WARGA SCP

Selasa, Ogos 03, 2010

ROAD TO AFRICA : HENING SUBUH DI LAKE NEVERONE

ALHAMDULILLAH

Malam ni kami makan rendang ayam yang telah dimasak sebelum bertolak lagi , dah macam malam terakhir dalam bulan ramadhan pulak dan nak sambut hari raya esoknya. Tapi satu je, ayam ni liat kerana kami tersalah beli kat Supermarket ImamBuck . Ayam kudu bermaksud ayam hutan zulu , tapi liat ayam kampung ni mmg sedap dagingnya, ampuh dan pejal. Cuma tulang je tak boleh kunyah dan mamah sampai habis .

Cuma perlu panaskan dalam microwave je, mini rice cooker mmg dibawa dan terus masak nasi , makan panas dalam suasana dingin ni mmg berselera. Maklumlan tadi dah 4 jam perut terhentak dijalanan, jadi makannya mcm dah 30 hari tak jumpa makanan hehehe

Sayur pula tadi yang dibeli semasa kami berhenti yg telah dipek hanya perlu diletakkan air dan direbus je.Jadi sup sayur dgn pelbagai sayuran yg terdapat dalam satu pek. Berselera sekali kami makan . Syukur ke hadrat Allah.

Sepanjang kami berada di bumi africa, baru sekali je kami makan asam pedas , itu pun dari ramuan segera

anak ku dgn berjaket tebal menahan kesejukan

kayu api penuh lagi kat bakul tu

Pukul 10 mlm , aku dah masuk bawa selimut a.k.a "gebo" a.k.a belengket yang disediakan dalam 5 lapis semua. Tidur dengan 2-3 helai baju sejuk serta pakai stokin sekali, cuma kasut je tak pakai hehehe

Memang sejuk betul dikala malam di kawasan pergunungan ini, lebih2 lagi winter yg baru bermula di bumi Aperika.

Di sini tiada televisyen kerana konsepnya dia nak pengunjung merasai suasana aman, damai dan tenteram je. Angin yang bertiup agak kencang menyebabkan bunyi "kriuk,kriuk,kriuk" dari geselan ranting dan dahan pokok pain begitu indah sekali.

Tapi satu je yang tak indah, kerana pukul 3.30 pagi aku tetap akan terjaga . Dah terjaga, buatlah apa2 yang patut tapi bila bukak paip, masyallah macam air batu . Redha je lah.

Lepas itu mulalah aku duduk sorang2 kat pendiang dan mulalah aku memerun kayu tu, toleh kiri kanan , kertas browser aku jadikan umpan api nak hidupkan kayu dan bara tu hehehe

Inilah pengalaman pertama kali bagi ku,
bakar kayu api sambil duduk kat pendiang memanaskan badan
tu yang keluar cerita "nak cari kayu,nak cari kayu" bila kayu api habis


bukan senang tau nak hidupkan kayu ni

anak aku sedang lena kat atas loteng tu
memang pengalaman menginap di cottage ni begitu indah
rasanya kalau dalam bahasa melayu dieja kotej
ingat tau , jangan tertinggal huruf "j"
nanti lain jadinya dan maksudnya

Lepas subuh dan sang matahari baru muncul, aku tak lepaskan peluang ke luar hadapan cottage , menikmati sinaran matahari pagi sambil bertemankan lukisan alam yang begitu indah sekali seakan kebiru-biruan.

Menghirup udara yang begitu segar dan nyaman memang begitu menakjubkan. Tapi kalau kat kampung , biasa je aku pakai kain pelikat gombang dan singlet je, kat sini tak boleh hehehe

Kedinginan sehingga ke tulang hitam , lebih kurang 0 darjah celcius di waktu pagi2 begini. Kalau pakai kain pelikat je, mau kecut semua hehehe





foto yg sama tapi suasana berbeza
kerana dirakam berlainan masa dan ketika
dipengaruhi cahaya metahari yg memancar
ketika itu


Senerio lukisan alam terus berubah bila matahari dah mula terik memancar , kelihatan pergunungan di hadapan seakan berwarna keorenan apabila matahari yang memancar ke landskap memantulkan kembali sinarnya.

Memang begitu cantik sekali. Namun jangan salah sangka, sejuknya bukan main lagi .

salji dah jadi glasier kecil di celah2 gunung


ada daun yang masih bertahan kehijauannya

daun bertukar wajah

Isnin, Ogos 02, 2010

ROAD TO AFRICA : NAGA DI PERGUNUNGAN , DRAKENSBERG MOUNTAIN

perjalanan yg ku lalui dari Durban hingga Drakensberg Mountain
semasa melintasi kawasan pergunungan

ALHAMDULILLAH

Setelah singgah sebentar di sebuah supermarket untuk membeli sedikit keperluan, kami meneruskan perjalanan ke The Drakensberg , puncak tertinggi di selatan Africa dalam 3,482 m (11,424 kaki) lebih kurang 25 km lagi . Dalam bahasa zulu ,pergunungan ini dikenali sebagai uKhahlamba dan dalam bahasa belanda disebut Drakenbergen yang membawa maksud Pergunungan Naga.

Di sebalik Drakenbergs Moutain ini ialah Lesotho , sebuah negara yang lain. Pergunungan ini telah wujud sejak hampir 200 juta tahun dahulu akibat aktiviti semulajadi air dan angin yang menghakis . Itu sebabnya kita boleh lihat pelbagai lapisan tanah dan batu seperti berbelang2 di pergunungan ini.

