بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Maka Emerates menjadi pilihan kami kerana seperti sedia maklum , perkhidmatan mereka insyallah sentiasa tip-top. Lagi pun insyallah pengurusan bagasi agak lebih mudah dan teratur kerana KUL-DUBAI-NY dan balik menggunakan penerbangan yang sama.Kalau missed connection flight pun atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, insyallah tak pening kerana dari flight yang sama company. Nak kata murah sangat pun tak juga kerana tiket yang kami pilih untuk class tiket yang kira boleh ubah tarikh atau cancel flight sekiranya kita memerlukan penundaan atau tak jadi pegi dengan sebab-sebab tertentu. Sikit penalti charges akan dikenakan, tapi tak lah hangus . Kitakan hanya merancang, Allah yang menentukan. Kalau tiket 20-30 ringgit hangus , tak ralat. Tapi kalau 10K hangus, nangis woooooo hehehe
Perancangan Kembara 2015 USA kami kali ini akan meliputi kawasan Pantai Timur a.k.a East Coast yang pada perancangan awalnya akan bermula di New York hingga ke selatan meliputi Miami, Florida dan patah balik ke New York, tapi ada perubahan yang perlu dilakukan kerana beberapa sebab .
Jarak perjalanan yang menjangkau ribuan batu dan hampir 24 jam penerbangan pasti akan menjadi suatu igauan , tapi sebaliknya pasti suatu pengalaman yang menyeronokkan bagi seseorang yang berjiwa kental dan kaki ranjau.Aku ni dah nak masuk 5 series tak tahulah masih dalam kategori kental atau tak hahaha. Jadi faktor pemilihan penerbangan sangat penting kerana akan singgah transit paling minima sebuah bandar sebelum sampai ke negara Uncle Sam .
Kalau nak landing di New York, banyak pilihan penerbangan kerana New York merupakan sebuah bandar raya utama tapi kena pilih mana satu airport.
There are 3 airports in
New York, JFK, La Guardia and Newark (in New Jersey). JFK and La
Guardia always busy and Newark are pretty busy too, just not as busy
as the other two.
Opssssss tercakap omputeh pulak hahaha
Lama tak cakap omputeh ni, nak kena practice sesikit . Maklumlah ngadap pokok getah tetiap hari, bila masa nak cakap omputeh hehehehe
Faktor utama pemilihan flight untuk "long-haul journey" seperti ini bagi aku adalah keselesaan , kos dan beberapa faktor sampingan yang lain seperti masa transit , pengurusan bagasi dan lain-lain. Lainlah kalau duit berkepok bawah tilam tak habis makan turun dari langit, boleh pilih mana2 airlines dan naik business class hehehe
Aku short list beberapa penerbangan seperti Cathy Pacific, Qatar Airways, Etihad, British Airways, Singapore Airlines dan United Airlines. Macam biasa pakai apps Sky Scanner untuk buat perbandingan dari segi kos, masa , waktu dan jumlah transit.
Kalau ambil Cathy Pacific , perlu transit kat HKIA dan harga utk two pax bawah 10K kerana mereka tengah buat promosi. Tapi biasalah , tiket promosi banyak terms and condition seperti tak boleh tukar tarikh, tak boleh cancel dan macam-macam.Maka cancel Cathy Pacific.
Lepas tu mulalah gatal dalam perancangan nak stopover pulak kat London 2-3 hari OTW ke USA. Maka kena naik British Airways.Tapi Dari London kalau stopover , kena naik fligt lain nanti ke USA . Nak naik Virgin Airlines, allowance bagasinya hanya 20 kg untuk seorang . Pegi takde hal, takut balik beg beranak hahaha
Singapore Airlines System awal2 dah kansel kerana rega boleh tahan nak kena bayar pakai Sing Dollar kalau aku nak naik ikut Changi . Kalau nak bayar guna RM , kena naik ikut KLIA dan transit Changi dulu sebelum terbang dan transit sekali lagi kat Narita .Begitu juga Qatar Airways dan Etihad kerana transit yang lama sangat untuk connection flight.
Maka Emerates menjadi pilihan kami kerana seperti sedia maklum , perkhidmatan mereka insyallah sentiasa tip-top. Lagi pun insyallah pengurusan bagasi agak lebih mudah dan teratur kerana KUL-DUBAI-NY dan balik menggunakan penerbangan yang sama.Kalau missed connection flight pun atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, insyallah tak pening kerana dari flight yang sama company. Nak kata murah sangat pun tak juga kerana tiket yang kami pilih untuk class tiket yang kira boleh ubah tarikh atau cancel flight sekiranya kita memerlukan penundaan atau tak jadi pegi dengan sebab-sebab tertentu. Sikit penalti charges akan dikenakan, tapi tak lah hangus . Kitakan hanya merancang, Allah yang menentukan. Kalau tiket 20-30 ringgit hangus , tak ralat. Tapi kalau 10K hangus, nangis woooooo hehehe
Paling best untuk baggage allowance utk sorang ialah 2 pieces. Each piece of free checked-in baggage must not exceed 23 kilos. One piece of carry-on baggage is permitted with maximum7 kg dan juga 1 bag pack isi laptop dan dslr juga boleh bawak .
4 jam 20 minit transit di Dubai sengaja aku pilih kerana Dubai Airport(DXB) adalah suatu tempat yang menarik sebenarnya dan kerana lebih 4 jam transit , Free Meal Voucher boleh claim nanti . Lama sungguh tak lepak kat DXB. Last entah bila kala pun aku lupa.
Untuk sector KL-Dubai akan guna Boieng 777-300 manakala Dubai-JFK naik A 380.Merasa juga naik A 380 . Tapi macam aku kata , kita hanya merancang , Allah menentukan segalanya. Allah lebih tahu apa yang terbaik , maka sedikit adjusment perlu dilakukan kerana kembara East Coast USA 2015 kami akan bermula dari Rhodes Island . Maka dari JFK New York , kami bertukar dan memilih untuk mendarat di Logan International Airport, Boston kerana destinasi utama kami dan tujuan utama kami untuk ke Rhode Island hanya memakan masa 45 minit ke 1 jam pemanduan berbanding dari NY ke Rhode Island yang memakan masa 3-4 jam pemanduan.
KUL-DXB-BOS return ticket for two pax around 11K++ kira kena topup 1K++ lagi berbanding landing kat JFK, tapi it's ok kerana ada yang lebih istimewa yang menanti kami di Rhode Island nanti sebenarnya yang dalam perancangan Allah dan itulah sebenarnya salah satu sebab utama kami ke USA sekali lagi.

Alhamdulillah seronok membaca.....btw, anak menakan pompuan ada sorang duduk di NY. Dah dekat 10 tahun kat sana....
BalasPadamAlhamdulillah Uncle
Padammoga dipermudahkan, insyallah
NY, akan tinggalkan jejak nanti di sana
Tq
BalasPadamMakasih ya atas informasinya ... nice
BalasPadamAhlinya Pengobatan Obat Herbal Alami Paling Ampuh
kuşadası
BalasPadammilas
çeşme
bağcılar
muğla
1324