Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan
Kiri jalan kanan pun jalan
sama tengah pokok mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan
Kiri jalan kanan pun jalan
sama tengah pokok mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu
Surat ku layang untuk berkata
Penyampai hasrat kata di hati
Kalau sungguh kasihkan saya
Jangan dibuang sampai ke mati
Penyampai hasrat kata di hati
Kalau sungguh kasihkan saya
Jangan dibuang sampai ke mati
Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan Tuan
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan Tuan
kerana pantun nilah, seringkali kita terbaca di dada akhbar , ramai gadis2 kita yang lari keluar dari rumah utk mengikut pasangan hati mereka tanpa memperdulikan hukum hakam dan adat resam, semata2 menurut kata hati
Cuba amati rangkap pertama , baris kedua
Cuba amati rangkap pertama , baris kedua
Papan di Jawa hamba dirikan
mungkin sumpahannya itulah, ramai anak gadis lari ke lombok kerana Lombok terletak di tanah Jawa. Patut kena tukar sikit supaya mereka tak lari ke tanah jawa
Tanah jawa jauh , susah nak balik nantiKita tukar ......
Papan di KL hamba dirikan
Tapi kenapa Kota Melaka
Kenapa tak kota tinggi ke , kota lama ke hehehe
Aku pun tak ada jawapannya
Cerita pasal kota melaka, tempohari dalam perjalanan pulang, aku sempat melencong ke bandar Melaka. Tujuannya nak membawa anak bongsu ku mengenali dan memahami sejarah yang pernah berlaku beratus tahun dahulu dalam membina jatidirinya .
Setibanya di sana, puas juga kami berpusing2 utk ke kawasan Kota Melaka tu, manakan tidak.
Semua jalan dan jadi "sehala" dan kalau dulu boleh lalu kereta kat depannya, sekarang telah berubah sama sekali.
Akhirnya, sampai juga kami ke destinasi yang dituju, tapi masalah "parking" kereta pula timbul.
Sebagai jalan penyelesaian, aku hanya menunggu sahaja didalam kereta di tepi pinggirannya jalan sementara anak ku berserta isteri pergi meninjau didalamnya berbekalkan kamera yang aku berikan kepadanya. Mereka berlumba berdua menaiki bukit St Paul (bukit senpul) dan dan anak ku yang kalah terpaksa menemankan ibunya nanti menonton wayang "Alice in Wonderland" nanti
Salam CR
BalasPadamBoleh tahan ke duduk dlm kereta saja.?.Pantun2 tu mengasyikkan ... terkenang zaman muda...
Salam.... hai tak boring ke tunggu dalam keta, tu la bandar bersejarah yg wajib dipelihara
BalasPadamSalam Pak Itam..
BalasPadamKuat sungguh penangan org muda2 skrg bercinta skrg yer Pak Itam..
Nyawa n badan sanggup diberikan..ish ish ish...tak sanggup saya..simpang malaikat 44 tuh..
Salam rezeki,
BalasPadamByk kenangan saya di Melaka, manis ada , pahit pun ada....setiap tmpt di Melaka yg saya singgah ada kenangan. Nostalgia tgk gambar2 tu
salam from Makkah..
BalasPadamKenapa cerita kota melaka ..tapi gambar UTAMA tetap sambal PARU..?heheheheheeh...
ada ubi ada batas
ada entry CL cantas...
waslam
Salam...Melaka-Mekkah...ah..same ke tak?
BalasPadamsalam pak itam,
BalasPadamdah lama kak nab tak ke melaka..last pergi 2007!
Salam CR,
BalasPadamMelaka ada pantun wajib.Cikgu SAK rasanya dah buat n3 pantun wajb melaka itu.
tapi sampai skrg CP pelik, nape mesti nak guna papan dari jawa..