Kerana itu pada tahun 2000, Unesco telah mengiktiraf kawasan Taman Negara Drakensberg ini sebagai Tapak Warisan Dunia kerana kewujudannya sejak 200 juta tahun dahulu mempunyai banyak keistimewaan




Panorama indah mengiringi kami sepanjang 25 km menyusuri jalan pergunungan menuju ke Southern Drakensberg . Suhu di luar kereta dan menunjukan hampir 10 darjah celcius.

Alhamdulillah, kami tidak mengalami "altitud sickness" atau mabuk gunung kerana kami sebenarnya telah naik sedikit demi sedikit dari mula memasuki Notinggham Road lagi 4 jam yang lalu.

Akhirnya kami sampai juga ke destinasi kami untuk bermalam di Lake Neverone hampir 4.30 ptg namun reception dah tutup , notis yg ditampal meminta kami terus ke rumah pengurus di situ utk mengambil kunci sekiranya berlaku "late check in" selepas pukul 4.00 ptg.




pelbagai lapisan batuan dan tanah dapat dilihat akibat proses luluhawa
beratus juta tahun dahulu

pokok dah tinggal ranting je bila "winter" menjelma

Cottage yang cantik dan indah menunggu kedatangan kami . Berebut dulu kerana belum solat lagi kerana pukul 5.15 ptg , magrib akan menjelma.Bukak je paip , aku terus melenting kerana air yang keluar terlalu sejuk dan dingin mengalah air batu .Nasib baik ada paip air panas hehe

Kami memang memilih cottage no. 18 Wag Tail kerana ia menghadap kawasan pergunungan dan terbentang luas tasik yang indah di hadapannya.

Sewanya pun kira tak mahal dalam 390 rand seorang ( RM 154.00) dgn kemudahan "self catering" yang disediakan dapur dan kelengkapannya serta microwave .

Namun kami tidak menggunakan pinggan dan sudu di sana kerana faham2 jelah. Kami bawak sendiri segala kelengkapannya



luas hallnya, kalau setakat 15 orang boleh duduk kat cottege ni

salah sebuah bilik tidur yang menghadap tasik dan gunung

Keadaan sekeliling mulai beransur2 gelap kerana sebentar lagi ,sang matahari akan melabuhkan tirainya . Aku berkesempatan keluar dalam kesejukkan dan kedinginan untuk merakam beberapa detik2 yg begitu indah sekali tatkala remang senja mula muncul.

Mak itam dah malas keluar kerana kesejukan dan dah berselubung dengan "gebor" tebal yang tersedia dalam 5 lapis rasanya.

Memang tak terucap dengan kata2 betapa indahnya suasana dan panorama alam ciptaan Allah di situ.

Aku bersyukur kerana aku dapat menikmatinya dan aku rakamkan detik2 indah ini sehingga matahari hilang di ufuk barat.

bukak pintu terus terjun kat dalam tasik hehe

dalam remang2 senja



Masuk je kat dalam cottage , aroma dari kayu api yang dibakar oleh anak ku berasa sungguh nikmat sekali. Heater hanya disediakan di bilik tidur sahaja dan di ruang tamu , kayu api sebagai pemanas disediakan dalam sebakul sahaja.

Memang besar cottage ini di dalamnya dengan 2 bilik utama dan sebuah bilik terbuka di bahagian atas loteng . Anak ku memilih untuk tidur di atas loteng kerana pengalaman begini bukan selalu ditemui.



Apa yang ada di depan cottage

bersambung ...............................


Ahad, Ogos 01, 2010

ROAD TO AFRICA : CAMEL TROPHY part 5 AKHIRNYA KEMBALI KE LANDASAN

ALHAMDULILLAH

Perjuangan dan perjalanan mesti diteruskan. Insyallah setiap yang bermula mesti ada penghujungnya . Samada "happy ending" atau sebaliknya, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Tingkap kereta terpaksa ditutup kerana habuk tanah merah berebut2 nak memasuki kereta .

Kalau tadi semasa kami mengharungi "off road" terasa begitu lama, tapi diam tak diam sebenarnya dah hampir 3 jam juga kami berada di kawasan pergunungan ini .





Kami terserempak dengan sebuah persimpangan dengan "signboard" tertulis Sani Pass. Rupa2nya kami sekarang berada di atas Segenting Sani yang memisahkan antara South Africa dengan Lesotho, sebuah lagi negara yang terletak dalam SA.

Lesotho sebuah negara yang agak mundur juga tapi terletak dan dikelilingi oleh South Africa. Kalau nak masuk, kena cop pasport dulu .

Tapi demi faktor masa dan faktor keselamatan , perjalanan diteruskan .








Alhamdulillah
Setiap yang bermula pasti berakhir, begitu juga dengan perjalanan kami ini. Setelah hampir 4 jam melalui kawasan pergunungan dan banjaran lebih kurang 60 km, akhirnya jalan tar yang sangat kami nanti2kan muncul di hadapan mata.


Kami singgah sebentar di pekan kecil ini untuk ke tandas dan yang paling penting, minyak kereta perlu diisi penuh kerana kalau keputusan petrol, tentu masalah besar akan dihadapi .


bersambung ........................................


6o km meredah gunung-ganang dan "off road"
selama hampir 4 jam mmg berbaloi
kerana destinasi kami yg spt yg dirancang
begitu indah sekali
seperti di bawah ini

insyallah , nanti pak itam ceritakan