuccino ni takde masalah . Starbucks melambak kat sini. Terdapat hampir 11,100 starbucks kat sini.

A Starbucks Cappuccino Grande, which is 16 ounces, costs only $3.65.





Macam biasa, satu beg untuk sedikit bekalan makanan di saat-saat yang memerlukan , tapi takdelah sampai nak bawak batu lesung sekali hahaha


OK, yang pasti beg keramat ni akan kosong bila balik.Setakat 6-7 buah handbag ni lepas .  Pada sesiapa yang terasa nak kirim handbag Coach ka, Kate Spade ka, DKNY ka, PM aku . Tapi kalau pesan air liur, faham2 jelah hehehe



opsssss 
Santan segera pun ikut
Maka bernasik lemak le kat kota New York





Isnin, Oktober 19, 2015

USA 2015 PART 3 : VERY LONG JOURNEY

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


2018, SIA akan terbang semula ke kota New York secara terus selama 19 jam menggunakan pesawat baru A350-900 . Adoiiiiii

Aku rasa tak larat wooo .

Yang ni pun rasa naik kebas montot. KLIA-DXB dengan 777-300 memakan masa 7 jam 20 minit . Memang sengaja aku pilih transit hampir 4 jam 10 minit kat DXB sebelum sambung lagi ke Boston yang akan memakan masa hampir 14 jam 15 minit sebelum landing dengan 777-200 LR pula.

Tiket confirmed . Seat aku sesiap dah pilih pegi balik  . Kalau kami pegi 4 beranak , aku akan pilih samada seat tengah sebaris , tapi kerana kami berdua je kali ni, maka aku pilih seat yang sebaris berdua je. Senang nak tido ke, nak pi jamban ke , nak meleset ke ...

Dulu masa kami pi West Coast US naik Cathy Pacific , KLIA-HKIA aman . Flight pun tak lama dalam 3 jam lebih sikit. HKIA-LAX yang hampir 15 jam tu yang jadikan aku rimas sikit . Bini aku tepi tingkap nakko tu pasal dia nak tido menyandar kat tepi tingkap nakko tu , Aku kenalah duduk tengah , sebelah aku wanita Chinese American yang dah berumur . Satttt sooooot satttt sotttt hidung dia sumbat . Nak buat macam-mana. Dah rezeki aku . Perjalanan yang panjang menjadi mimpi ngeri buat aku masa tu. Last pengabis dapat jugak aku tido walaupun sekadar tido-tido ayam hahaha

Dunia berubah. Semua di hujung jari . Sekarang dah senang nak beli tiket .Tak macam dulu2 . Terkenang aku dulu masa nak pi London sekeluarga . Tahun 2002 masa tu. Nak beli tiket Emerates, kena pegi beli kat travel agent. Lepas tu bawak duit sebebat ikat pakai getah . Masa tu pi London dgn Emerates tiket sorang kalau tak salah aku baru RM 2400.00 je. 

Tiket lepas tu pulak jenis print pakai printer dot matrix tu. Sekali naik dari KL-Dubai, cabut selai dan seterusnya sampai balik. Seat pulak boleh pilih bila dah nak check in kat airport.

Sekarang tak perlu dah semua tu. Tiket pun jenis e-tiket print sendiri je . Seat boleh pilih sesiap sekali.Meal pun boleh pilih masa atas talian juga semasa booking tiket.  24 jam nak terbang, terus boleh check in online dan print sesiap bording pass semua .Kalau tak nak print boarding pass pun takpa. Save dan scan je nanti dalam hp. Tapi kalau talipon nokia yang lama2 dulu tu tak boleh wei hahaha

Di situlah gunanya smart phone. Teknologi dan apa jua pun kalau gunakan secara betul , insyallah mendatangkan kebaikkan. 

Fasa pertama perancangan kembara kami kali ini alhamdulillah dah selesai . Travel Insurance pun dah beli sesiap. Mahal sikit sekarang kerana kembara kami memakan masa hampir sepurnama juga nanti. Maka polisinya yang cover masa yang panjang nanti juga mahal . 

Yang nak jaga anak angkat kami yang 3 ekor tu juga dah sanggup sepeninggalan kami nanti . Bini aku tak sanggup nak tinggalkan kat boarding hotel 3 ekor tu. Takut mereka tak selesa dan tak lalu makan rindukan nanti mak angkatnya .  

