بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
السلام عليكم
Aku hanya merancang je, Allah yang menentukan samada apa yang aku rancangkan ini akan menjadi kenyataan atau tidak . Beberapa perancangan tahun 2014 tak dapat direalisasikan kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakkan .
Lagi pun 2014 , satu
tahun yang agak sibuk dan mencabar . Jun 2014 , anak jantan aku baru mula matrik
kat Utara Tanah Air. Tu yang selalu kami ke utara . Tapi paling aku tak
boleh lupa bila kami ke sana masa cuti Tahun Baru Cina. Dari JB - Alor
Setar, ambik kau. 15 jam . Dah macam dari Hong Kong - Los Angeles
lamanya hahaha
Balik pun sama . 14 jam . Highway takde maknanya dah .
Masa tu tapak kaki dah gatal kerana lama tak terbang. Pengabis aku ajak mem pegi US ,masa winter 2014 tu , tapi katanya tak
larat nak duduk lelama dalam flight berejam-jam.Mem ajak aku pi ronda Turkey masa hujung tahun 2014, aku pulak tak free masa tu.
2014 berlalu begitu saja dengan beberapa siri cuti2 Malaysia sama anak2 je bila berkesempatan mereka break . Tapi kira2 balik, cuti2 Malaysia punya kos boleh tahan juga . Aku fikir baik cuti2 kat luar dan kos tak jauh bezanya. Dapat tengok tempat orang lagi.
2014 berlalu begitu saja dengan beberapa siri cuti2 Malaysia sama anak2 je bila berkesempatan mereka break . Tapi kira2 balik, cuti2 Malaysia punya kos boleh tahan juga . Aku fikir baik cuti2 kat luar dan kos tak jauh bezanya. Dapat tengok tempat orang lagi.
dah mati , kena hidupkan
Awal 2015, aku goncang tabung buluh aku ,boleh tahan berat, lalu aku hidupkan kembali perancangan 2014 yang tak dapat aku realisasikan. Tapi sebelum tu aku dah asingkan untuk keperluan anak2 aku belajar nanti .Nak jalan, jalan juga. Keperluan anak-anak belajar adalah prioriti utama. Mac 2015 aku dah survey air ticket untuk beberapa destinasi , tapi tak beli lagi.
Mac 2015 patutnya kami dah pi jumpa Mickey kat Tokyo, tapi kerana son of gun aku tak cuti masa tu dan ada kelas, maka kansel. Lepas tu Jun 2015 cadangnya nak pi jumpa Queen kat UK pun kansel kerana anak pompuan
aku pulak ada kelas takde cuti masa tu.Anak jantan aku masa tu dah
habis matrik pula. Pengabis semua kansel . Kalau sorang pegi , sorang tak ,
tak adil pulak.
Tetiba tangan gatal pulak gogel air ticket ke USA. Aku cakap kat mem,jom kita pi USA . Confirm dedua anak2 tak dapat ikut pasal mereka takde visa .Mei 2015 tu aku pejam mata je pi beli air ticket ke USA . Lepas beli air ticket , aku pecahkan satu tabung ayam aku pi tukar duit kat money changer kerana masa tu trend kejatuhan Ringgit Malaysia dah mula ketara. Masa tu tukaran ok lagi berbanding hari ni yang dah dekat USD 1 = RM 4.50 .Tapi aku tak sangkalah yang RM akan jatuh seteruk hari ni. Dunia,dunia...........
Insyallah ,
Insyallah ,
Alhamdulillah
Sian anak2 Bapak..
BalasPadamsaje jer kan pilih USA....
sian juga, tapi nak buat mcm mana , mereka takde visa dan masa mrk cuti kelas pun tak sama
Padamnanti bawak mereka tempat lain yg tak perlukan visa hehehe
Udang Sotong Ayam?
BalasPadamhehehe
Padamlama tak makan sotong rojak