WARGA SCP

Rabu, Januari 25, 2012

CATCH OF THE DAY AT TG LEMAN : PART 1

ALHAMDULILLAH

Dalam cuti ni habis semua tanjung bapak pegi
jika tempohari ke Tg Piai yang cerita dan fotonya baru part 1 dan tak tulis n3nya lagi
bapak ke Tg Leman pula dan balik menyinggah pula di Tg Sedili

#1
HDR Version

Esok lusa entah tanjung mana bapak sampai tak tahu lagi
Tanjung Limah, Tanjung Ahmad dan entah tanjung mana lagi
yang pasti bukan Tg Pengharapan kat benua Africa tu hehehe

Kekadang seseorang individu tu memandang benda yang buruk dan usang sebagai
sesuatu yang menyemak dan tak berguna.
Tapi tidak bagi bapak kerana sesuatu yang terdapat di muka bumi ini
sebenarnya ada nilainya .

#2

Terkenang dulu masa bapak meniaga air kat pusat
peranginan terkenal sekitar HC

habis bapak kutip tin2 minuman kosong simpan baik2 dalam plastik hitam
lalu seminggu sekali dah penuh
ambil beluti dan ketok satu2 kasi penyek lalu jual pulak kat tempat besi buruk
se KG masa tu dalam RM 2.50


#3

Dapatlah juga puluh2 ringgit dan buat duit minyak kereta
sekarang ni pun surat2 khabar, buku2 naskah contoh yg tak boleh pakai lagi
dan kotak2 tak pakai menimbun kat kedai
bapak pi jual , dapat juga sekali jual RM200-300 ringgit

Kalau sesetengah orang mungkin malu nak buat benda2 mcm tu
tapi bagi bapak tidak
bapak masih ingat asal-usul bapak dulu mula2 nak hidup
pengajaran yg bapak dapat darinya ialah
selagi sesuatu pekerjaan itu halal dan boleh mendatangkan hasil
selagi itulah kita disuruh berusaha utk mengapainya

#4
Black & White

Macam bapak pernah kata,
pandanglah sesuatu itu dengan mata kasar dan mata hati
Insyallah,
kita dapat melihat dan menilai disebaliknya
begitulah juga dengan kehidupan kita ini.

#5

Setiba bapak memasuki kawasan tempat letak kereta Tg Leman
bapak dah asyik memandang je ke arah
deretan sampan2 dan bot usang ini
yang pasti dulu banyak berjasa pada tuannya

Tentu ada banyak cerita kisah suka duka
disebaliknya
lalu bapak abadikan dan terjemahkan ke lensa bapak ni

Duduk terhendap2 tepi tebingnya
alhamdulillah takde nyamuk atau agas
1/2 jam untuk beberapa shots

Which one do you prefer
catch around 5.30 pm
with AF-S Nikkor Lens 72mm 18-200 1:3.5G-5.6G II ED
+
ND Filter 72mm B+W 10 Stops
+
Photoscape
+
Dyanamic HDR

Gatal pulak lidah ni nak cakap inggeris hehehe
lama bapak tak buat english session hehehe


#6
Horizontal Fade style

10 ulasan:

  1. Salam,
    Menarik membaca entri ini dan melihat gambar2 yg cukup cantik. LF dapat memahami sangat2 mesej yang hendak disampaikan ... Teruskan .. LF akan singgah lagi, insyaAllah

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Tuan,

    nombor 4 B&W favourite saya, namun semua gambar cantik-cantik, for half an hour job, this is superb!

    BalasPadam
  3. Assalam bapak..

    MasyaAllah gambaq ctk2.. Classic sungguh tempat2 mcm ni. Boleh FM tahu bapak gunakan dslr Canon or Nikon? Dan x lupa juga alfatihah buat teman lama bapak.. (Agaknye bila la giliran kita?Huhu)

    Btw bapak,nnti FM buat n3 concorde plak. Mmg mnjdi fave hotel FM sekeluarga sblm kahwin lagi. (bersama mak dan abah)Dah kahwin ni dgn suami pon sll jga kesana sbb dekat dgn semua.Dan mkn best. Steamboat sahur bulan puasa pon selalu kami belasah. Haha. Lagi2 ade HR cafe disebelah. ;p

    Tapi sejak concorde dah diperbaharui ni FM xde kesana lagi. Lame jugak dah. Bapak ade kesana?

    Maaf pjg lebaq bcerita..

    BalasPadam
  4. Hj CR,

    Semua gambar cantik, gambar bot2 ni saya suka.

    BalasPadam
  5. Salam pak itam

    Cantik gambor yang diambil, begitulah juga rona/roda kehidupan kita...amal baik menjadi suatu nostalgia indah untuk dikenang dan dirakam simpan jauh di sudut hati kita.

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam tn hj LF

    alhamdulillah

    yg tersurat dan tersirat

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam mieza

    alhamdulillah

    thanks,
    saya merakamkan foto sekadar memenuhi hobi dan masa jika terluang

    hasil dari saya yg bertaraf amateur je

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam FM

    bapak pakai kamera tali kuning hehehe
    its means nikon hehe

    lama bapak tak ke concorde semenjak dah pecah kongsi hehehehehe,

    kalau berdua dgn mak itam , menginap kat premier room dia

    cuma pool dia tak berapa best pasal kecik hehe

    BalasPadam
  9. en rosli

    mmg indah jika dapat situasi dan objek sebegini utk dirakamkan

    tapi kena tahu kat mana letaknya benda2 mcm gini pasal susah nak cari dah

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam shami

    alhamdulillah

    semua terpahat kemas dalam diri

    BalasPadam