Abang Ted jaga adik-adik ya

Khamis, Oktober 08, 2015

USA 2015 PART 2 : PENING NAK PILIH FLIGHT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Perancangan Kembara 2015 USA kami kali ini akan meliputi kawasan Pantai Timur a.k.a East Coast yang pada perancangan awalnya akan bermula di New York hingga ke selatan meliputi  Miami, Florida dan patah balik ke New York,  tapi ada perubahan yang perlu dilakukan kerana beberapa sebab .

Jarak perjalanan yang menjangkau ribuan batu dan hampir 24 jam penerbangan pasti akan menjadi suatu igauan , tapi sebaliknya pasti suatu pengalaman yang menyeronokkan bagi seseorang yang berjiwa kental dan kaki ranjau.Aku ni dah nak masuk 5 series tak tahulah masih dalam kategori kental atau tak hahaha. Jadi faktor pemilihan penerbangan sangat penting kerana akan singgah transit paling minima sebuah bandar sebelum sampai ke negara Uncle Sam .

Kalau nak landing di New York, banyak pilihan penerbangan kerana New York merupakan sebuah bandar raya utama  tapi kena pilih mana satu airport.

There are 3 airports in New York, JFK, La Guardia and Newark (in New Jersey). JFK and La Guardia  always busy and Newark are pretty busy too, just not as busy as the other two. 
Opssssss tercakap omputeh pulak   hahaha
Lama tak cakap omputeh ni, nak kena practice sesikit . Maklumlah ngadap pokok getah tetiap hari, bila masa nak cakap omputeh hehehehe

Faktor utama pemilihan flight untuk "long-haul journey" seperti ini bagi aku adalah keselesaan , kos dan beberapa faktor sampingan yang lain seperti masa transit , pengurusan bagasi dan lain-lain. Lainlah kalau duit berkepok bawah tilam tak habis makan turun dari langit, boleh pilih mana2 airlines dan naik business class hehehe

Aku short list beberapa penerbangan seperti Cathy Pacific, Qatar Airways, Etihad, British Airways, Singapore Airlines  dan United Airlines. Macam biasa pakai apps Sky Scanner untuk buat perbandingan dari segi kos, masa , waktu dan jumlah transit.
Kalau ambil Cathy Pacific , perlu transit kat HKIA dan harga utk two pax bawah 10K kerana mereka tengah buat promosi. Tapi biasalah , tiket promosi banyak terms and condition seperti tak boleh tukar tarikh, tak boleh cancel dan macam-macam.Maka cancel Cathy Pacific.

Lepas tu mulalah gatal dalam perancangan nak stopover pulak kat London 2-3 hari OTW ke USA. Maka kena naik British Airways.Tapi Dari London kalau stopover , kena naik fligt lain nanti ke USA . Nak naik Virgin Airlines, allowance bagasinya hanya 20 kg untuk seorang . Pegi takde hal, takut balik beg beranak hahaha
Cancel British Airways.


Singapore Airlines System awal2 dah kansel kerana rega boleh tahan nak kena bayar pakai Sing Dollar kalau aku nak naik ikut Changi  . Kalau nak bayar guna RM , kena naik ikut KLIA dan transit Changi dulu sebelum terbang dan transit sekali lagi kat Narita .Begitu juga Qatar Airways dan Etihad kerana transit yang lama sangat untuk connection flight.

Maka Emerates menjadi pilihan kami kerana seperti sedia maklum , perkhidmatan mereka insyallah sentiasa tip-top. Lagi pun insyallah pengurusan bagasi agak lebih mudah dan teratur kerana KUL-DUBAI-NY dan balik menggunakan penerbangan yang sama.Kalau missed connection flight pun atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, insyallah tak pening kerana dari flight yang sama company. Nak kata murah sangat pun tak juga kerana tiket yang kami pilih untuk class tiket yang kira boleh ubah tarikh atau cancel flight sekiranya kita memerlukan penundaan atau tak jadi pegi dengan sebab-sebab tertentu. Sikit penalti charges akan dikenakan, tapi tak lah hangus . Kitakan hanya merancang, Allah yang menentukan. Kalau tiket 20-30 ringgit hangus , tak ralat. Tapi kalau 10K hangus, nangis woooooo hehehe



Paling best untuk baggage allowance utk sorang ialah 2 pieces. Each piece of free checked-in baggage must not exceed 23 kilos.  One piece of carry-on baggage is permitted with maximum7 kg dan juga 1 bag pack  isi laptop dan dslr juga boleh bawak . 


