WARGA SCP

Sabtu, Januari 21, 2012

SEPETANG DI KUALA SENIBUNG : PART 1

ALHAMDULILLAH

Sepetang di Kuala Senibung
Mana lokasi tempat tu, nanti aku akan ceritakan di masa yang akan datang.

Nampak aktiviti ronda2 ku di cuti CNY dah bermula. Aku cuma pegi tempat dekat je . Semua perjalanan jauh telah ku kansel kerana aku rasa nak golek2 kat rumah je . Kakak semalam balik dari KL dan selasa nanti nak balik semula, adik pula cuti sekolah 3 hari je kerana SMK Agama tempat dia menuntut tak ambil cuti ganti CNY. Jadi nak jalan cuti2 jauh sikit tak sempat .

Sementara anak2 aku ada ni, lusa nanti aku nank ajak depa pi kedai kerana banyak dokumen berkaitan yang melambak tak kemaskini lagi dan belum masuk dalam failnya. Boleh depa tolong nanti sambil belajar serba sedikit selok belok dunia perniagaan.

sephia

Jadi semalam kami sepetang di kuala Senibung. Aku angkut sekali dslr aku dengan tripod dan beberapa filter dan ini kali kedua aku dapat ambil menggunakan teknik long exposure menggunakan ND Filter B&W 10 stops.

Malas nak pacak tripod, pengabis pagar kayu penghadang dari laut tempat kami bersukaria dijadikan tripod kerana utk teknik long exposure ni tak boleh gegar langsung kerana shutter realease memakan masa dari 10 saat atau 20 saat atau seminit bergantung pada kehendak kita.

Semalam aku cuba beberapa seting hanya untuk ambil gambar ni . Beberapa keping foto memakan masa hampir 45 minit juga sedang mak itam dan adik bersuka ria melayan ketam, udang dan sotong .

Inilah hasil yang tak seberapa dari ku untuk tatapan kalian semua
selamat menjamu mata sementara aku nak menjamu selera hehehe


black & white

teknik long exposure dgn ND filter
menjadikan air seolah2 berasap
kalau ada ombak lagi cantik gambaran airnya

ni tak pakai ND Filter
hanya gunakan CPl filter

8 ulasan:

  1. Salam,
    Kat mana la tempat ni ? Gambar cantik2 ... hasil kerja tangan profesional.

    BalasPadam
  2. Aslm wbt, yes cantiknya...
    tp saya sgt2x suka gambar2x di madinah & mekah. boleh saya ambil gambar & letak pada profile saya di facebook? TQ

    BalasPadam
  3. waalaikumsalam tn hj LH

    area permas jaya, pasir gudang

    sekadar hasilan biasa2 saja dari saya yg masih merangkak

    BalasPadam
  4. norh

    alhamdulillah

    kalau takde limbungan kapal depan tu lagi cantik, sukar nak cari angle kat situ

    BalasPadam
  5. tanpa nama

    ambillah utk kebaikan

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Tuan,
    Just the right amount of lights and speeds...(komen orang tak berilmu, banyak yang saya nak kena belajarni).

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam mieza

    saya masih merangkak dalam dunia long exposure atau slow shutter, kira ni cabang baru dalam dunia fotograpi bagi saya

    semalam saya dan keluarga menghabiskan masa disebuah kawasan tepi laut utk ambil gambar guna teknik ni , hasilnya masih belum memuaskan hati dan banyak kena pelajari dan fahami dari segi tekniknya .

    insyallah

    BalasPadam