WARGA SCP

Selasa, Jun 01, 2010

COUNT DOWN : ROAD TO AFRIKA

ALHAMDULILLAH

Tak sampai beberapa hari lagi aku nak bercuti, rasa tak sabar kerana lama sangat rasanya tak bercuti panjang.

Bekalan makanan utk dibawa ke sana seperti maggi, biskut dan memacam lagi dah dibeli oleh isteri ku , dah pack dan kemas sikit . Nasib baik lesung batu aku tak bawak. Tapi kami tetap akan berasam pedas kat sana nanti hehehe

"Luggage" pun aku dah kemas sikit, tak nak nanti jumaat kelam kabut.

Tapi setiap kali nak bercuti ni, setiap kalilah kerja macam bertambah, jadi terkejar2 aku nak settelkan semuanya

Tapi bak kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Aku cuba selesaikan semua sekali, tapi terkejar2 sikitlah.

Settel tak settel, hari jumaat aku dah bertolak , bye2 lah. Tapi harap khamis ni semua selesailah.
Kerana kesibukan ini, aku minta maaf kat kekawan kerana tak berkesempatan menjenguk rumah kalian .

Tadi pun aku dah uruskan semula aiport transfer masa balik nanti dari Changi kerana "rescedule" tarikh pulang , kalau tak nanti susah nak berangkut semua beg2 besar tu pulang ke HC. Maka "travel insurance" pun kena update semula dengan syarikat insurance dan lanjutkan tarikhnya, Kalau tak , apa2 hal, tak "valid" nanti.

Minggu lepas card credit dah "block" semua transaksi kerana takut "fraud" atau "penipuan" kerana sebuah hotel di SA telah menghantar caj ke pihak bank untuk penginapan kami di sana walaupun kami belum pergi lagi, dah jadi amalan mereka di SA yang 14 hari sebelum tarikh sebenar, semua akan terus dicaj , datang tak datang belakang kira hehehe

Tel. pihak bank mengatakan transaksi tu ada benar, baru mereka aktifkan semula

ialah, sekarang dunia penipuan oleh pihak penyangak ke atas kad kredit tak mengenal sempadan, bagus juga pihak bank mengambil langkah sebegitu

Utk ke SA juga, aku telah memaklumkan agar pihak bank "open transaksi" utk cc , kalau tak mati tak boleh guna, susah jadinya.

Namun mata wang SA juga perlu dibawa kerana di sana nak isi petrol di stesyen minyak kena pakai "cash", begitu juga sesetengah tempat membeli keperluan . Takkan nak beli air mineral pun nak pakai cc

Namun email yang aku terima dari BA ni yang buat aku pening sikit. Kesatuan Sekerja BA mengancam nak adakan mogok dalam lingkungan tarikh tersebut , ini tentu kes nak minta kenaikan gaji. Tapi setelah meneliti , nasib baik tidak melibatkan inbound flight di SA nanti kerana dioperasi melalui "code sharing" mogok mungkin akan berlaku di London sahaja,

kalau tak kan parah dibuatnya

ya Allah, permudahkan perjalanan kami nanti

26 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Seronoknya nak pi cuti-cuti..
    Betul tue, kalo sy pun sblm pi bcuti..seboleh2nya nak setelkan keje2 dulu..baru lapang dada & kepala nak pi makan angin..
    Smg selamat dan dipermudahkan sgl urusan percutian.
    Jaga diri di tempat orang hik hik hik
    Kalo ada buah tangan dr SA tue jgn lupa le poskan ke sy kat sini hik hik hik..

    BalasPadam
  2. Aslkm CR

    Risau pulak mama dgn macam2 kerenah diaorang....tapi mudah2an ok saja... CR dah biasa berjalan..

    Mrs duduk ngan sapa?

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Jgn lupa bawak balik sekor dua haiwan liar tuk buat masak asam pedas...pasti meletup-letup bila makan nanti.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh pak itam dan mak itam

    lama BHS tak kemari...ni nak ucapkan selamat berangkat ke SA aka Afrika..suka baca coretan pak itam penuh berisi...nanti buat la buku cerita pak itam...segala maklumat BHS dapat sebab pak itam rajin bercerita...lenkali kalu BHS ada masalah dalam perjalan ke negara orang ...BHS harap pak itam sudi bantu ya...BHS tak pandai...mmm...

    so..bergembiralah...selamat pergi dan kembali...belum pergi lagi BHS yang dah rasa seronoknya...

    BalasPadam
  5. salam pak itam,

    on your mark...get set...GO !!

    kak nab doakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan perjalanan pak itam & famili. bestnyer..jalan2 ke temasya sukan dunia tu..

