WARGA SCP

Rabu, Februari 24, 2010

KUALA GANU : P3

Selalunya bila aku ke Kuala Ganu, aku akan menginap di Primula Beach Resort, tapi kali ni, aku nak tukar angin pulak. Kami menginap di Sumai Aparment Hotel di hadapan Primula tu. Alhamdulillah, hotel aparments ni berkonsepkan islam .

Asalnya syarikat bumiputera ini hanya berpusat kepada perniagaan berasaskan kejuruteraan sahaja , tapi kini telah mula mengembangkan sayap kepada bidang perhotelan pula. Ini satu perkembangan yang baik kepada kemajuan ekonomi umat islam .

Pagi jumaat yang indah, kami menikmati sarapan pagi di restoran. Kena kueh teow goreng bersama daging salai bakar sebagai santapan. Sambil tu menikmati matahari yang mula terbit dari ufuk timur.

Suasana pagi nyaman, tenteram dan terhindar dari bunyi deruan kenderaan .

Malas rasanya nak berkubang kerana dah puas berkubang di Awana Kijal. Jadi aktivitinya hanya bersantai sahaja.

Dalam perjalanan tempohari ke KT, aku terjumpa sebuah gerai yang menjual "ROTI PAUNG" tapi aku tak sempat nak berhenti . Puas aku memikirkan apa benda alah ROTI PAUNG tu, dan akhirnya aku ambil kesimpulan sendiri sebenarnya rasaku dia nak tulis ROTI POUND iaitu roti yang berwarna putih tu yang kemudian dibelah2 dengan pisau panjang , tapi kerana di trengganu maka jadilah ia ROTI PAUNG he he he

Kalau aku silap , sesiapa orang trengganu , boleh tolong betulkan ya

alhamdulillah, kuih teow goreng dgn daging salai panggang

restoran




Selamat Tinggal Kuala Trengganu
Panjang Umur Datang Lagi

Alhamdulillah, sepanjang percutian kami kali ini, segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT . Sesungguhnya kepada Allah ku bermohon agar perjalanan kami pergi dan balik dan semasa di sana sentiasa di dalam perlindunganNYA jua dan Alhamdulillah di makbulkan Allah.

Kami bertolak pulang ke HC dengan penuh keriangan . Jarak perjalanan lebih 400++ km dengan tempoh hampir 6 jam juga agak memenatkan juga . Sempat singgah sebentar di Paka untuk menikmati suasana perkampungan nelayan di situ .

Kerana kesuntukkan masa , aku tidak berkesempatan menziarahi kak Nab di Kuantan. Jutaan terima kasih pada kak Nab yang menjemput kami . Tapi tak pa, insyallah, panjang umur, murah rezeki , dan diizinkan Allah, kita pasti bertemu nanti.


pantai batu burok



perkampungan nelayan di Paka

air sungai yang masih terpelihara dari pencemaran

Memang terasa tenang dan mendamaikan berada di tepian sungai Paka

Memang terasa keletihan apabila sampai ke HC setelah memandu dalam jarak yang agak jauh juga. Namun , aku bersyukur kerana selamat pergi dan selamat kembali. Segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT .


ALHAMDULILLAH

22 ulasan:

  1. salam pak itam,

    selesailah sudah trip kali ini! so, when and where is the next honey-trip? :))

    BalasPadam
  2. Salam Rezeki,

    Pantai Trengganu memang cantik..tak jemu mata memandang

    BalasPadam
  3. Salam,

    Roti paung tu yang saya faham adalah homemade bread ada yang bun dan ada yang loaf , sedap dan lembut aje ... kalau tak silap saya lah :)]

    Wah, suatu percutian di Terengganu yang sungguh happening ... lain masa jika ke Kemaman boleh kita makan2 kat Kuala Kemaman :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah selamat pulang...

    Menyusuri sepanjang jalan tepi laut Terengganu memang sangat cantik ,kira tak de lah kat tpt lain pantainya sepanjang2 jalan...

    BalasPadam
  5. Lepas ni nak ke mana pulak Pak Itam?

    Pertama kali lepas kawin balik ke kg suami (K.Pilah), byk perkataan yg saya terlopong bila dgr. Maklumlah saya nie org Kelate/Kedah. Kat K.Pilah roti paun tu roti sandwic biasa tu le. Ntah sb ape disebut roti paun tak pulak saya menanya. Kat ganu, jadi le Roti Paung.

