ALHAMDULILLAH
Setelah singgah sebentar di sebuah supermarket untuk membeli sedikit keperluan, kami meneruskan perjalanan ke The Drakensberg , puncak tertinggi di selatan Africa dalam 3,482 m (11,424 kaki) lebih kurang 25 km lagi . Dalam bahasa zulu ,pergunungan ini dikenali sebagai uKhahlamba dan dalam bahasa belanda disebut Drakenbergen yang membawa maksud Pergunungan Naga.
Di sebalik Drakenbergs Moutain ini ialah Lesotho , sebuah negara yang lain. Pergunungan ini telah wujud sejak hampir 200 juta tahun dahulu akibat aktiviti semulajadi air dan angin yang menghakis . Itu sebabnya kita boleh lihat pelbagai lapisan tanah dan batu seperti berbelang2 di pergunungan ini.
Kerana itu pada tahun 2000, Unesco telah mengiktiraf kawasan Taman Negara Drakensberg ini sebagai Tapak Warisan Dunia kerana kewujudannya sejak 200 juta tahun dahulu mempunyai banyak keistimewaan

Panorama indah mengiringi kami sepanjang 25 km menyusuri jalan pergunungan menuju ke Southern Drakensberg . Suhu di luar kereta dan menunjukan hampir 10 darjah celcius.
Alhamdulillah, kami tidak mengalami "altitud sickness" atau mabuk gunung kerana kami sebenarnya telah naik sedikit demi sedikit dari mula memasuki Notinggham Road lagi 4 jam yang lalu.
Akhirnya kami sampai juga ke destinasi kami untuk bermalam di Lake Neverone hampir 4.30 ptg namun reception dah tutup , notis yg ditampal meminta kami terus ke rumah pengurus di situ utk mengambil kunci sekiranya berlaku "late check in" selepas pukul 4.00 ptg.

Cottage yang cantik dan indah menunggu kedatangan kami . Berebut dulu kerana belum solat lagi kerana pukul 5.15 ptg , magrib akan menjelma.Bukak je paip , aku terus melenting kerana air yang keluar terlalu sejuk dan dingin mengalah air batu .Nasib baik ada paip air panas hehe
Kami memang memilih cottage no. 18 Wag Tail kerana ia menghadap kawasan pergunungan dan terbentang luas tasik yang indah di hadapannya.
Sewanya pun kira tak mahal dalam 390 rand seorang ( RM 154.00) dgn kemudahan "self catering" yang disediakan dapur dan kelengkapannya serta microwave .
Namun kami tidak menggunakan pinggan dan sudu di sana kerana faham2 jelah. Kami bawak sendiri segala kelengkapannya

Keadaan sekeliling mulai beransur2 gelap kerana sebentar lagi ,sang matahari akan melabuhkan tirainya . Aku berkesempatan keluar dalam kesejukkan dan kedinginan untuk merakam beberapa detik2 yg begitu indah sekali tatkala remang senja mula muncul.
Mak itam dah malas keluar kerana kesejukan dan dah berselubung dengan "gebor" tebal yang tersedia dalam 5 lapis rasanya.
Memang tak terucap dengan kata2 betapa indahnya suasana dan panorama alam ciptaan Allah di situ.
Aku bersyukur kerana aku dapat menikmatinya dan aku rakamkan detik2 indah ini sehingga matahari hilang di ufuk barat.