BalasPadamrasanya kat negara kita ni byk lagi papan kan kan kan..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPagu-pagi pergi ke pekan
BalasPadamPekan terletak di Kota Tinggi
Wah Pak Itam berpantun sakan
Mai sini orang Melaka nak beli
Pak Itam berpantun seloka
Berpantun seloka di pagi hari
Tak tercabarkah pemuda kita
Made in Lombok juga diikut lari
p/s: Akak/suami bukan org Melaka tapi dah menetap kat sini hampir 20 tahun sudah...
Nie pantun wajib Melaka.
BalasPadamKapal Dagang Dari Seberang (dari Indon ke?)
Penuh Muatan Kayu Meranti (sah dari Indon)
Dari jauh tuan/puan datang (dari Kota Tinggi le tu)
Orang Melaka Sentiasa Menanti (kena beritahu awal2 baru boleh tunggu)
Salam CR,
BalasPadamDah lama tak ke melaka, bila tgk n3 CR ni teringin jugak nak melawat, CR dok dalam kete sapa yang snap gamba2 tu, cantek kan gamba2 tu..
salam mama ju
BalasPadamtahan tak tahan lah heheeh ,
bukak accond sambil dgr cd alleycats hehehe
salam kamato
BalasPadampuas 3-4 kali pusing takde parking, ramai juga yg parking menunggu tepi jalan hehe
salam azima
BalasPadamtulah namanya cinta itu buta
cinta tak buta, yg buta orgnya heheeh
salam rosli
BalasPadamkat melaka kan tmpt rosli main kejar2 dulu hehehe
salam cl
BalasPadamanak anak bermain seloka
bermain seloka sambil berjamu
tiada niat dihati hamba
utk membakar jiwa raga mu
hehehe
psss n3 tu dah siapkan dulu dan set time nya hehehehehehehe lupa pulak tuko gambo
maafkan tuan hamba ye
salam MI
BalasPadamjauh bagai langit dgn bumi bezanya hehehe
salam kak nab
BalasPadamsaya ni menyinggah masa nak balik muar hari tu hehehe
Akak suka bandar Melaka kerana sejarahnya yang tidak terdapat di mana-mana .... river cruise akak tak sempat naik lagi, tunggu nest trip ke sana pulak .
BalasPadamsalam az
BalasPadammmg ada pantun wajib utk org melaka hehehe
pantun sunat dan makruh je takde hehehe
salam CP
BalasPadampapan kat jawa kualiti baik punye hehehe
papan malaysia nipis kot ngeh ngeh
salam kak ina
BalasPadamcewahhh walaupun bukan dr melaka, tapi kak ina mesti kak ina dh mahir berpantun selokakan hehe
salam kak ina
BalasPadamnak kena jawab ni
mak itam sedang menyiang keladi
keladi dibeli dikedai pak jabar
sungguh mulia puan berbudi
kalau datang akan dikhabar
salam kak sidah
BalasPadamanak bujang ku yg ambikkan gambar, dia pun kalau kasi kamera, habis semua di ambil gmbrnya hehehe
salam kaka sarina
BalasPadambyk tempat menarik dan bersejarah kat melaka, cuma kalau dlm bandar je, masalah parking kereta , masa hari tu kat Jongker Walk pun takde parking, akhirnya saya hanya menunggu kat tepi jalan dlm kereta
ramai yg saya lihat menunggu dlm kereta mcm saya juga hehe
Salam Pak Itam
BalasPadamGuna kan Papan dari Jawa
renunggan
mukin ikrab persahabatan atau persaudaraan antara orang Melaka dgn orang Jawa
Wassalam
pak itam mcm suami sy juga yg dok menunggu..tapi dia tunnggu bawah pokok sbb malas nak naik atas.