4 jam 20 minit transit di Dubai  sengaja aku pilih kerana Dubai Airport(DXB) adalah suatu tempat yang menarik sebenarnya dan kerana lebih 4 jam transit , Free Meal Voucher boleh claim nanti . Lama sungguh tak lepak kat DXB. Last entah bila kala pun aku lupa.

Untuk sector KL-Dubai akan guna Boieng 777-300 manakala Dubai-JFK naik A 380.Merasa juga naik A 380 . Tapi macam aku kata , kita hanya merancang , Allah menentukan segalanya. Allah lebih tahu apa yang terbaik , maka sedikit adjusment perlu dilakukan kerana kembara East Coast USA 2015 kami akan bermula dari Rhodes Island . Maka dari JFK New York  , kami bertukar dan memilih untuk mendarat di Logan International Airport, Boston kerana destinasi utama kami dan tujuan utama kami untuk ke Rhode Island hanya memakan masa 45 minit ke 1 jam pemanduan berbanding dari NY ke Rhode Island yang memakan masa 3-4 jam pemanduan.  

KUL-DXB-BOS return ticket for two pax around 11K++ kira kena topup 1K++ lagi berbanding landing kat JFK, tapi it's ok kerana ada yang lebih istimewa yang menanti kami di Rhode Island nanti sebenarnya yang dalam perancangan Allah dan itulah sebenarnya salah satu sebab utama kami ke USA sekali lagi.


Ahad, Oktober 04, 2015

USA 2015 PART 1 : KAU TUNGGU BAPAK DATANG LAGI

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Aku hanya merancang je, Allah yang menentukan samada apa yang aku rancangkan ini akan menjadi kenyataan atau tidak . Beberapa perancangan tahun 2014 tak dapat direalisasikan kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakkan .

Lagi pun 2014 , satu tahun yang agak sibuk dan mencabar . Jun 2014 , anak jantan aku baru mula  matrik kat Utara Tanah Air. Tu yang selalu kami ke utara . Tapi paling aku tak boleh lupa bila kami ke sana masa cuti Tahun Baru Cina. Dari JB - Alor Setar, ambik kau. 15 jam . Dah macam dari Hong Kong - Los Angeles lamanya hahaha

Balik pun sama . 14 jam . Highway takde maknanya dah .

Masa tu tapak kaki dah gatal kerana lama tak terbang. Pengabis aku ajak mem pegi US ,masa winter 2014 tu  , tapi katanya tak larat nak duduk lelama dalam flight berejam-jam.Mem ajak aku pi ronda Turkey masa hujung tahun 2014, aku pulak tak free masa tu.

2014 berlalu begitu saja dengan beberapa siri cuti2 Malaysia sama anak2 je bila berkesempatan mereka break . Tapi kira2 balik, cuti2 Malaysia punya kos boleh tahan juga . Aku fikir baik cuti2 kat luar dan kos tak jauh bezanya. Dapat tengok tempat orang lagi. 

 
International Driving Permit
dah mati , kena hidupkan

Awal 2015, aku goncang tabung buluh aku ,boleh tahan berat,  lalu aku hidupkan kembali perancangan 2014 yang tak dapat aku realisasikan. Tapi sebelum tu aku dah asingkan untuk keperluan anak2 aku belajar nanti .Nak jalan, jalan juga. Keperluan anak-anak belajar adalah prioriti utama. Mac 2015 aku dah survey air ticket untuk beberapa destinasi , tapi tak beli lagi.

Mac 2015 patutnya  kami dah pi jumpa Mickey kat Tokyo, tapi kerana son of gun  aku tak cuti masa tu dan ada kelas, maka kansel. Lepas tu  Jun 2015 cadangnya nak pi jumpa Queen kat UK pun kansel kerana anak pompuan aku pulak ada kelas takde cuti masa tu.Anak jantan aku masa tu dah habis matrik pula. Pengabis semua kansel . Kalau sorang pegi , sorang tak , tak adil pulak.

Tetiba tangan gatal pulak gogel air ticket ke USA. Aku cakap kat mem,jom kita pi USA . Confirm dedua anak2 tak dapat ikut pasal mereka takde visa .Mei 2015 tu aku pejam mata je pi beli air ticket ke USA . Lepas beli air ticket , aku pecahkan satu tabung ayam aku pi tukar duit kat money changer kerana masa tu trend kejatuhan Ringgit Malaysia dah mula ketara.  Masa tu tukaran ok lagi berbanding hari ni yang dah dekat USD 1 = RM 4.50 .Tapi aku tak sangkalah yang RM akan jatuh seteruk hari ni. Dunia,dunia...........

Insyallah ,
Alhamdulillah