Masuk je kat dalam cottage , aroma dari kayu api yang dibakar oleh anak ku berasa sungguh nikmat sekali. Heater hanya disediakan di bilik tidur sahaja dan di ruang tamu , kayu api sebagai pemanas disediakan dalam sebakul sahaja.
Memang besar cottage ini di dalamnya dengan 2 bilik utama dan sebuah bilik terbuka di bahagian atas loteng . Anak ku memilih untuk tidur di atas loteng kerana pengalaman begini bukan selalu ditemui.
Memang besar cottage ini di dalamnya dengan 2 bilik utama dan sebuah bilik terbuka di bahagian atas loteng . Anak ku memilih untuk tidur di atas loteng kerana pengalaman begini bukan selalu ditemui.
Apa yang ada di depan cottage
bersambung ...............................
Salam Pak Itam,
BalasPadamTurut seronok menjengah blog SCP.
Dapat bayangkan Mak Itam masak di cottage yang disediakan. Asam pedas.... he...he...
p/s: teramat suka ke SCP kerana gambar pemandangan yang diambil bagai seorang jurugambar professional.
comelnya kotej ni...!
BalasPadamSalaam Pak Itam,
BalasPadamCantiknya gunung kebiru-biruan dari kejauhan... subhanallah.
err... pak itam terjumpa tak naga kat tasik tu, sepupu naga gunung drakenberg... heh
VpeaceV
salam pak itam,..
BalasPadamGambo2 ni kaler2nya original atau hasil imbasan kamera canggih ...
kalau ori..subhanallah....
Afrika...sungguh indah bagai dikata bak permata hitam...indahnya...
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadammasih menghayati gambar dan cerita yg paparkan
Alhamdulillah
terima kasih
Wassalam
Assallamualaikum Pak Itam,
BalasPadamRezeki yang ada telah digunakan sebaik mungkin.Telah di manafaatkan untuk menjelajah bumi Allah ini. Dapat melihat segala yang bagai fantasi.
Semua panorama bagai lukisan. Subhanallah..Alhamdulillah
Ada lagi kah gambar-gambar yang menandingi keindahan sebegini.mama tunggu N3 nya..
w/salam
salam,
BalasPadamnak sokong gak andaian syami2, origanal coler atau hasil kecangihan hebat camera pak hitam. tersangatlah cantiknya. subhanaAllah.
Salam CR
BalasPadamSekali lagi gambar macam dlm lukisan! Sangat cantik terutama waktu remang2 senja.
Mcmmana CR terfikir nak pegi mcm2 tpt misalnya ke gunung tu...memang tabiklah....
Salam
BalasPadamcantiknya cottage tu..cute jer rupa dia
salam kak zakie
BalasPadamasam pedas yelllekkkk hehehe
saya photograper cokia je kak hehehe
salam kog
BalasPadameja betul2 hehehe
karang salah eja jadi lain hehe
salam kak chik
BalasPadamnaga semua pi world cup hehe
salam shami
BalasPadamsemua ori punya ,
semasa shoot gunakan pelbagai teknik,retouch dan mode mengikut kesesuaian citarasa , jadi pelbagai hasil gambaran alam dpt dirakamkan
boleh guna IR,HDR,SCENE MODE dan byk lagi
kamera tak penting, yg penting "the hand behind camera" hehehe
salam atuk
BalasPadamtk krn masih setia bersama pak itam hehehe
salam mama nadz
BalasPadamitulah lukisan alam anugerah Allah
saya shoot lebih kurang 700 scene di sini, kalau nak dapatkan hasil terbaik kena pakai format RAW, tapi terlalu besar failnya hingga mencecah 18mb utk sekeping foto, lps tu baru proses menjadi jpeg dgn sedikit sentuhan mengikut citarasa
salam az
BalasPadampelbagai teknik, scene mode ,ISO ,pembukaan cahaya , raw,nif,jpeg dan kelajuan shutter digunakan utk menghasilkan gambar
kurang ISO, under expose jadinya
terlebih ISO, over expose jadinya
begitulah sebaliknya
salam mama ju
BalasPadamsaya mmg gemar pegi tgk scenery
kalau bercuti, saya takkan lpskan peluang sebegini
salam cikgu pinat
BalasPadammmg cantik dan pratikal cottege kat sana
semua facilities cukup , cuma tv je takde psl objektifnya nak kita habiskan masa dgn alam kat situ