BalasPadamsy naik smpai atas..nengok org dok baling duit siling kat dlm lubang(perigi kot) sy pun baling je..saja2..ada beberapa batu/nizan paderi kat situ.
klu jalan2 melaka mmg x pernah puas mcm2 tmpt yg kita boleh lawati..x mcm johor?
salam atuk
BalasPadamtak tahulah pulak, kat melaka ada org jawa tak heheeh
suruh kak ina jawab atau cikgu SAK pasal depa org melaka hehe
salam zue
BalasPadamproduk pelancongan melaka dgn johor sgt berbeza
melaka dgn sejarahnya, johor pulak dgn pantai peranginannya
kalau nak tgk kesan sejarah kat johor , kena pergi sebelah kota tinggi, mcm2 ada kesan sejarah , tu sebab kota tinggi dikenali sebagai bandar bersejarah
Salam CL
BalasPadamsampai sekarang melaka lum roboh...amboii pi melaka tak cakap...
Salam CR...
BalasPadamWah... dari kota tinggi
Sampai pula ke kota Melaka
Sungguhlah bagai di kata
Itulah adat empunya negeri
Salaam Pak Itam,
BalasPadamKota Tinggi tu tinggi sangat, payah nak dirobohkan. Kota Lama tu dah out-of-date, nak dirobohkan pun dah tak thrill lagi... so Kota Melaka jer lah yang tinggal, jadik target Portugis, Belanda, British... ;)
beberapa malam lepas kak chiq ctengok kat History Channel pasal misi pelayaran laksamana Cheng Ho ke merata dunia...fuh bukan main bosar armada depa! tujuan utama untuk berdagang jer..takde pun nak sibuk2 rampas tanah air orang lain... tapi depa mintak ufti la kan drpd negeri2 tu...heh
(psstt CM, kalau fakta sejarah kak chiq ni salah, tolong betulkan ye?)
VpeaceV
salam cm
BalasPadamtulah pesal, "kalau" kan banyak dlm kehidupan org kita
e.x kalau tak makan ...kalau sakit ... hehehe
hari tu saya menyinggah bandar melaka kejap je dlm perjalanan pulang heheeh lps pegi kota a famosa tu terus sambung perjalanan hehe
salam shami
BalasPadaminsyallah, kota makkah pulak lps ni
salam U
BalasPadamkota tinggi dh jadi kota rendah hehehe
assalamualaikum pak Itam
BalasPadamwah menariknya catatan bait Pak Itam
pak Itam,saya mohon izin
untuk share gamabr kota melaka tu di blog wordpress saya?
blog saya tu juga, ada segelintir kecil pelajar saya terjah ke sana.
saya akan link kan ke mari ye, Pak Itam.
terima kasih, salam ramadhan
As Salam,
BalasPadamMaaf jika saya menyinggung mana2 pihak...setahu saya, pantun ini:
Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan
pantun ini bukannya pantun orang bercinta......ini adalah pantun mengenai jihad umat islam di kepulauan tanah melayu/ perjuangan umat islam pada ketika itu utk mempertahankan melaka dari di jajah.....
melaka pada ketika itu merupakan salah satu pusat pengembangan islam di gugusan kepulauan melayu. apabila melaka terancam oleh serangan luar (not so sure la..portugis/ belanda)...org2 jawa (dan juga dari kesultanan lain spt kesultanan demak, acheh etc??) beriktikad utk membantu mempertahankan melaka dari dijajah ataupun meneruskan perjuangan melaka menyebarkan syiah islam di rantau ini.....
sekian..itu yang ada dalam pengetahuan saya...jika salah mohon dibetulkan...dan mohon maaf jika menyinggung hati anda sekalian....
Menuut saya , pada masa itu terdapat Alliance antara Demak dan Melaka. Karena Melaka membantu demak mengislamkan orang jawa dan sunda. Di jawa terkenal dengan nama Patih unus atau Pangeran Sabrang Lor ( Pengiran Seberang Utara ) maksudnya adalah raja jawa yang berperang di melaka ( terletak di utara jawa ) saat portugis menaklukan melaka.
BalasPadamSaya setuju sgt ngn datie. Runtuhnya Islam di kota melaka, maka naik kerajaan islam di jawa. Maka tggula di saat kebangkitan Islam di akhir zaman ini bermula para penjihad meruntuhkan pula kota ad dajjal. Amin....kiri jalan, kanan pun jalan. Berbahagialah golongan kanan itu
BalasPadam