WARGA SCP

Sabtu, Jun 05, 2010

ROAD TO AFRIKA : FROM CHANGI TO JOHANNESBURGH

ALHAMDULILLAH,

Boarding jam pukul 1.05 pagi , tapi kami tiba lebih kurang 1.30 pagi juga. Gatenya agak jauh memakan masa hampir 20 minit juga. Sambil itu sempatlah juga kami merayau2 sipersekitarannya sambil shopping apa yg patut kat duty free shop,





aci , ammmmaa


Flight berlepas lebih kurang jam 2 pagi dan dijangka sampai jam 6.30 pagi waktu Johannesburgh. Jarak waktu mereka lambat lebihkurang 6 jam dari malaysia. 

Jadi puas juga kami tidur , banhun, makan, tgk flight entertaiment sampai kebas bontot. 10 jam jarak masa yang agal lama juga. Tapi bab makan aku paling suka kerana kami dapat dan habis dulu kerana "special request" MOML (Muslim Food)




Alhamdulillah, jam 6.30 pagi waktu SA, kami mendarat di OR Tambo dan telah ditunggu oleh seorg pemandu yang akan terus membawa kami ke Guest House di Evendale yang hanya 8 km dari OR Tambo Airport. Keluar je terasa kedinginan menusuk tulang kerana sekarang winter di SA. Suhu di sebelah pagi lebih kurang 6 darjah celcius.

Walaupun check in pukul 2.00 ptg, tapi tuan tanah terus membenarkan kami memasuki bilik yang telah kami tempah dalam 2400 rand semalam. Alhamdulillah, Allah mendengar doa ku dan dapat aku solat sunat dhuha di bumi Afrika buat pertama kalinya.

Tengahari hari nanti, Joseph dari Lord Travel akan menjemput kami untuk half day tour ke Johannesburgh dan Soweto .Sementara masa yang ada ni, aku sempat beli voucher internet yg berharga 70 Rand untuk penggunaan sebanyak 100 MB, Kalau banyak upload atau download, cepat lah habis, tapi aku rasa mampu menampung kegunaan internet buat aku dan anak aku tu










anak aku tengah berfacebook

pak itam dah jadi badak, kepenatan

psss sekarang waktu di sini 9.10 pagi dan aku tak tahan dengan suhunya yang dingin sangat lebih kurang 6 darjah celcius, jaket aku tak bawak pulak, ingat kulit aku tebal macam badak hehehe

ROAD TO AFRIKA : FROM HC - CHANGI P1

ALHAMDULILLAH,

Setelah segala perancangan yg diatur sejak bulan november 2009, akhirnya hari ni dengan izin Allah jua , kami akan berangkat ke benua Afrika. Benua yang ke 5 yang menjadi impian kami dan satu lagi je iaitu benua amerika yang tak sampai2 lagi. Bukan apa , malas nak uruskan visa ke sana kerana banyak prosedur yang perlu dilalui, tapi insyallah , satu hari nanti, kami pasti akan sampai jua.

Segala pesanan pada staff ku telah diberikan, tapi biasalah ular akan tumbuh sisik dan jadi naga heheeh

takpalah, asalkan kucing dan kekura ku dijaga dan diberi makan serta kediaman kami diuruskan , semua dah memadai. Urusan perniagaan digantung buat sementara waktu kerana sekolah2 tgh bercuti , melainkan ada keperluan yang benar2 perlu je

Kami bertolak dari HC lebih kurang 8.30 mlm selepas solat isyak.

Senang kalau semua keperluan yang wajib telah kita penuhi, cuma risau je , mana aku nak bersolat subuh nanti kerana masih dalam penerbangan yang dijangka sampai pukul 7.00 pagi di Johannesburgh . Semoga dipermudahkan nanti.

Perkhidmatan "airport transfer" syarikat ni dah lama aku gunakan kerana perkhidmatan yang diberikan sungguh memuaskan dan senang berurusan .

Hanya 2 beg besar sahaja yang kami bawa termasuk sebuah beg kecil yg mengandungi bekalan makanan kering. Beg sangkut ku pula dengan cik Nikkon dan kaum kerabatnya berserta lappy .

Urusan di CIQ tambak johor dan Woodlans berjalan dengan lancar kerana kami hanya menggunakan singapura sebagai transit sahaja sebelum berlepas ke SA. Jadi , tak banyak soal jawab.

Kami mendaftar masuk lebih awal kerana mahu merehatkan diri di lounge yang disediakan sebelum waktu berlepas jam 2.00 pagi nanti.Makan dan minum serta kemudahan tersedia tanpa had.