    BalasPadam
  6. Salam,

    Kat kampung saya, ada satu bahagian kita panggil Kampung TERENGGANU jugak. Pasal penduduk disitu semua berasal dari Terengganu.

    Saya berkunjunglah kesana tanya pasal ROTI POUND tu. Eh..eh..sama macam disebut Pak Itam tadi,ROTI PAUNG. Kat sini Roti Pound tu roti kosong samada Bun atau Roti Sandwic. Ada setengah panggil roti bantal.

    Selesa duduk hotel tu pak itam, saya duduk hotel budget je.. keh..keh..keh

    BalasPadam
  7. salam,

    gambar yg dipaparkan sungguh menarik dan cantik. camera mahai ,gambaq pun elok n orang yg pukui gambaq pun pandai. hik.hik..

    rasa teringin plak nak p berehat kat situ. tunggu dpt duit kutu dulu baru boleh pgi jalang2 makang anging kat teganu. hehehe...

    tq for sharing n caring .

    BalasPadam
  8. Salam pak itam,

    abis dah cuti2 bulan madu, harap2 lepas ni bertambah2 kasih sayang kat mak itam tu.

    akak suka lah gambar perahu tu, dalam gambar cantik betul pemandangan yang pak itam ambik tu

    S main kutu lebih2 sikit dapat nanti pinjam kat akak boleh ikut g bulan madu gak.

    BalasPadam
  9. salam Rezeki..

    terlihat pantai Batu burk cl dah rindu lahhhheheheheh


    waslam

    BalasPadam
  10. Salam Pak itam..

    dolu2 rajin gak kak ngah p trengganu nie.. nostalgia sehh.. suka bangat ngan pantai nyer.. bercanda ditepian pantai.. bila angin bertiup rasa macam nak melayang.. wohooo, best ooo.. dululah.. la nie kalu angin tiup.. opsss.. heh heh

    BalasPadam
  11. salam kak nab

    alhamdulillah, next week cuti sekolah, anak dr asrama balik, rasanya nak ke ..... pula , tapi tak confirm lagi , tapi kalau jadi bawa sekali anak jantan yg sorang tu he he

    BalasPadam
  12. salam rosli

    betul tu, kelebihan pada bumi trenganu yg dikurniakan oleh Allah

    BalasPadam
  13. kak silversarina

    tulah saya fikir, mesti roti pound he he

    insyallah, nanti saya akan pegi lagi ke trengganu, banyak tmpt belum explore

    BalasPadam
  14. salam kak ina

    masih dlm perancangan lagi psl minggu depan cuti sekolah, anak yg bongsu tu balik

    roti paung he he

    BalasPadam
  15. salam mama ju

    rasa aman , saujana mata memandang bawa kereta menyusuri jalan tepi pantai trengganu

    BalasPadam
  16. salam abg sulong

    mmg sah roti paung tu roti pound

    roti putih yg besar tu dan dipotong2

    BalasPadam
  17. salam kak S

    kamera murah je, tapi menggunakan semaksimun fungsinya dan saya mmg suka ambik gambar he he

    insyallah, nanti kak S jalang2 kuala ganu, jangang lupa ambik gambar ye

    BalasPadam
  18. salam kak sidah

    mmg cantik sungguh panorama masa saya ambik gambar sampan dan bot tu kat paka

    airnya hijau

    BalasPadam
  19. salam CL

    aiks, takpe cuti nanti CL boleh sekali lagi ke sana, tapi nanti naik pulak lagi perut mu itu he he he

    BalasPadam
  20. salam kak ngah

    sekarang pun rasanya kak ngah boleh he he

    saja je tak nak he he

    selalu ke utara, kak ngah korner pula ke timur he he he

    selalu kena nasi kandar , kak ngah korner pulak kena nasi dagang he he

    BalasPadam
  21. salam,
    search je kat google image.. "roti paung" or "roti pound".. various there...!!!

    BalasPadam
  22. salam pak soh

    ya tak ye, tak teringat langsung nak goggle

    bila saya goggle , rupanya roti paung tu sama mcm roti ibu saya buat dulu2 yang diuli dan diadun sendiri
    dan warnanya kalau tak salah kekuning kuningan , manis

    BalasPadam