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Selamat berjalan-jalan ke SA, berkat doa semua insyaAllah segala percutian dipermudahkan oleh Allah SWT. Baca doa sebelum berangkat. Selamat pergi dan selamat kembali.Pimpin tangan Mak Itam selalu. Jangan lupa jalan pulang ya Pak Itam

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Seronoknya nak bercuti, selamat pergi dan kembali ye... moga Allah melindungi pak itam sekeluarga. amik gambar banyak2, lain kali saya ke SA senang sikit, hehehe.

    Pak itam bawak pes asam pedas buat sendiri ke? ohh sedap... senang makan mak itam ada.

    BalasPadam
  8. Salam pak itam...

    Best aar cuti..jalan jauhkan...
    Jangan lupa tit-tit tu dah letak tempat betul ke tidak....karang nak bawa balik pasangan..tuh...hikss

    BalasPadam
  9. salam


    selamat bercuti pak itam,tulus ikhlas cm doakan semuanya selamat dan dipermudahkan..insyallah

    BalasPadam
  10. salam from Makkah..


    besnyer cuti ke Sa..


    doa cl disini moga pak itam sekeluarga selamat pergi dan kembali..insyallah


    waslam

    BalasPadam
  11. Salam Pak Itam..

    Selamat Bercuti.. enjoy your holiday.. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan dan dijauhkan dari segala kesusahan..

    jangan risau.. nanti kak ngah tolong2 jaga kan tit tit, tapir, ayam utan, kucing2 dan kaum kerabat yang lain2 via sms, email, ym & sidang video.. jangan lupa tinggalkan lap top & hengpong sebijik kat depa semua arr..heh heh

    opssss.. dikesempatan yang terluang nie jugak.. kak ngah nak ingatkan pak menakan.. jangan dok buat2 lupa ngan 'cenderamata' utk kami semua arr.. paling2 pun.. bawak balik lah 5/6 ekoq 'jirapah' & ikan lumba2 buat kenang-kenangan.. nanti kak ngah antaq kargo tggu kat 'pengerang'..

    wokeh pak menakan.. take care.. adios..

    psstt.. mamaju, mak itam pun ikut skali lah.. he he

    BalasPadam
  12. salam pak itam

    salam noor..noor, ko dah buat BHS tergelak-gelak bahgia la...kelakar la noor ni... BHS suka noor...best...

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam syima

    cuba selesaikan , insyallah

    tapi setiap kali cuti penjang, hp ku pasti berbunyi hehehe
    ada je
    mrk tak tahu pak itam kat mana, kekadang malas nak angkat

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam mama ju

    biasalah , kena ikut prosedur mereka

    mrs dan anak ikut sekali, mana boleh tinggal hehehe

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam kak ina

    kekura afrika yg comel2 tu kalau boleh bawa balikkan best hehehe

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam bhs

    buku cerita pak itam dah penuh dlm hard disk, utk tatapan sendiri je hehehe

    lps ni boleh jadi "travel consultant" hehehe

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam kak nab

    baru get set je hehehe

    2 hari lagi , insyallah baru gooooooo

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam ibu sayang

    salah tu,
    mak itam yg kena pimpin tangan pak itam heheheh psl takut pak itam merayau entah kemana2 hehehe


    tk krn mendoakan kami

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam zie

    hehehe
    ingat nak bawak kepala mayong lah dr sini hehehe

    insyallah , sd card ada 16 gb , tapi semua saya guna "fine" pictures yg makan 5-7MB utk 1 gambar , harap boleh cover utk 2 minggu, tapi takpa, lappy ada hehe

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam shami

    tit tit saya dah pesan supaya jaga diri baik2 hehe

    makannya dah suruh yg jagakan belikan

    BalasPadam
  21. waalaikumsalam cm

    tk kerana mendoakan kami

    doa kami buat cm sekeluarga juga moga ceria selalu

    tolong tgk2kan cik abg kita tu jika ia jadi balik ye hehehe

    BalasPadam
  22. waalaikumsalam cl

    tk kerana mendoakan kami

    doa kami buat cl juga

    take care

    BalasPadam
  23. waalaikumsalam kak ngah

    hahahaha

    lappy utk kucing dan semua ternakan serta hendpon pak itam dah sediakan hehehe

    kak ngah, jgn dok merempit cuti2 sekolah ni tau hehehe

    BalasPadam
  24. waalaikumsalam bhs

    anak menakan sorang ni mmg mcm tu, tak makan saman hehehe

    BalasPadam
  25. salam pak itam

    amboi nak jln jauh nooo..
    muga selamat dan dpemudahkn urusan...jgn tinggal mrs sesorang taw...dimana ade pak itam harus mak itam bersama...!!!ok..jgn penatkan diri..sblm p, dptkan rest dan slamat mgmbara...tak dapat binatang liar sekor dua, bawa pic pun bolehlaaa....

    BalasPadam
  26. waalaikumsalam ain

    alhamdulillah, esok kami akan berpermegian selama 1/2 bulan ke bumi afrika

    tk krn mendoakan kami, hari ni pun dah mula slow down keja sikit, nak lps penat rush seminggu ni

    BalasPadam