Aku nak berkongsi sedikit dengan kalian semua,
sebenarnya hobi ni bermula pada tahun 2001 lagi, masa tu nak kata aku senang tak juga, nak kata aku susah tak juga, tapi itulah , Allah yang dah tentukan setiap perjalanan hidup kita.

Jadi , sebagai tanda terimakasih aku kepada isteri dan anak2 ku, aku peruntukkan apa yang Allah bagi kepada ku utk anak2 dan isteri ku , susah dan senang kita rasai bersama .

Aku juga punya prinsip, dan salah satunya, mesti "jalan lurus" dan tidak "bengkok-bengkok" dengan isteri dan anak2 , kalau tidak , Allah swt akan membalasnya nanti. Alhamdulilllah, sampai setakat ni, jalan ku masih lurus lagi, cuma kekadang bongkok sikit bila pinggang ku buat hal hehehehehe

Dan setiap tahun , ada sahaja rezeki yang Allah kurniakan buat kami untuk merealisasikannya.

Alhamdulillah, semuanya dari Allah jua.

ok , kami dah dah boarding, kalau sempat aku update kat SA nanti










kak ngah punya moto motong gotah dah spi sini hehe







free flow F&B



Jumaat, Jun 04, 2010

UPDATE AP

ALHAMDULILLAH,

Semua kerja dah siap dan malam ni kami akan berlepas dari Changi Aiport , Singapore terus ke OR Tambo, Johannesburgh . Penerbangan dijangka selama 10-11 jam bergantung pada pilot, Kalau pak itam jadi pilot, mau pak itam pulas minyak kuat sikit hehehe

cepat sampai

insyallah, pak itam akan update blog ni dari masa ke semasa jika berkesempatan dan jika ada line internet . Di SA , internet untuk 1 jam lebih kurang 30 rand (RM 14) .

Pak itam tak putus2 berdoa agar perjalanan kembara kami ke benua afrika sentiasa dilindungi dan di dirahmati Allah, dipermudahan kepada kami dan juga apa yang kami tinggalkan.

Terima kasih juga untuk para sahabat yang sentiasa mendoakan kami.

Jaga diri baik2 buat semua, jangan nakal2 sepeninggalan pak itam , harap kalian semua sentiasa dalam keadaan ceria dan gembira bersama keluarga yang tersayang , dan jangan merempit tak tentu hala hehehe

Sebagai tanda terima kasih buat kalian, pak itam update dulu perkembangan Asam Pedas terkini sebelum kami berangkat untuk santapan kalian semua .

Semoga bertemu lagi di lain rancangan masakan hehehehehe








Khamis, Jun 03, 2010

BOBOK BOLA, SYURUU BOLA,

Alhamdulillah,

penyakit datang lagi, demam bola 4 tahun sekali menjelma kembali

ada orang yang minat sangat, ada yang sekadar minat je dan ada orang tak minat langsung
itulah kejadian Allah kepada setiap manusia

aku pun sekarang dah kurang minat tak macam masa muda2 dulu, sanggup menyengkang mata di tengah keheningan malam semata2 nak tgk world cup yg disiarkan secara langsung

sekarang ni , cukup masa je, aku bobok terus hehehe

terkenang dulu, isteri ku selalu berpesan masa aku tgk tgk kat tv

"cukup2 lah, esok nak kerja " hehehe

tapi itu cerita 12 tahun lepas

tapi kali ini, Allah telah mengurniakan ku rezeki untuk merasai suasana sebelum, semasa dan selepas perlawanan di WC 2010 secara "live"

aku pun tak pernah menyangka aku berpeluang sedemikian

itulah ketentuan Allah kepada ku

kami berempat akan merasai sendiri suasananya apabila tiba masanya kelak

Petang semalam aku cuba menyelesaikan seberapa urusan yang boleh, namun segala urusan ku selesai lewat juga walaupun ada suatu yang terpaksa ditangguhkan sehingga aku pulang nanti , barangan yang dipesan dari Germany hanya akan sampai seminggu lagi kerana ketiadaan stok di KL seperti yang dijanjikan. Jadi aku terus mengarahkan sekembalinya aku nanti, barangan tersebut telah tersedia .

Hampir magrib juga aku sampai ke tepi hutan , selesai solat magrib baru aku dapat menjamah hidangan tengahari yg terhidang di meja. Kerana kesuntukan masa, aku tidak sempat makan tengahari tadi dan selepas isyak , aku terus melabuhkan diri ku di atas katil dan bobokkkkkkkkkkkkkk


astarfirullah al azim
penat dan mengantuknya

nak cari kayu, nak cari kayu, nak cari kayu

zurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Rabu, Jun 02, 2010

KENDURI KAHWIN

ALHAMDULILLAH,

Cuti sekolah yang hampir tiba ni menyebabkan ramai yang akan mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis walimatulurus atau kenduri kahwin. Ada yang kahwinkan anak, ada yang kahwinkan cucu, ada yang kahwinkan kucing, kekura dan macam2 lagilah.

Aku sendiri telah menerima banyak kad undangan dalam 5-6 jemputan yang rata2nya pada hari sabtu ni yang kebetulan cuti hari keputeraan DYMM Di Pertuan Agong , tapi yang pasti aku tak dapat menghadirinya namun aku tidak menyatakan sebab pada mereka, aku akan bertolak pada hari jumaat nanti.

Semalam kami kenduri juga , tapi kenduri kat meja makan je. Lauk tengahari yang dimasak oleh isteri ku ikan merah masak sup, udang digoreng berlada dan lawan pulak dengan serunding daging . Jemputan kenduri kami macam biasa, aku dan isteri ku je hehehe

Dan petang ni pulak aku nak kenduri juga, kenduri dengan kerja di JB yang tak tahu pukul berapa selesainya, t-shirt tempahan dan cenderamata dan siap di kilang dan beberapa kerja lain yang perlu dibereskan kerana masa amat mencemburui ku ketika ini.

Moga dipermudahkan Allah dan selesai dengan sempurna.

Insyallah








Selasa, Jun 01, 2010

COUNT DOWN : ROAD TO AFRIKA

ALHAMDULILLAH

Tak sampai beberapa hari lagi aku nak bercuti, rasa tak sabar kerana lama sangat rasanya tak bercuti panjang.

Bekalan makanan utk dibawa ke sana seperti maggi, biskut dan memacam lagi dah dibeli oleh isteri ku , dah pack dan kemas sikit . Nasib baik lesung batu aku tak bawak. Tapi kami tetap akan berasam pedas kat sana nanti hehehe

"Luggage" pun aku dah kemas sikit, tak nak nanti jumaat kelam kabut.

Tapi setiap kali nak bercuti ni, setiap kalilah kerja macam bertambah, jadi terkejar2 aku nak settelkan semuanya

Tapi bak kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Aku cuba selesaikan semua sekali, tapi terkejar2 sikitlah.

Settel tak settel, hari jumaat aku dah bertolak , bye2 lah. Tapi harap khamis ni semua selesailah.
Kerana kesibukan ini, aku minta maaf kat kekawan kerana tak berkesempatan menjenguk rumah kalian .

Tadi pun aku dah uruskan semula aiport transfer masa balik nanti dari Changi kerana "rescedule" tarikh pulang , kalau tak nanti susah nak berangkut semua beg2 besar tu pulang ke HC. Maka "travel insurance" pun kena update semula dengan syarikat insurance dan lanjutkan tarikhnya, Kalau tak , apa2 hal, tak "valid" nanti.

Minggu lepas card credit dah "block" semua transaksi kerana takut "fraud" atau "penipuan" kerana sebuah hotel di SA telah menghantar caj ke pihak bank untuk penginapan kami di sana walaupun kami belum pergi lagi, dah jadi amalan mereka di SA yang 14 hari sebelum tarikh sebenar, semua akan terus dicaj , datang tak datang belakang kira hehehe

Tel. pihak bank mengatakan transaksi tu ada benar, baru mereka aktifkan semula

ialah, sekarang dunia penipuan oleh pihak penyangak ke atas kad kredit tak mengenal sempadan, bagus juga pihak bank mengambil langkah sebegitu

Utk ke SA juga, aku telah memaklumkan agar pihak bank "open transaksi" utk cc , kalau tak mati tak boleh guna, susah jadinya.

Namun mata wang SA juga perlu dibawa kerana di sana nak isi petrol di stesyen minyak kena pakai "cash", begitu juga sesetengah tempat membeli keperluan . Takkan nak beli air mineral pun nak pakai cc

Namun email yang aku terima dari BA ni yang buat aku pening sikit. Kesatuan Sekerja BA mengancam nak adakan mogok dalam lingkungan tarikh tersebut , ini tentu kes nak minta kenaikan gaji. Tapi setelah meneliti , nasib baik tidak melibatkan inbound flight di SA nanti kerana dioperasi melalui "code sharing" mogok mungkin akan berlaku di London sahaja,

kalau tak kan parah dibuatnya

ya Allah, permudahkan perjalanan kami nanti